Wednesday, November 13, 2013

FADHILAT PUASA SUNAT ASYURA’ . Jom Puasa ^^

Publish on : 12:46 AM There is : 3 Comments Labels : ,
Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai :) Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram . Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri . 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka .

Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram pada RABU DAN KHAMIS ini saya mengingatkan diri saya dana sahabat sekelian tentang kita disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram . Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut ...

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Muttafaq 'alaih).

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
Photo: Puasa Hari 'Asyura 

9 / 10 Muharram 1435
13/14 November 2013

Yuk puasa secara berjemaah :)

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

Semoga Allah merahmati kita dalam perjalanan menuju keredhaanNYA.. apalah ada pada dunia ini jika tidak dapat menjadi tempat mencari redha Allah menuju akhirat..
Q&A yang sering orang tanya ....

Soalan :- Kalau saya himpun kan puasa ganti dan puasa ‘Asyura ni boleh ke tak ? 
Jawapan :- boleh , tapi niatnya haruslah puasa hari asyura dahulu kmudian niat puasa ganti . Tapi kalau nak puasa sunat isnin khamis . Kena niatkan puasa ganti dahulu kemudian br puasa sunat . Wallahualam ... [ Dapat dari ustaz Don Daniyal ]

JOM PUASA ESOK ^^ yehuuuuuuuuuuuuuu . haha 




Credit :- DrMAZA.com | Islam Itu Indah


3 comments:

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .