Wednesday, June 22, 2011

[ Tips ] Jangan Takut Dengan Cabaran , Takutlah dengan KEGAGALAN

Publish on : 8:13 PM There is : 0 Comments Labels : ,
Assalamualaikum & Heyhoo

          Ramai orang kecundang di awal cubaan hanya semata-mata kerana takut dengan cabaran yang bakal dihadapi . Kerana takut dengan cabaran jugalah menyebabkan kta asyik berkalau-kalau dalam membuat perhintungan mahupun membuat matlamat . Ramai juga yang menarik diri di awal persiapan mahu pun yang menarik diri dari melakukan sesuatu tugasan atau matlamat di pertengahan jalan hanya semata-mata kerana tidak sanggup menghadapi cabaran . Di tambah pula apabila apa yang dilakukan itu bukan dari kehendak sendiri malah disuruh orang lain .


          Oleh itu sekiranya mahu berjaya dan mempunyai motivasi kendiri pastikan jangan takut dengan cabaran yang bakal dihadapi .Hidup tanpa cabaran membuat kita tiada berpengalaman dan kurang matang . Cabaran  yang berjaya di hadapi akan membuat usaha kita itu lebih manis dan bermakna serta menjadi ingatan yang hebat buat kita . Kita juga tidak tahu besar manakah cabaran yang bakal kita hadapi jika ingin melakukan sesuatu , oleh itu adalah tidak adil untuk mengaku kalah dan menarik diri sebelum mencuba . Cuba dahulu dan nilai sendiri kemampuan anda menghadapi cabaran tersebut . Adalah perkara biasa dalam setiap perjalanan pasti akan ada halangannya . Maka jika kita mahu berjaya , janganlah kita takut dengan cabaran yang bakal di hadapi tetapi takutlah mengalami kegagalan . Insyallah pasti kita akan berusaha lebih keras untul mengelakkan dari mengalami kegagalan yang lebih menyedihkan serta mengaibkan .


sebagai Contoh bagi alja ialah korang mesti tahu siapa Datin Paduka (Dr.) Hajah Sharifah Mazlina kan ? yea pendaki gunung averest tuh . alja pernah jumpa dia dan beliau pernah bercerita dekad alja dan kawankawan , yang mulamula dia sudah mula patah semangat tetapi dia kuat kan juga semangat dia untuk sampai ke gunung Average tuh , beliau tidak pernah mengenali erti putus asa . dengan ribut nya , angin kencang yang kuat , suhu yang terlampau rendah dekat sana . akhir nya dia sampai ke Gunung Average . Jadilah seperti Datin Paduka (Dr.) Hajah Sharifah Mazlina . alja BANGGA dengan beliau . 


Datin Paduka (Dr.) Hajah Sharifah Mazlina


Jadi ? buangkan tabiat takutkan kepada cabaran .


22/6/2011 | Rabu | 8.30 Pm

No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .