Giveaway untuk Bloggers

December 25, 2014 5 Comments A+ a-

[ Klik Banner untuk Join tau tau ]

Assalamualaikum dan Hai semua. Memandangkan Alja dah lama tak join giveaway, Alja nak join giveaway Kali pertama untuk tahun ini (rasanyalah) haha atas faktor faktor busy belajar (urgh alasan sangat) okey okey jangan lari, teruskan pembacaan anda atau terus saja klik banner itu, okey? :D

Tarikh Bermula 23-12-2014 SEHINGGA 28-12-2014 (11.59pm)
Tarikh Umumkan pemenang 30-12-2014 (Guna Random.org , MUKTAMAD!)

Follow Blog Empat (4) Orang sponsor (Sikit je kan? Tapi Cubalah tgk hadiahnya, GEMPAK!) 

Hadiah pertama
Telekung dan Mini Tasbih x 1 orang

Hadiah kedua
Custom made clock lokal produk x 1 orang 
Custom Made Clock-WORLD FLY WHITE (Jam Dinding) yang bernilai RM 75.00 termasuk penghantaran, sumbangan dari pop clock Inc. untuk view Custom made lokal produk tekan SINI

Hadiah ketiga
Topup tambah nilai prabayar RM 10.00 x 3 orang

Hadiah ke Empat
2 Pcs SHISEIDO FACE MASK ( pencerahan wajah dan pemutihan) x 3 Orang

Hadiah kelima 
Wang Tunai bernilai RM 70.00 x 1orang

Hadiah Keenam
Wang Tunai RM 20.00 x 1orang

Hadiah Ketujuh 
Wang Tunai RM 10.00 x 1orang

So apa lagi? Hadiah Gempak! Kalau Rezeki Alja atau awak semua dekat situ, Adalah :) Jika terpilih sebagai pemenang , ucapkan Alhamdulillah. Jika tak terpilih, jangan sedih sebab rezeki kita ada cuma dekat tempat lain. Fikir positif okey sayang, apapun selamat ber-Giveaway semua :D

USRAH: Sungguh, dalam diri Kita masih ada Sifat Tidak Bersyukur dan Tidak Berpuas Hati

December 24, 2014 4 Comments A+ a-


Assalamualaikum Hai semua. Malam ni Alja nak kongsi satu entry berkaitan dgn diri kita semua. Tentang Apa? Bersyukur? Ye, Bersyukur.

Bersyukur dengan diri kita tidak asing lagi bukan? Terkadang, apa yang kita dapat, kita terima, selalu saja akan terdetik dalam diri tak puas hati. contoh,
  • Ini je dia bagi? 
  • Asal dia bagi sikit sangat! Harap je rumah besar, ada pangkat. Tapi Kedekut.
  • Eleh, benda ni pun aku boleh beli lah.
  • barang ni mcm kat kedai daiso je, RM5 je agaknyaaaa.. Murah gila!
  • Dan lain-2, sila nyatakan .... 
Bukan awak, awak, awak kat mana awak awak kat mana.... okey okey jangan padam entry ni. 

Terkadang hati kita terdetik dgn ayat-2 kat atas kan? Kenapa pulak hang kata gitu? Sebab Alja pun buat. Well, kita manusia, buat silap tapi cepat-2 lah mintak maaf and pebetulkan kesilapan kita ye! Jangan kata "biasalah Manusia, buat silap. macam kau tak pernah buat silap je!" Jangan lah dok kata gitu, takkan lah awak nak buat silap forever sebagai alasan "Biasalah Manusia" 


Sabda Rasulullullah s.a.w;
من لم يشكر القليل لم يشكر الكثير ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله التحدث بنعمة الله شكر وتركها كفر
Maksudnya; Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, ia tidak akan bersyukur dengan yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia, ia tidak bersyukur dengan Allah swt,Menceritakan nikmat Allah adalah bersyukur dan meninggalkannya adalak kekufuran.
Walaupun apa sahaja yang kita dapat, sekecil hama pun, bersyukurlah. tapi susahkan? samalah! Jadi, apa kata, kalau kita terdetik sahaja rasa tak bersyukur tuh, kita pandang sekeliling and cakap, 
  • Orang lain mungkin tak akan dapat apa yang aku dapat
  • Masih ada org lain yang lebih susah dari aku
  • Org lain dapat ke mcm aku dapat? kenapa susah sgt aku bersyukur? Allah.. 
  • dan lain-lain, sila Nyatakan ....
Sahabat yang Alja sayang, tahukah kamu bahawa Semakin banyak Kita bersyukur. Semakin banyak Kita menerima tau. Tak percaya? Cubalah. InsyaAllah :D

"Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada"- DrMaza

Ada Facebook? Cubalah lihat. Ada artikel-2 , post-2 mengenai
  • suami mengadu isteri begitu begini, Isteri mengadu Suami bergitu begini 
  • Anak mengadu ibu bapa tak belikan HP lah, tak belikan apa yang kawan-2 ada
  • Kawan kata kita mcm itu ini
  • dan lain-2. Sila Nyatakan ....
pernah tak korg baca artikel tentang suami yang mengadu tentang isterinya. Artikel tuh sangat popular satu ketika dulu (macam dah lama sgt pulak!) jika tahu, ulas sendirilah :)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Tentang si anak yang paksa-2 ibu bapanya belikan handphone sebab ikut trend, kawan-2 kata tak up-to-date. So what? Hidup dgn cara sendiri, jangan ikut org lain. Paksa-2 ibu bapa, pernah terfikir tak ibu bapa kita banyak berhabis duit beli barang-2 sekolah kita, ye, mmg beli barang-2 sekolah itu tanggungjawab mereka (ibu bapa) tapi kalau beli Handphone itu rasanya bukan Keperluan, tapi KEHENDAK

Kehendak ini kita boleh Holdkan right? lagi-2 GST dah ada nh, lagi banyak duit nak digunakan. Kau asal kata begitu? dah ada pengalaman jd ibu ke? No! tapi ini adalah pengalaman sendiri, lagi-2 dah jadi pelajar IPT duit lagi guna banyak, akibat tak nak susah kan Emak Alja, Alja cuba cari alternatf lain seperti menjual online, mencaru duit dengan membuat tempahan edit blog dan lain-2. Sila Nyatakan (eh!) hahaha

B5gcPIhCAAILVvi

lagi satu, kalau siapa yang ada online shop, mungkin akan ada pelanggan yang seperti dekat atas tuh. pernah tak? Alja pernah, tapi bukan mcm atas lah. 

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. - (Surah Gafir 40:61)

Kita ini suka sangat banding-bandingkan diri kita dgn org lain (macam Alja). Kita selalu je kata ,
  • Dia comel lah, cantik lah, hensemlah kenapa aku tak mcm dorg? 
  • Dia pandai, kenapa dia boleh? kenapa aku bodoh sgt? hmm aku sgt tak berguna
  • Dia ni serba boleh, aku serba tak boleh
  • dan lain-2. Sila Nyatakan .....
Allah dah banyak kali ingatkan dalam Al-Quran tentang BERSYUKUR ini. Tapi kita sering lalai dan alpa. Sebenarnya, diri kita adalah apa yang kita buat dalam kehidupan seharian. Jika dalam hidup kita hampir 80% fikir tentang negatif, benda semua yang kita buat semua akan jadi serba tak kena. Jika dalam hidup kita hampir 80% fikir benda-2 baik, Kita akan buat semua dgn mudah dan insyaAllah berakhir dgn Kerjayaan. Percaya dan cubalah! :)

kenapa kita sentiasa mendongak ke atas, sedangkan dibawah kita tak habis lihat lagi? Kenapa saat kita susah, kita kata Allah tidak Adil? Kenapa saat kita susah, baru kita tersedar kita ada Allah? Kenapa saat kita senang, kita mudah lupa pada Allah? Kenapa kita selalu saja minta itu ini tanpa berusaha? kenapa kita selalu saja mengadu? susah sangat ke kita untuk bersyukur? Jawapannya ada didalam diri sendiri. Terapi diri kita sendiri. lihatpada diri kita sendiri. 


Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki  yang dikurniakan Allah SWT ialah, Kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah. Tanda kita bersyukur diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan tanda kita bersyukur diatas nikmat ilmu pengetahuan yang kita peroleh adalah kita pergunakan ia untuk menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Ilmu yang kita dapat perlulah di amalkan dan disebarkan kepada orang lain, bukan terperap didada dan kedekut! Ilmu yang baik, patut dikongsi. betul? :)

Lihat pada apa yang ada, barulah kita BERSYUKUR. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita KUFUR. - ILuvIslamDotCom

Buka mata, lihatlah sekeliling dan ucapkan lah Syukur Alhamdulillah :) Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh supaya kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang bersyukur dan sabar yang dirahmati dan diredai oleh Allah SWT. Jika kita memiliki dua ciri-ciri tersebut yang dinyatakan di atas maka kita akan terpilih menjadi golongan tersebut. Tetapi jika kita berburuk sangka dengan Allah SWT, sentiasa mempersoalkan qada dan qadar dan asyik sahaja mengeluh akan ujian dan dugaan daripada Allah SWT maka kita akan menjadi golongan yang dimurkai oleh Allah SWT dan akan mendapat azab dan seksaan daripada-Nya. Minta dijauhkan :'(

Semoga kita bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah yang tidak terhitung banyaknya. Semoga dijauhkan juga akan sifat sebegini, InsyaAllah, Allahumma Aamiin. 

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk itu datang dari Kesilapan Alja sendiri, Asif jika ada yang terasa hati and mungkin ada tersalah kata. Jika ada pandangan boleh kongsikan di comment bawah ini :D dan Jika ingin berkongsi secara privasi boleh Email Alja :) InsyaAllah. Kita sama-2 muhasabahkan diri kita.


Kembali mengasah dan menambah ketajaman pisau

December 23, 2014 4 Comments A+ a-



Assalamualaikum and Hai Korang !

yes im back. back to where? back to here! Sejak dah start study, blog makin terabai. wuuuu mesti dia sedih T_T owner dia lagi bertambah-2 sedih sbb update melalui phone jeeeee andddd makin update merapu yang tak berfaedah! ish ish ish. melalaikan.

So now, insyaAllah akan start fokus pada blog yang terabai. Guna domain, bayar je domain lebih, bayar je hosting lebih tapi taknak majukan blog sndiri. haha sedih alja nh sedih!
Hahaha tajuk bikin panasssssssssssss. Kembali mengasah dan menambah ketajaman pisau? yela, dalam dunia blog nh, kita perlu, yes KITA PERLU dan DAPAT mengasahkan lagi bakat kita dalam penulisan malah dapat menajamkan lagi idea-2 untuk berblog. percayalah! 

ketahuilah, Masa Exam, Otak kita akan ligat nak tulis macam-2, padahal atas paper je. tapi kita bayangkan mcm kita tgh berblog, habis dicurahkan segala idea, segala pendapat segala bacaan. hahaha kenapa pulak? sebab Alja yang buat mcm tuh! haha ke ada org lain juga mcm tuh? yeh kita geng! hahaha


Dulu dulu (kemain dulu dulu, mcm lama sgt 'dulunya') hahaha blog inilah yang banyak berjasa. Sehari income boleh cecah RM60-100++ . Time menjadi pelajar and skrg pun tgh menjadi pelajar IPT, jd mmg sgt dan teramat sgt perlukan duit. Nak beli itu kena duit, beli ini duit. sampai kena ikat perut sbb kalau nak call emak tak sampai hati T_T wuuuuuuu sedihnyaaaa. 

Lepastuh terus lupa pasal blog sbb dah busy sgt dgn study. takut terlalai, pendam jeeee hasrat nak edit blog, sampai ada yang tanya "still edit blog?" "Nak tempah lagi boleh?" mmg affordable price untuk blog yang Alja edit. tapi skrg, Alja nak fokus pada blog je and holdkan dulu untuk tempahan mengedit. maaf Maaf !!

satu je nak pesan, kita bila berblog, biarlah kita update yang memberi faedah kepada kita dan org lain bila membaca. Pahala pun dapat. Jika ilmu tuh berguna, and ilmu tuh disebarkan, Allahu, pahala kita dapat kawan kawan. Jadi jangan jadikan blog kita tempat 'Gosip' . Apa pun, Majukan Blogger untuk Masa Hadapan. hehehe Serious Berblogging ini best !! :D

Jadi, InsyaAllah, Mulai sekarang, inilah Dunia-Ku !!! Ayuh teruskan dunia berblogging ini ! :D

Botox elok ke? Tiada kesan sampingan?

November 11, 2014 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum semua . Hari nh Alja nak bagitahu sikit pasal 'Fenomena' Botox .

Huiiii Kemain ramai talk talk pasal botox nh. Sakit ke? Mahal ke? Tiada kesan sampingan ke? Semua jantina blh ke? Semua Jenis kulit blh ke?


Ia! Semua boleh. Tiada kesan sampingan. Tidak menggunakan Beribu riban. Malah langsung tak sakit makin cantik adalahhhhh !!

Tak percayaaaa? Meh tengok Testimoni blogger-blogger yang telah menggunakan. Siapa yg teah menggunakannya? Antaranya Kak Uzu (Emas Putih) , Kak Lily Putih Dan Kak Nabila (Nabilabiela). 


YANG BESTNYA, BELUM SAMPAI SEMINGGU DAH NAMPAK KESAN !! YANG PENTING IA NYA SAMA HASIL SEPERTI BOTOX!

Wahh Seronoknya. Ramai Sudah Mula Menggunakannya :) Even Baru Dilancarkan :)

Produk Apa nh? Haaa nh ha produk Keluaran MZ SECRET BOTOX CREAM ! Dulu MZ Secret Soap. Sekarang Botox cream yang telah menambah-baikan lagi produk nh.

Testimoni telah memberikan komen yang positif terhadapnyaaa. Alhamdulillah ♥ Lepas PM/Whatsapp Alja. blh Google Testimoni ini!


Lah? Macam mana nak dapatkan nh? Kena pergi Kedai ke? TAK PAYAH! Tak payah susah-2. Tak perlu ke kedai atau tonton Go-Shop di Astro. Hanya perlu capai Hp Dan whatsapp Alja. Alja akan post menggunakan Pos laju :)

Whatsapp atau PM Alja di Facebook

How To Contact Alja ?
💬 PM Alja di Facebook [ Search NurAlja ]
📲 WhatsApp/Telegram 0136441054
💌 Email : [email protected]

RAUDAH WIDESHAWL SELESA !!

November 10, 2014 1 Comments A+ a-

RAUDAH WIDESHAWL

MATERIAL : COTTON VISCOSE
PRICE : RM 35 EXCLUDE POSTAGE
MEASUREMENT : 2m x 0.8m

Mari dapatkan RAUDAH WIDESHAWL keluaran AmnaHijrah ini :) kenapa kenapa kenapa?????

ha mai rapatt rapatt. Nak habaqqq nh, Raudah wideshawl nh TAK PAYAH GOSOK. TIDAK JARANG DAN SENANG DIBENTUK DENGAN BENTUK MUKA APA PUN, KAIN NH BILA PAKAI RASA SEJUKK.

Alhamdulillah, boleh juga dibawak untuk menjadikan telekung kerana ianya Labuh!

Stock adalah LIMITED Dan TAK PASTI LAGI AKAN RESTOCK bila.

How To Contact PAC ?
PM Kami di Page
WhatsApp 0136441054
Telegram 0136441054
Email : [email protected]

BOLEH SEARCH DI INSTAGRAM UNTUK LEBIH PILIHAN @PRETTYALHIJRAHCOLLECTION ATAU HESTAG #PACWideShawl #PACHalfmoon

FITNAH ALAM MAYA. Aku diFitnah?!

November 09, 2014 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hai semua ...

Facebook sekarang banyak Sgt post benda-2 pelik . ada group sampai di Hacked oleh Orang yang bukan Islam yang nak menghancurkan Islam. Allah sungguh menakutkan :'(

Group yang Alja join nh, group yang dibina atas Kasih Sayang untuk berdakwah sesama kita. Tapi digodam oleh KAFIR LAKNATULLAH. Allah Allah Allah :'(

Mereka post yang berbalik drpd Islam. Mereka post Apa yang tertulis dalam bible. Mereka hacked and remove segala Admin Islam Dan menjadikan Kafir sebagai admin. Kafir yang menjatuhkan Islam.

Dulu post di public kan. Supaya org Luar yang tak join group itu pun blh baca. sekarang? Mereka buat private and menyesatkan org-2 yg ada didalam group itu. Sekarang Alja tak dpt keluar lagi sbb alja belum ada masa nak on melalui laptop. Alja on melalui hp saje skrg nh. Allah :'(

Dah buat report. Ramai org islam kita Dah buat report tapi NOTHING! Ye lah. Pengasas FB pun Kafir. Mana mungkin dia nak dengar Kata kita kan. Report Dah dibuat lama and banyak kali. Tapi tiada respon.

Lagi satu ....


Post timeline, ke group-2, wall-2, yang postnya 18++ , Drawing-2. Hangpa jangan tekan nahh. Itu semua SPAM. VIRUS.

Kekadang Kita tak tekan pun akan keluar juga. Kawan Alja tak tekan, gambar tuh keluar jugak. SPAM. Depan ingat yg Kwn Alja nh tekan, padahal dia Dah lama tak on FB :'(

Fitnah Alam Maya amat menakutkan.
Apatah lagi Fitnah yang Nyata.
Semoga Allah lindungi Kita ♥
Allah Allah Allah

'CABARAN 30 HARI' - Hari 4 | Buku Kegembaran Alja

November 07, 2014 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hai semua :)

Terlebih dahulu alja nak kata MAAF baru sambung balik buat Cabaran 30 Hari nh. Sebab 3 Minggu Alja exam and 2minggu lagi Alja busy study + Class + Assignments = Totally Stress !!. Campur tolak dalam sebulan seminggu hari Alja tak update blog nh.

So cabaran Hari Ke-4 , Buku kegemaran Alja. Alja nh lebih suka baca buku Fixi Dari novel cinta cintun. Hahaha

Imaginasi kena tinggi melangit. Bila baca buku Fixi nh, Korang akan rasa Korang yang dalam buku tuh. Macam Korang yang Alaminya.

Sampai boleh terbawak-2 mimpi lah. Serious! Tak tipu. Cubalah beli di Kedai buku popular ke mana-2 Kedai buku. Mmg best.

Antaranya ialah ilusaniti, mental, gantung, kacau and ajaib.

And Kak FD ( Fatin Diana ) pun ada banyan buku Fixi nh hokey. Teringin pulak nak pinjam Kat dia or beli ke. Hehehehe Harap Kak FD baca :p

Whatsapp Update 'Blue Tick'

November 07, 2014 0 Comments A+ a-

Dulu 'Last Seen' sekarang 'Tick color biru' pulak.


Tick biru Means 'Read'
Tick Kelabu 'Delivered' only
Last seen? Lapuk Dah tak berguna. Hahaha

Kita Dah Set Privacy Last seen kat Setting. Lani tick biru pulak keluar. Haish.

Tick biru nh makin bagi tekanan perasaan kepada penghantar je bila dia Dah hantar, Dah baca tapi tak reply.

Jaga jaga ada yang memerhati.

Hahahahaha


Jadi Apa pendapat Korang pulak mengenai WhatsApp Blue Tick nh? :)

Kerja Sampingan. Urgent!

September 29, 2014 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua , Nak tanya, Ada sesiapa memerlukan agent/dropship atau pekerja sementara. Tak kisah kerja menaip ke kerja menjual ke kerja online ke. Tolong bagitahu Alja di comment bawah nh ye.
**Urgent. Thank you :)

Application penting untuk Si BLOGGER

September 27, 2014 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum Dan selamat Malam :)
Mata pun Susah mengantuk. Sambil melayan mengantuk sambil kita berblogging menggunakan Application 'BLOGGER'
Tapi itu bukan tujuan sebenar Alja nak kongsi. Alja nak cerita salah satu Application yang terbaik Dan Penting untuk para blogger mudah dikenali.
Application yang diberi nama 'Edisi Blog' Yes memang ohsemmm. Tak tipu and Boleh try sendiri. Free sahaja! Boleh download di Playstore Korang tuh ye!
'Edisi Blog' di bawah anjuran KBA iaitu KELAB BLOGGER BEN ASHAARI :D
Semua blogger otai-2 spt Abg Ben, Kak Uzu, Halim Dan sebagainya Sudah Ada Application nh. So Korang bila lagi? ^^
Ia memudahkan lagi Korang untuk PING kan Entry Korang tau. So jangan lupa untuk download ye :D
Alja Dah guna so mmg terbaik Sgt ♥ hehe
Alja akan Update blog menggunakan application blogger sbb memudahkan lagi Alja menaip Dan berkongsi cerita serta pendapat  Disbb kan oleh tmpt study line agak pemalu *Geram giler*
Hahahahaha selamat Malam semua :)

Ibadah yang dilakukan Perlu di 'Jom hebohkan'

September 27, 2014 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua :)

Hari sabtu biasalah hari Cuti pelajar, so dok goyang kaki mcm Boss je Kat rumah. Kehkehkeh. Masih tak sedar diri exam menghampiri. *Kasi penendang Muai Thai*

Scroll pun scroll punya scroll Moment Wechat . Sekali terjumpa post katanya begini.

"Done Qiamullai"
"Done Baca Alquran*
"Hari ini nak jumpa ustaz nam baca Alquran juzu' 18. bla bla bla bla bla okey kan"

And pelbagai lagi post begini yang Alja jumpa. Buat ibadah Dah okey. Bila post-2 mcm nh rasa mcm tak okey , mcm timbul riak.

Setiap Manusia pemikirannya lain. Ada positif Ada Negatif. Kita tak tahu dalam hati org ckp Apa. Mungkin dia akan Kata ....

"Wah bagusnya dia baru lepas baca AlQuran"
"Eleh benda nh pon nak post, annoying gila"

Nampak tak perbezaan antara dua pemikiran? kita tak tahu dorang fikir Apa tentang kita. Dorang tak tahu sebenarnya Niat kita Ikhlas. Mungkin kita post sebab nak ajak dorg buat ibadah tapi tak tahu cara so kita buat lah dgn Cara mcm nh. Betul tak?

Pendapat Alja pula.

Kekadang Alja terfikir. Depa nh post utk Apa ? Depa post amalan ibadah dorang dekat Facebook , Wechat , Instagram , Twitter , Kakaotalk , Beetalk , Line , MySpace lah . Eh Ada ke org main MySpace nh lagi? Password pun Alja Dah lupa. Hahahaha

Dorg post ibadah amalan dorang dekat website-2 gitu utk Apa? Untuk bagi Kawan catat amalan kah? Siapa kwn yang catat amalan tuh? Hamboi baguihnyaaaaaa. Then kwn mana pula yg nak hukum tuh kalau tak cukup ibadah ? Haihhh ...

Jujur dari hati lunak jantung naluri perasaan Alja. Its annoying.

Ibadah dan amalan kita biarlah menjadi rahsia antara Kita , Allah dan Malaikat yang kiri Dan Kanan dok mencatat setiap amalan kita.

Sembunyikan ibadah kita seperti mana kita sembunyikan segala-2 dosa dosa kita.

Alja takut kalau Alja post begini, kita dikatakan riak. Padahal Ibadah kita tak adalah tinggi mana. Ntah-2 maksiat yang kita buat lagi tinggi pemberatnya. Siapa tahukan? Allahu T_T

Maafkan hamba , hamba hanya menegur Apa yang berada dihati jantung limpa otak akal perasaan hamba shj. Alja pun Ada kekurangannya. Sama sama kita berubah ke Jalan yang direhai-Nya :)

Yang baik Dari Allah. Yang buruk itu datangnya Dari Diri Alja sendiri :)

Assalamualaikum Dan byee ^^

Ilalliqa'

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan, Alja !

September 25, 2014 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semuaaa :)
Lama sudah Alja tak membebel dekat sini. Dah lama tak join giveaway , buat giveaway. Join bloglist , buat bloglist . Pokoknyaaa semuanya berkaitan sama blog udah Hilang. Hahahaha
Maaf ye. Alja Cadang nak buat giveaway tapi itu lah masa tak mengizinkan. Lagi-2 nak dekat Final Exam nh. Nak menangis je rasa. Haha ini pun Alja guna Application 'Blogger' di Playstore Sana nun.
Haha , So berserta jadual exam ini, doakan Alja boleh buat dengan tenang ye masa exam ini nnti. Maafkan Alja juga kalau Ada yang tersalah Kata sampai buat Korang sakit hati T_T jauh di dasar hati sungguh Ku menyesal. *Sungguh drama TV* ehh dakkk, Ikhlas ini T_T
Apa pun, After exam Alja akan buat balik semua blog yg mana Alja tak sempat siapkan itu ye! :) InsyaAllah, Maaf sangat sebab ke-slow-an Saya. Line internet Kat sini pun segan hidup mati tak mau. *Geram*
Internet bersungguh-sungguh cari gaduh , sampai tkde mood nak memblogging mcm dulu , sampai takde mood nak buat contest kat blog. Sampai takde mood sampai lost nak edit blog T_T maafkan saya.
Mana Gajah yang boleh panjat bukit itu? (CELCOM) . Mana Span kuning yang 'I will Follow you' tuh? (DIGI) Mana Cakap banyak banyak main internet banyak banyak tuh? (Umobile) Mana Internet 1GB Hanya RM5 SAHAJA tuh? (MAXIS).
Tension. Blog ini jugalah side income Alja. Alhamdulillah Nasib Alja juga Ada Online shop di Instagram. Boleh search @prettyAlhijrahcollection Dan membeli disana ye. Okey jumpa lagi, Assalamualaikum semua , byebye :D

JUALAN BAJU RUNNING MAN

August 20, 2014 1 Comments A+ a-


ASSALAMUALAIKUM WBT :) 

RM30 Sehelai. 
Postage sm rm6 / ss rm10 
Saiz XS - XXL . 
Lelaki perempuan boleh pakai :) **Beli Banyak. dapat murah ♥
How to Contact ? 
1. PM KAMI DAHULU DISINI [ PAGE TIDAK BOLEH PM ANDA , HARAP MAKLUM]
2. WHATSAPP 013-6441054 
ATAU 
EMAIL :- [email protected]mail.com
3. WHATSAPP KAMI DENGAN CODE YANG INGIN ANDA BELI












REVIEW IKLAN | Panduan Kad Kahwin

April 28, 2014 0 Comments A+ a-


Fakta paling UTAMA adalah semua orang yang nak kahwin biasanya akan menempah kad kahwinuntuk menghantar jemputan. Perkara yang wajib ada!

ANDA TIDAK PERLU KELUARKAN DUIT SENDIRI UNTUK BAYAR KOS KAD KAHWIN
Ya, Anda tidak perlu keluarkan duit untuk bayar kos Kad Kahwin.
Anda hanya bertindak untuk URUSKAN TEMPAHAN sahaja
Pelanggan akan membayar DEPOSIT kepada anda, DEPOSIT tadi telah cover kos tempahan anda kepada Supplier.
 Bermaksud anda boleh menjalankan Bisnes Kad Kahwin dengan modal yang rendah sebab customer anda yang bayar kos kad mereka. Anda tidak perlu susah payah keluarkan duit poket anda sendiri! Best tak? 
Teknik dan penerangan selanjutnya akan dibongkarkan di dalam Panduan Kad Kahwin :)

NAK TAHU LEBIH LANJUT ? KLIK DI SINI 

April :- Berblog | Tempahan | Giveaway

April 20, 2014 1 Comments A+ a-


Assalamualaikum Selamat malam  Dah lama tak on. Sumpah ghindu dunia berblog , dunia mengedit , dunia mengupdate . urgh ni semua dunia ! haha

Tempahan dibuka , nak blh PM di Personal FB . Takde ? Meh Meh.

Nak Sponsor Giveaway blh PM di Sini . Terhad. InsyaALLAH Start Next week . Berlangsung Seminggu . InsyaALLAH .

Siapa nak join ? Meh Comment sikit , Nak tgk ramai mana join 






Tempahan Blog : NaDzirah RuQyah

March 02, 2014 1 Comments A+ a-

Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai :) Okey ini kali alja Kasi preview sikit Blog Kak Nad .

  • Edit Full
  • Tema blog ialah warna PINK PASTLE
  • Banner GIF
  • Copyright bawah blog
  • Post title edit by alja
  • Menu Bar
  • Lain-2 Boleh tengok sendiri di Blog Kak Nad ^^
Nak tahu Lebih Lanjut , Jom TerjahhhNaDzirah RuQyah^^