Tuesday, July 31, 2012

Kenapa dengan 15 Ramadhan ? Yaallah !

Publish on : 11:59 PM There is : 0 Comments Labels : ,
Photobucket
 
MAAF . Mungkin Post ini terlalu panjang . Baca sampai habis baru awak akan paham  :)

Assalamualaikum andd yeoboseyo to all my FollowersHEART . hahaha . today kita dah berpuasa selama 11 harikan ? sorry tak kira . sebab kalau kita kira , masa itu makin lama makin lambat . betul ke ? andd means dah 11Ramadhan lah kan ? alhamdullilah .

nampak tajuk ? yess . tadi dekad Twitter banyak bercerita tentang 15Ramadhan . Kenapa dengan 15Ramadhan ? 15Ramadhan dikatakan bahawa Kiamat akan muncul . Dikatakan bahawa pada 15Ramadhan nanti akan berlakunya peperangan dan huru hara yang amat Dasyat ! والله أعلمُ بالـصـواب
Lihat Post INI .
lihat kalendar dan lihat bulan July 2012 .. 1 Ramadhan hari jumaat kann ? Iaitu pada 22Julai .. maka 3 Ogos bersamaan 15Ramadhan pon hari jumaat . Ianya sama dengan hadis Nabi SAW tentang huru hara yang besar yang akan terjadi dipertengahan bulan ramadhan iaitu pada Jumaat 15Ramadhan . Huru hara yang akan mengejutkan semua orang dan disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir ..

Huru hara ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat yang akan kita dengar dari langit . ianya Bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3 orang dan yang tinggal hanya 1/3 orang sahaja .

Menurut kajian NASA . Pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi . Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 orang itu ? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012 ? Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui .

Sahabat , itu rahsia allah . Kita sebagai umatnya perlu bersiap sedia dengan amalan yang secukupnya . Faham tak ! Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah . jika mati biarlah kita mati dalam Islam dan beriman . Apa pun , peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah ..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan , maka akan terjadi huru-hara di bulan itu ”.
Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” 
Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “ , kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. 
Hadith ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini. 


Disini , ada 3jawapan ulama yang ditanya tentang hadis dan pelbagai lafaz mereka ..

1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi (rahimahullah)
2. Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin (http://www.yasaloonak.net/)
3. Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-’Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah

Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. Oleh kerana jawapan-jawapan mereka panjang-panjang belaka dan penuh dengan hujjah dan keterangan menurut ilmu hadith, maka saya rasa wajar untuk menterjemahkan sebahagian daripada jawapan-jawapan mereka untuk pengetahuan semua.

Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan:

1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz: -

فهذا الحديث لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب، وقد مر على المسلمين أعوام كثيرة صادفت فيها ليلة الجمعة ليلة النصف من رمضان فلم تقع فيها بحمد الله ما ذكره هذا الكذب من الصحيحة وغيرها مما ذكر، وبذلك يعلم كل من يطلع على هذه الكلمة أنه لا يجوز تروج هذا الحديث الباطل، بل يجب تمزيق ذلك وإتلافه والتنبيه على بطلانه

“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.”

2. Shaikh Husam ‘Affanah: -

رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن بسند ضعيف فيه محمد بن ثابت البناني قال فيه الحافظ بن حجر ضعيف وفيه ايضاً الحارث بن عبد الله الأعور الهمداني، قال فيه الحافظ ايضاً: كذبه الشعبي في رأيه ورمي بالرفض وفي حديثه ضعف.

وهذا الحديث ذكره صاحب كنز العمال وأشار إلى أن الحديث رواه نعيم وهذا الحديث على كل حال ضعيف ولا تقوم الحجة به.

وقد وردت روايات أخرى ضعيفة كرواية أبي أمامة عن الصيحة التي تكون في النصف من رمضان.. ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال بعد أن ساقها بإسناده ” هذا حديث لا يصح.. قال العقيلي وهو متروك الحديث – يعني أحد رواته – وقال ابن حبان كان يسرق الحديث ولايحل الاحتجاج به وقال الدارقطني منكر الحديث.. الخ “.

وأما رواية الحاكم التي أشرت إليها فقد قال الذهبي عنها (ذا موضوع – أي مكذوب- ومسلمة ساقط متروك) وذكره ابن الجوزي في الموضوعات أيضاً.

وبهذا يظهر لنا أن الأحاديث لا تثبت عن الرسول صلى الله عليه وسلم وعلى الناس أن يحذروا من نشر الأحاديث الساقطة وإنما عليهم الرجرع إلى ما صح عن الرسول صلى الله عليه وسلم.

“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.”

Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-’Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah.

Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-’Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’… [dan seterusnya]”

Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata: “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan orangramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam).”

3. Dr. Hatim al-’Awni: -

لهذا الحديث ألفاظٌ متعدّدة، وروايات عِدّة، وكلّها لا يصحّ منها شيء.

“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.”



Itulah sahaja yang sempat saya terjemahkan. Semoga kita dapat menyebarkan pembetulan ini dan lebih berhati-hati dalam menyebarkan apa sahaja yang dikatakan “SABDA RASULULLAH”.

Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ

“Sesiapa yang menceritakan hadith yang dilihat sebagai dusta, maka dia termasuk salah satu di antara dua orang yang berdusta.”
[Sahih Muslim]

Maksudnya, pendusta pertama adalah orang yang mencipta hadith ini, dan pendusta kedua adalah sesiapa yang menyebarkannya.

Sabda Rasulullah (Sallallahu ‘alayhi wasallam):

مَن كَذَب عليّ مُتعمِّدًا فليتبوَّأْ مَقْعَدَهُ من النار

“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka.”
[Sahih Muslim]

Oleh kerana itu, sahabat-sahabat nabi sangat berhati-hati dalam menyebutkan sesuatu itu daripada nabi Muhammad (sallallahu ‘’yahi wasallam).



Bayangkanlah bumi kita seperti gambar diatas .... Bayangkan Kiamat .... Pasti bulu roma naik hati rasa takut . Terasa diri terlalu hina dimata ALLAH :') yaallah ampuni aku :(

Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :
Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.
Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir  kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.

waalahualam bisawab , hanya allah sahaja yang lebih mengetahui . Kita sebagai Umatnya hanya mampu bersedia Kerana Kesimpulannya itu semua Rahsia ALLAH :)
Ingatkan aku ketika aku lupa . Sedarkan aku ketika aku leka . Aku hnya hamba , penuhh duka dan dosa . Mungkin pemulaannya hina . Tapi siapa tahuu pengakhirannya ? :)

والله أعلمُ بالـصـواب
To adiks yang menduduki Trial Exam PMR . akak ucapkan Goodluck untuk korang andd before masuk dewan . berdoa andd selawat ke atas nabi . Kepada Sahabat SPM saya , anda pon sama :)
Follow Twitter : SiCinaSepet

Sumber : Link Link Link 

Saturday, July 28, 2012

Diari Ramadhan Kita

Publish on : 12:23 AM There is : 3 Comments Labels : ,
Photobucket
Baca Part sebelum hanya disini .
Assalamualaikum andd yeoboseyo  .. alhamdullilah exam bulanan kedua saya dah tamat dann .. K tak puas hati merana sampai mati . haha dan alhamdullilah juga sebab Kita dah berpuasa selama 7Hari dan hari ni merupakan 7Ramadhan 1433H / 2012

haa ada ponteng puasa ye ? okey duit Raya kurang . haha . Hari ni baru 7Ramadhan , surau dekat area rumah alja semakin sikit jemaahnya . mana mereka ? mana ? mana ?

Title alja kali nh "Diari Ramadhan" Kenapa diari Ramadhan ? haha saja je .. saja ? ehh taklah , sebab alja ada letak pasal makruh dan perkara-2 batal puasa . alja hope anda suka entry alja kali nh . No idea sayang :)

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah RA. meriwayatkan bahawa Rasullulah SAW bersabda ....
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pon sebelum mereka . Bau mulut daripada seorang islam yang berpuasa adalah lebih harum disisi allah daripada bau haruman Kasturi . Ikan-2 dilautan mereka sehinggalah mereka berbuka puasa"

Adab menyempurnakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan 
  1. menjaga lidah daripada berdusta , mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya
  2. memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan sia-2
  3. Jangan perbanyakkan tidur pada siang hari dan makan pada malamnya tetapi bersederhanalah pada kedua-2 nya .
  4. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih , witir dan sebagainya
Perkara-2 makruh yang dilakukan ketika berpuasa
  1. Berkumur-2 dan mengosok gigi ketika gelincir matahari
  2. memasukkan air kedalam hidung secara berlebihan
  3. mengeluarkan perkataan yang kotor dan sia-2
  4. memandang atau mencium bunga atau bau-2
  5. Berbekam . jika berbekam itu melemahkan badan
  6. merasa makanan dengan lidah
  7. mengunyah benda keras atau liat yang tidak boleh hancur seperti getah dan sebagainya
Perkara-2 membatalkan puasa
  1. Makan , minum dan bersetubuhan pada siang hari dengan sengaja
  2. memasukkan sesuatu kedalam lubang rongga seperti hidung , telinga dan mulut walaupun tidak mengenyangkan
  3. muntah dengan sengaja
  4. Keluar haid bagi kaum wanita
  5. mengeluarkan "air mani" dengan sengaja , bukan melalui mimpi
  6. bersalin
  7. hilang akal disebabkan gila atau mabuk pada siang hari atau pada bulan puasa
  8. melihat bulan syawal
  9. murtad (Keluar daripada agama islam)
Firman ALlah subhanahu wa Ta'ala , Tafsirnya ...
"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi Keterangan-2 yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." .. Surah Al-Baqarah ayat 185

nampak tak seorang islam yang berpuasa , bau mulut dia lebih harum . bertuahnya . jadi bersyukur dan berpuasa lah :)


Friday, July 20, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1433H / 2012

Publish on : 10:30 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Photobucket
Assalamualaikum andd yeoboseyo .. oh yes ! besok puasaa .. eh ? alhamdullilah lah . haha sukanya bila kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan nh  . Hope allah pemudahkan segala urusan kita dibulan ramadhan ni . insyallah amin

Dibulan ramadhan ini , saya telah kehilangan lagi sekali orang tersayang iaitu arwah atok saya . Lagi beberapa hari nak puasa , dia telah kembali ke rahmatullah . saya tahu allah lebih sayangkan dia .. dia meninggal hari rabu 18 July 2012 . hm lagi 3hari nak sambut puasa . saya doakan arwah atok saya berada bersama-2 di Kalangan orang beriman . amin . AL-Fatihah Alimah Binti Ahmad dan seluruh Muslimin muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia :)

Bulan Puasa nh alja harap kita ikhlaskan diri dan bergembiralah bila tiba bulan ramadhan ini . Kerana Ramadhan setahun sekali . mungkinn ... mungkin ini ramadhan yang terakhir kita .. hmm so MANFAAT kan , saya ulang MANFAAT kan bulan ramadhan ini ! MANFAATKAN !! Kita taktahu kan ajal kita ? so sebab tuh alja suruh Kita manfaat kan ramadhan ini supaya kita tak terlepasnya .. 
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ..Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.“ - [ Surah Al-Baqarah: 183 ] 
ha nampak takk ? so jangan ponteng-2 tauu . Ponteng sekolah pon dapat surat amaran apatah lagi ponteng puasa yang telah diwajibkan oleh allah .. Kalau perempuan cuti ada makna tapi lelaki cuti ? alja taknak comment apapa . haha 


Lafaz Niat Sebulan
Lafaz niat: “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”Niatnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Harian 
Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz Berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*Kalau Tak ingat Bahasa arab .. Boleh niat dalam bahasa rumi okey*

maksud puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa . haa jangan sebelum terbenam matahari dah berbuka . haha 

malam ini awak semua akan nampak status BBM , Whatsapp , Twitter , Facebook andd etc yang mereka akan tulis *Jom Terawih* *berada disurau For solat* *Bangun-2 sahur* andd etc haha dan yang paling penting Ucapan puasa .. Inbox anda akan penuh dengan msg tentang puasa ..

Ais Cream , sedapnya ! yummy .. haha



To Be continued ....




Monday, July 16, 2012

Tanda-2 Kiamat Besar dah keluar ?

Publish on : 6:52 PM There is : 4 Comments Labels : ,
Photobucket
Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hello Blogger , rasanya dah lama alja tak update Blog kan ? Tuto pon dah lama tak buat .. hmm busy lah kawan . Spm lagi andd Netbook asyik prob je . Rasa nak lari-2 Campak dari atas ke bawah , bawah ke atas .. haha . Stop talking merapu things . Sahabat , awak nampak tak title dekat atas tuh ? 

haa , okey good . hmm ada sahabat alja dekat twitter Kata bahawa ....
*Pihak NASA telah pun mendpti tanda-2 matahari akn terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh*

Terbitnya matahari dari arah barat termasuk salah satu tanda hari kiamat besar yang telah tetap berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

hmm masa dia kata matahari akn terbit dari Barat .. alja teringat satu dalil dari alquran ..

Allah ta’ala berfirman :
يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا
“Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya” [QS. Al-An’am : 158].

Selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi dan dajal akan turun ke bumi .. 


Secara Ringkas tanda-2 kiamat besar ..
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir ..

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
2) Zina bermaharajalela ..... Lihat SINI
Rasulullah S.A.W telah bersabda,"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.( Fussilat 41: 53)

Bayangkan Kiamat .... Pasti bulu roma naik hati rasa takut . Terasa diri terlalu hina dimata ALLAH :')

Tapi Allah itu Maha Penyayang. Biarpun kita ni penuh dengan dosa dan noda, Dia tetap beri peluang pada kita untuk bertaubat. Baiknya Allah.

waalahualam bisawab , hanya allah sahaja yang lebih mengetahui . Kita sebagai Umatnya hanya mampu bersedia ...




Nak tanya or nak jadi Sahabat , meh lah Follow alja disini . btw leave your Blogwalking at Shoutbox . i'll blogwalking back . insyallah Thankyou :)




Sumber : Sini Sini Sini Sini Sini Sini