Wednesday, January 2, 2013

Selamat tahun Baru . Mari Kita MuhasabahKan diri

Publish on : 2:38 PM There is : 1 Comments Labels :
Photobucket
MAAF JIKA ENTRY INI PANJANG . SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA :)
Assalamualaikum andd yeoboseyo .. Kaifa halukum ? semoga kita semua dalam keadaan yang gembira sihat bahagia . ameen . Alhamdulillah Kita masih lagi diberikan pinjaman oleh ALLAH iaitu pinjaman NYAWA dan kita masih lagi dapat berjumpa , alja dapat lagi taip entry nhh , andd dapat ke tahun yang baru iaitu tahun 2013 !! .. Selamat tahun baru Sahabat Alja semua :)

Dalam Bahasa Arab
Kullu sanah wa enta thoyyib [semoga kamu Sentiasa dalam keadaan baik] Reply :- Kulluna ya Rabb , wa enta thoyyib [semoga kita semua dan kamu juga begitu]
Bila tiba sahaja tahun baru tidak kira siapa .. Masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki dan mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita . 
Ya Allah , Khabarkanlah segala berita baik dari-Mu Ya allah ! :)

Isu Dominan atau Kebanyakkan orang bertanya mengenai tahun baru mesti Azam , harapan , cita-cita , Cinta .. eh ? haha dan so on lah Kan .. Yang pasti setiap kita pasti akan menanam azam ke arah Positif untuk tahun baru dan kurangkan hal-2 negatif . 
Kalau ditanyakan alja ? Ehem ehem harapan alja semoga dapat menjadi anak yang solehah , dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik , dapat meringankan beban emak and berharap dapat bawak emak tunaikkan haji/umrah . Oh ye doakan semoga result SPM alja lulus dengan cemerlang , ameen ! dan muhasabahkan diri dalam perkara-2 yang lepas supaya tidak berulang kembali ! :)
Lihatlah sekarang , Fenomena hijrah yang lebih ke arah positif terutamanya pada artis-artis di Malaysia dan tak kurang juga pada masyarakat awam . Alhamdulillah , rasanya cukup cantik sekiranya kita seimbang antara tuntutan dunia dan akhirat . Kerana kita didunia hanyalah seorang perantau yang membawa bekalan ke akhirat . Harap-harap azam kita semua seiring dan seimbang dengan keperluan dunia dan akhirat . InsyaAllah . ameen :)
Namun kebanyakan kita sering terlupa untuk muhasabah kembali azam-azam yang lepas . Apabila kita tidak muhasabahKan perkara-2 yang lepas , kita akan mengulanginya semula dengan menjadikan setiap perkara negatif yang akan menjauhkan kita daripada mencapai azam yang di tetapkan oleh kita pada tahun ini . Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.

Dengan bermuhasabahKan diri , kita dapat menilai setiap perbuatan kita . Apakah ianya mencapai matlamat , menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan ? Dengan bermuhasabahKan diri juga , kita dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali yang kedua kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa ! :)
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Justeru , alja ingin kongsikan beberapa azam yang mungkin dapat membantu kita semua dalam meningkatkan keimanan dalam diri . Kerana Mujahadah yang paling pahit dan besar adalah berjuang dalam diri sendiri untuk mengekalkan keimanan iaitu istiqamah . Bermujahadah untuk lebih istiqamah dalam iman atau berjuang untuk mencari sebuah keimanan yang bebas dengan bisikan syaitan laknatullah yang sentiasa menyesatkan manusia .
Sesungguhnya Syaitan itu musuh kita yang paling NYATA
Antaranya ...
1. Menempatkan diri untuk beribadah
  Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” [Riwayat Ahmad , Tirmizi , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.]
2. Memperbanyak istighfar

  Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah S.A.W

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” [Riwayat Ahmad , Abu Daud , an-Nasa’i , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.]
3. Tinggalkan perbuatan dosa

   Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah S.A.W

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” [Riwayat at-Tirmizi]
4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” [Ar-ra’d: 28]
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” [Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]
6. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahualam .

7. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata :

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
8. Menjalin silaturrahim

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” [Riwayat Bukhari]
9. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]
10. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki . Rasulullah S.A.W bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.]
11. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


12. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]
13. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
 “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” [Ali Imran: 145]
14. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


15. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah . Penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya . 

Dalam al-Quran Allah suruh kita meminta kepada-Nya , nescaya Dia akan perkenankan

16. Berikhtiar sehabisnya

"man jadda wa jadda" iaitu siapa yang berusaha dia yang berjaya . Ini sunnatullah . 

Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

17. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” [At-Thalaq: 3]
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” [At-Talaq: 2-3] 

Pendek kata . sebagai orang Islam , Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya . Tidak Lupa juga agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa , agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah . Rabbuna Yusahhil ...
Tahun berganti tahun . hari berganti hari . Tak semestinya tahun ini umurKu panjang lagi .. jadi akan aku audit diri ini agar menjadi lebih baik . Bukankah ALLAH Cintakan Orang-2 yang berusaha menjadi yang lebih baik 
Semoga Tahun baru 2013 Kita ini adalah tahun yang penuh bermakna penuh ceria .. InsyaAllah Ameen Ya Rabb .. Assalamualaikum :)

Melihat budak sekolah berjalan kaki dengan berpakai sekolah , bergalas beg dibahu .. Teringin pergi ke sekolah lagi .. 


Sumber : Sini 

1 comment:

  1. sesama kita muhasabah diri...perbaiki kekurangan..... tingkatkan keimanan....

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .