Akhir tewas .....

September 30, 2015 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua. Apa khabar?  Harap semua sihat-2 😊 ok harini alja bebetul tewas.

Rasa sedih sebab tewas dengan diri sendiri. Tulah ingat kuat sangat ke? Awak tuh manusia biasa. Manalah gagah mana. Tetap akan tewas juga.

Tewas apa? Tewas ler kelmarin baru kata "Tahun ni tak pernah oergi klinik. Even sakit tetap pergi kerja" oh ye, alja sekarang tgh praktikal untuk pengetahuan pembaca semua 😊

Tetiba harini tewas, dah tak larat sangat. Kepala berat. Badan gigil. Pakej sekali selsema dan batuk. Awak tahu apa yg saya rasa? Mesti tahu kan T_T

Pagi tadi dah siap-2 dah nak gi kerja. Comel-2 nak pergi kerja. Tapi dah tak larat sangat. Terpaksa juga pergi klinik.

Sampai klinik pukul 8.30 pagi. Biasalah nama pun pergi klinik kerajaan. Memang lambat sikit sebab pesakit bukan kita sorg kan. Kalau nak cepat, kena pergi klinik swasta 'cakap dekat diri sendiri' hehehehe

Masuk bilik 1 (untuk cek sakit apa)
Masuk bilik 6 (untuk cek tekanan darah)
Masuk bilik 3 (untuk jumpa doktor)
Pergi Kaunter 7 (ambik ubat)
Dan dapat MC yehhhhh 😁

Hahahaha tapi doc sekarang kemain hensem. Semua bilik alja masuk semua me-melting-Kan. Kalau sakit tuh, jd bertambah sakit (mana tau doc bg cuti lelebih sikit) hahahaha

Takpe lah anggap ni kifarah dosa-2 kecil yang pernah lakukan antara sedar atau tidak sedar. apa pun alhamdulillah masih dapat bernafas dan bernyawa. Jangan lupa bersyukur. Hestag #SyukurSelalu gittew. Hahaha

Ok time to rest. Alja update pun daripada hengpong je ni. Cepat, mudah tapi tak dpt arrange gambar dengan cun T_T

4 Comments

Write Comments
October 1, 2015 at 7:12 PM delete

Tang doktor tu, Doktor perempuan yang cantik-cantik tak de ke? haha

Reply To This Comment
avatar
Nora Karim
AUTHOR
October 1, 2015 at 10:40 PM delete

banyaknya bilik nak masuk sebelum jumpa doktor.. huhuhu bertabahlah... anyway, syafakillah... moga cepat sembuh ya!

Reply To This Comment
avatar
Nur Alja
AUTHOR
October 16, 2015 at 5:02 PM delete

Takde :'( banyak yang hensem pulak :p hahahaha

Reply To This Comment
avatar
Nur Alja
AUTHOR
October 16, 2015 at 5:03 PM delete

tahu takpe, rasa dah give up time tuh. haha btw tq awak ! :D Aamiin !! Terima kasih :)

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤