Sponsor t-shirt for blogger

April 11, 2013 1 Comments A+ a-

Tekan Banner untuk tahu lebih Lanjut

Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo :)  .. Sedang berblogwalking sekali ternampak tentang Sponsor T-Shirt For Blogger . Menarik Sangat Kan ! :) jadi dengan itu Alja ingin mencuba rezeki :)

Apa yang T-shirt Mudah Terengganu Offer ?
  • 30 helai t-shirt untuk giveaway + 2 helai t-shirt untuk blogger (pemenang)
  • Design t-shirt adalah custom daripada blogger (pemenang) itu sendiri (bergantung pada terma)
  • Kos postage/courier 32 helai t-shirt akan ditanggung sepenuhnya oleh T-shirt Mudah Terengganu
Best Kan ? Lagipun sekarang Alja sedang mencari Sponsor untuk GA Alja Yang Ke-3 . Harap sangat lebih meriah dari yang sebelumnya :) Jadi if T-shirt Mudah Terengganu menjadi Sponsor , mungkin GA Alja akan meriah kerana syarat yang mudah + Senang and jugak Barang tawaran yang ingin disponsorkan tuh ;) Dasyat lah Dasyat lah T-Shirt tuh ! Siapa yang nak bagi secara percuma ? Siapa ? Kalau bukan T-shirt Mudah Terengganu !!
Jadi Sponsor pon ada faedahnya tau . Apa Apa ?
  • Followers anda meningkat 
  • Like Page anda meningkat
  • Dapat meningkatan Trafik blog / page 
  • Duit churp2 , says or heartbeat akan bertambah [ bila dorang click lah ]
  • Pageview punnnn mulalah meningkat
Ha , Bestkan jadi Sponsor ni ? banyak Faedahnya :D Alja Kalau boleh Nak Sponsor yang Syarat Senang + Mudah bagi memudahkan Peserta-2 untuk Join :) Biar Sponsor sikit Janji Hadiah banyak . So takde lah Peserta rasa macam "MALAS" nak join nanti . hehe :)

Sebab Mengikut pengalaman Alja join Giveaway / Segmen / Contest dalam Blog , Kalau Syarat banyak macam kena Follow ramai org lah apa lah . Banyak Blogger akan kata "Banyaknya kena follow" " alarr internet slow lah" so alja taknak lah membebankan mereka dgn syarat yang terlalu menyusahkan dan akan membuatkan mereka rasa dan tertanya-2 "nak ke tak join erkkk" hehe Kalau dorang kata "alar boleh lah , mana tahu ada rezeki" itu okey lagi . Tapi kalau dorang kata "malas lah , satgi lah join" haa itu payah amat . haha :)

Dengar Sini ! Sila Bagitahu Emak , Ayah , Suami , Isteri , Girlfriend , Boyfriend , Adik , Kakak , abang , Ibu Mentua tentang Laman web T-shirt Mudah Terengganu . Tahu tak ? Portal Online Shopping untuk T-Shirt yang Comel-2 tuh ? dan yang paling gila lagi .. T-shirt Mudah Terengganu ingin menawarkan diri mereka dengan menjadi sponsor dan memberikan T-Shirt serta di-designkan sendiri oleh blogger itu secara PERCUMA !!! *Ting Tong* Arghhhh Arghhhh Arghhhhhh ... hahaha

Dan yang paling best . Lelagi Kalau Blogger tuh menang and Design t-shirt adalah custom daripada blogger itu sendiri . Memang sangat bestlah Kan :D Kan Blogger-2 Kita semua kreatif so mesti dorang rasa berminat nak Join GA ni Sebab mesti dorang sedang berangan-2 nak designkan t-shirt yang bakal dorang menang tuh . Jadi GA itu mesti jadi lagiii meriah nanti !! :D


Nak Tengok Contoh T-shirt Mudah Terengganu Buat ? Superrbbb Lawa ! :D 
Ini T-shirt gambar Artis . hehe Hensem Kan dia ;) 
Ini T-shirt untuk Family yang direquest oleh pelanggan . Ha yang ini Comel sangat ! hehe Alja suka warna hijau dia hidup :D

So amacam ? Hebat Kan T-shirt Mudah Terengganu dalam mendesignkan T-shirt-2 yang direquest oleh pelanggan-2 mereka . Semuanya Cun-2 belaka tau ;) *dah terlalu panjang sangat Entry ni Alja rasa*

Nak lihat lagi T-Shirt yang didesignkan oleh T-shirt Mudah Terengganu ? Just CLICK HERE and yang penting korang tak akan rugi . wacaya sama lu . eh ? haha . Jadi , Alja Berharap , alja dapat bekerjasama dengan T-shirt Mudah Terengganu dan menjadi Sponsor GA Alja nanti jugak semoga GA Alja yang Alja Anjurkan itu meriah oleh kerana mempunyai Sponsor seperti T-shirt Mudah Terengganu :) 


DUE DATE :- 14 April 2013 Ahad [ 11.59 Malam ]
KEPUTUSAN DIUMUMKAN :- 15 April 2013 


ma'assalamah wa ilalliqa'



1 Comments:

Write Comments
April 11, 2013 at 8:58 AM delete

good luck,, ti join gitau la k,, hehe

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤