Tuesday, October 27, 2015

Movie Review : Knock Knock ( English, Ngeri & Seram )

Publish on : 10:07 AM There is : 0 Comments Labels : , , ,

Filem arahan Eli Roth ini mengisahkan tentang lelaki bernama Evan Webber yang hidup selesa dengan isteri dan dua anaknya. Pada satu hari ketika Hari Bapa, dia tinggal berseorangan di rumahnya apabila isteri dan anak-anaknya telah bercuti di pantai, pintu rumahnya diketuk oleh dua orang wanita dan mereka membuatkan hidupnya menjadi tunggang langgang.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015
Genre: Ngeri / Seram
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Keanu Reeves, Ignacia Allamand, Lorenza Izzo
Pengarah: Eli Roth
Format: 2D

Assalamualaikum hai semua. Baru tersempat nak update blog. sebab bizi siapkan Laporan Akhir latihan industri. Stress pulak den rasa time LI ni. kalau belanja je tanpa LI ni boleh tak? hahahhaa :p 

Ok, tujuan Alja update ni nak bagitahu tentang Filem Knock knock. Masa trailer cerita ini keluar, Alja terpikir "Knock Knock? Dia pinjam tajuk lagi Elizabeth tan ke? kenapa sama?" hahaha memang berhahaha sangat time tuh sebab boleh fikir sampai mcm tuh sekali.
Time ni pergi sensorang je. So terpaksa beli lambat-lambat nak tengok tempat. sebab takut duduk sensorang. hahaha yela sebab takut seram macam cerita Hantu Thai. So beli lah lambat sikit tghari lepas cerita Goosebump. Fuh-2 beratur mak haih panjang bebeno. Emak anak adik abg semua ada. yela sebab time tu Cuti umum. Jadi tak hairan lah kan ramai :D

and yeah dua kosong, bahagian tengah-2 lagi! satu bahagian bawah C, satu lagi bahagian atas B. so Alja pun ambiklah B06. sampamasa, ha hambek, sebelah menyebelah lelaki (dua-2 gi dengan makwe, so tak risau) 

cerita ni mengisahkan seorang suami Evan Webber (Keanu Reeves). Dia ditinggalkan seorang diri bersama anjing yang diberi nama Monkee pada Hari Bapa sebab dia ada luka and baru dijahit di bahu kanan. Isteri dan 2 orang anak mereka pergi bercuti. Isterinya, karen (Ignacia Allamand) adalah seorang artis. Artis yang berjaya, Ternama.
Pada hari yang sama, petang itu, dua wanita iaitu Genesis (Lorenza Izzo) dan Bel (Ana de Armas) mengetuk pintunya, Evan membuka pintu dan mereka memohon maaf kerana menganggu Evan serta dua orang wanita ini menberitahu bahawa mereka sedang mencari alamat sesuatu pihak, kerana ada Party kecil-kecilan tetapi Hp dorang rosak sebab kena air hujan, jadi tak boleh tengok Alamat.

Disebabkan dua wanita ni tidak tahu alamat, and ingin mencari Alamat melalui media sosial iaitu Facebook, Evan membolehkan mereka untuk menggunakan Internet. Sebaik sahaja mereka mendapati alamat yang betul, Evan menawarkan untuk memanggil teksi untuk mereka, tetapi pemandu yang paling dekat akan mengambil masa 45 minit untuk tiba.

Kejadian seterusnya apa? Jeng jeng jeng! Kena tengok! Tapi disarankan sesangat umur 18 tahun ke atas sahaja boleh tengok. sebab ada part-2 yang sensitip. Tapi cerita ni ada lah bagus nya juga.

bagi alja ada moral yang terselit. iaitu ..
  • Jangan bagi Orang tidak dikenali masuk rumah sesukahati !
  • Dalam perhubungan harus ada kesetiaan tanpa penipuan
  • Jangan Curang
Itu pendapat Alja lah, korang punya pendapat apa bila tengok ceritai ni ? tapi serius banyak sangat adegan-2 tak patut. sebab tuh dia cop 18+ kat tiket wayang Alja tuh. AMARAN! hahaha ok menyempat sangat update blog :p babai.

No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .