FOOD REVIEW : Western Cafe, Bukit Cheras.

July 16, 2015 3 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hai semua. Tup tap tup tap. Tak sangka esok kita dah nak Raya. Tak asangka kita dah di penghujung Ramadhan. Alhamdulillah kita dapat merasa lagi ramadhan dan Raya untuk tahun 2015.

Ramadhan, masih ada lagi kah untuk diri ini pada masa akan datang? Takut diri ini pergi dulu tanpa sempat jumpa Ramadhan akan datang...
Ok, semalam Alja and Ex classmates Alja Pergi berbuka di Western Cafe, bukit cheras. Area Taman Len sen.

Alah kedai popular yang katanya masuk program TV Jalan-Jalan Cari Makan dan dorang kata sedap! Alja rasa Alja pernah makan sekali masa dulu-2 tapi tak ingat bila. Haha.
Makanan Yang Alja order Black Papper Steak and Apple Juice. Boleh tahan. Daging tak liat and lembut. Not bad at all.

Tapi yang buruk servis yang mereka pamerkan ialah Macam Makanan lambat sampai. Order awal tapi smpai berbuka air ada yang tak sampai.  Bayangkan kawan-2 yang air tak sampai lagi? So kena lah share air dengan yang air tak sampai tuh.

Cakap dengan dia punya pelayan, cakap kasaq-2, bila org tgh cakap main blah gitu je. Gila kan? Mcm Kuajaq gilakkk customer belum habis ckp dah blah gitu. Senyum pun takde. Muka masam mencuka.
Jangan disebabkan Popular and makin popular sebab masuk program TV Jalan-Jalan Cari Makan, nak tunjuk belang pulak ke?

Sampai ke sudah nak balik pun, ada air yang still tak dapat. Air Carrot susu and air coconut. kesian Member Alja.
So time nak bayar, pergi kaunter. So kitaorang ckp lah ada air yang tak smpai. Cashier dia yg girls kening terangkat tuh nak marah-2 hempas-2 resit. And cashier dia lelaki merungut "Bosan betullah Ramai customer" siap berdengus.

Ehh terasa menyampah kot bila pelayan and cashier macam ni. And dia pulangkan duit air Carrot susu je. Itupun pulangkan duit sikit and tak full. Air Coconut dia kira sekali. Siap buat muka "Air kelapa memang takde" and jeling dengan weolls.
Apa perasaan Korang as customer? and resit mmg dia dah siap kira awal-2 so bila nak bayar just ckp je no table and bayar. Tapi bila air/makanan yang kita tak dapat, mestilah kita cakap and tolak dari bil right?

Semalam, air kelapa tuh dia tak tolak pun! And taknak bising-2 , terus lepas bayar je and balik. Memang disappointed sesangat dengan layanan dorang as 'Tuan rumah' kepada Customer.

So kepada Kedai Makan ke kedai apa pun, Aku as customer and aku pon ada Online shop sendiri, aku tak kata and memang tak kata Customers always right. Tapi fikir-2 lah, tanpa customers pergi makan and beli barang kat situ, tak jalan dengan baik pon kedai korang.

Kalau tak disebabkan pelanggan yang bagi good review and program Jalan-Jalan cari makan. Entah-2 orang pun tak tahu kedai uolls ni wujud or tak.
Mana yang cashier kata "Bosanlah ramai pelanggan" dah nama pun kerja. Semua kerja penat. Melainkan kerja goyang kaki. Ok?

So lepas balik dari makan, yang gegirls pergi jalan tar shopping raya. Sesak oi! Hahaha sempat lah grab 2pasang baju Kurung and 3helai tudung. Tengah murah. Haha
Malam ni nak pergi lagi lah Jalan Tar. Tadi terdengar kat TV. 1 helai instant shawl RM35. Beli 5 helai RM50. Hahahaha Belum lagi baju kurung. Lelagi malam raya ni, mana tahu makin murah. Hehehe

Apa pun, Mana yang balik kampung. Selamat menempuh jem jalan and Bawa kenderaan dengan berhati-2 ye.
Review ini bukan review berbayar. Ini adalah review dari apa yang Alja rasa. Update via hp je. Tak dan nak on laptop. Hahaha

3 Comments

Write Comments
August 7, 2015 at 6:48 PM delete

Menarik ;)


CN follow sini dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

Reply To This Comment
avatar
August 11, 2015 at 3:53 PM delete

wah dapat makan western food :-)

Reply To This Comment
avatar
yanie yusuf
AUTHOR
August 13, 2015 at 11:25 AM delete

Baru nak terjah kedai makan ni tapi dah teruk servis nya baik tak yah gi kan.teruk nye.

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤