Monday, June 15, 2015

Program Ibadah Qurban dan Aqiqah 2015

Publish on : 10:15 PM There is : 1 Comments Labels : , , , , ,
Assalamualaikum dan Hai untuk semua. 
ok, sebelum Alja pergi lebih mendalam tentang apa yang Alja nak kongsi, Alja akan kongsi serba sedikit dulu tentang Apa itu Aqiqah , Apa itu Korban. Sambil-sambil tuh, boleh menambah ilmu pengetahuan kita semua. InsyaAllah.

APA ITU QURBAN ?
Qurban ialah Menyembelih binatang ternakan (Al-An'am) pada hari raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat kepada Allah. 

Hukum Qurban ialah 
  • SUNAT MUAKKAD bagi orang islam yang mampu 
  • WAJIB bagi yang bernazar
Hikmah Qurban ialah
  • Memberi peluang kepada fakir miskin menikmati daging qurban dan sama sama bergembira pada hari raya. 
APA ITU AQIQAH ?
Aqiqah ialah penyembelihan binatang ternakan (Al-An'am) yang sah dijadikan qurban sempena mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T

Hukum Aqiqah ialah
  • SUNAT MUAKKAD ke atas orang yang menanggung nafkah
Anjuran Rasulullah S.A.W ialah
  • Dua (2) ekor kambing untuk anak lelaki
  • Satu (1) ekor kambing untuk anak perempuan
Waktu Paling Afdal untuk Aqiqah ialah pada hari ketujuh (7) kelahiran bayi, jika tidak mampu hari tersebut bolehlah dibuat aqiqah pada bila-bia masa asalkan sebelum anak itu baligh.
Jadi Anda Ingin ....
  • Mengadakan Majlis Aqiqah atau Qurban ?
  • Mencari Lembu dengan harga berpatutan serta Murah ? 
  • Mencari Kambing dengan harga mengikut bajet anda ?
  • Taknak Bajet 'Lari' dari perancangan awal ?
Korang semua tidak perlu bersusah-susah untuk ke rumah Pemilik Kambing atau Lembu ini lagi bagi membuat tempahan. 

Kini, Sangat Moden. Sangat Mengikut Zaman yang super maju ini. Klik dan Tempah! mudah kan? Internet, Hanya dihujung jari anda! tak gitu? hehe.

eQurban Peneraju Qurban dan Aqiqah

Korang boleh membuat tempahan Lembu atau Kambing untuk Majlis Aqiqah atau Qurban dengan Kemudahan yang disediakan oleh EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. dannn, ini sangat menarik ok! ....

Pembaca boleh menempah dengan kadar harga yang berpatutan dan lebih murah yang pihak eQurban.com sediakan khas untuk Pembaca sekalian. Seronokkan? 
eQurban.com telah beroperasi semenjak tahun 2010 dan sehinggalah kini. Wow, cukup lama. Alhamdulillah. Perkhidmatan eQurban.com adalah bagi membantu ekonomi umat islam dibeberapa lokasi seperti Kemboja.

Dan lagi bagus, Pihak eQurban bukan sahaja melakukan perkhidmatan penyembelihan malahan lain-lain program seperti Program Kembara bagi membuat lawatan ke Kemboja untuk melihat sendiri kehidupan di sana, dan program wakaf juga mereka uruskan. Serta, di setiap keuntungan jualan yang pihak eQurban.com perolehi akan disalurkan semula untuk program-program seperti pembinaan tandas, perigi dan program prasana yang lain. 

1 comment:

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .