Saturday, September 7, 2013

‎15 Anugerah Perempuan Yang Allah Berikan

Publish on : 4:00 PM There is : 0 Comments Labels :
Photobucket

1. Pada suatu ketika di Madinah,Rasulullah S.A.W keluar mengiringi jenazah.Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut.Lalu baginda bertanya,"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?"Jawab mereka,"Tidak".
Sabda Baginda,"Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu.Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum lelaki".

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

4.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

5."Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membinakan tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka,jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi".

6."Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang memintal benang,Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat".

7."Wahai Fatimah,untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya,Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di akhirat".

8."Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang memntal benang kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya,maka Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 100o orang yang tidak berpakaian".

9."Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya,mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,Allah akan mencatatkan untuknya sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yng memerhatikannya".

10.Sabda Nabi s.a.w : "Ya Fatimah,setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,memotong misai dan mengerat kukunya,Allah akan memberi minuman kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim".

11.Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepadanya isterinya satu masalah agama atau dunia,dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk ke syurga 500 tahun lebih awal daripada suminya,menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari ,dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripadaa permata yakut.

13.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) solehah.

14.Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kahwin).

15."Sebaik-baik wanita ialah wanita(isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya,ia menggembirakan kamu,jika engkau memerintahnya,ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir,dia menjaga harta engkau dan dirinya".



Semoga Kita semua menjadi seorang wanita solehah , siapa yg taknak menjadi wanita solehah bukan ? semua pasti nak , semua pasti mengimpikan . Begitu jugak aku *Sebak haih* ... InsyaALLAH , Kita boleh :')


No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .