Akhir tewas .....

September 30, 2015 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua. Apa khabar?  Harap semua sihat-2 😊 ok harini alja bebetul tewas.

Rasa sedih sebab tewas dengan diri sendiri. Tulah ingat kuat sangat ke? Awak tuh manusia biasa. Manalah gagah mana. Tetap akan tewas juga.

Tewas apa? Tewas ler kelmarin baru kata "Tahun ni tak pernah oergi klinik. Even sakit tetap pergi kerja" oh ye, alja sekarang tgh praktikal untuk pengetahuan pembaca semua 😊

Tetiba harini tewas, dah tak larat sangat. Kepala berat. Badan gigil. Pakej sekali selsema dan batuk. Awak tahu apa yg saya rasa? Mesti tahu kan T_T

Pagi tadi dah siap-2 dah nak gi kerja. Comel-2 nak pergi kerja. Tapi dah tak larat sangat. Terpaksa juga pergi klinik.

Sampai klinik pukul 8.30 pagi. Biasalah nama pun pergi klinik kerajaan. Memang lambat sikit sebab pesakit bukan kita sorg kan. Kalau nak cepat, kena pergi klinik swasta 'cakap dekat diri sendiri' hehehehe

Masuk bilik 1 (untuk cek sakit apa)
Masuk bilik 6 (untuk cek tekanan darah)
Masuk bilik 3 (untuk jumpa doktor)
Pergi Kaunter 7 (ambik ubat)
Dan dapat MC yehhhhh 😁

Hahahaha tapi doc sekarang kemain hensem. Semua bilik alja masuk semua me-melting-Kan. Kalau sakit tuh, jd bertambah sakit (mana tau doc bg cuti lelebih sikit) hahahaha

Takpe lah anggap ni kifarah dosa-2 kecil yang pernah lakukan antara sedar atau tidak sedar. apa pun alhamdulillah masih dapat bernafas dan bernyawa. Jangan lupa bersyukur. Hestag #SyukurSelalu gittew. Hahaha

Ok time to rest. Alja update pun daripada hengpong je ni. Cepat, mudah tapi tak dpt arrange gambar dengan cun T_T

Movie Review : Polis Evo ( Malay, Aksi & Komedi )

September 28, 2015 9 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua. Apa khabar harini? Sihat ceria wonderful yes. Gettew. Hahahahaha Khamis lepas Hari Raya Aidil Adha so cerita kat TV pun takde Yang menarik. Just cerita biasa, so terjadilah Siblings Day Out Alja dgn Kakak and Anak buah.

Cadang Nak tengok Polis Evo. So Alja tengok dekat Sunway Putra yang berhadapan PWTC tuh. Fulamak Sekarang dah cantik bangunan tuh kan :D dulu surammm je, seram nak masuk pun ada sebab macam takde orang tambahan takde yang menarik. Kedai pun gitu2 je.

Sekarang bangunan tuh dah serupa Mall-2 seperti Pavilion, Times Square, sunway pyramid mall and etc. Pokoknya serba serbi ada lah dalam sunway putra tuh. Korang mesti pergi! hahaha

Keluar dalam tengahari, Dalam tgh naik LRT tuh, so tgklah Internet Masa wayang cerita Polis Evo di laman web www.cinema.my jadi time tuh wayang dlm pkl 1.50 ptg (paling awal) so decide ambik pukul 1.50 ptg je terus. Ambik awal, balek awal gittew. hahaha

SEBAB KENAPA MESTI TONTON FILEM POLIS EVO

Filem yang dibintangi oleh dua (2) pelakon yang gah namanya di tanah air malaysia. siapa lagi kalau bukan Zizan Razak dan Shaheizy Sam (Pelakon Utama) dan dibintagi juga oleh Pelakon Idaman malaya gitu, Nora Danish.

Ok lah Alja cerita serba sedikit cerita ni :)
Cerita mengenai 2 anggota Polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai 2 personaliti berbeza. Seorang dari Polis Bukit Aman dan seorang lagi dari Polis Terengganu yang perlu bekerjasama demi Misi menumpaskan Sindiket Dadah dan terpaksa mengetepikan perbezaan demi Misi itu. Akhirnya......
Akhirnya apa? Korang kena tengok! jeng jeng jeng. hahaha. Lagi satu, Cerita Aksi Polis Evo ini seperti sudah setanding dengan filem Aksi seperti Korean, Tamil, China, hong kong dan filem aksi yang lain.

Even Cerita Genre Aksi dan Komedi tetapi ada part sedih juga. part mana sedih? Mana blh cerita, tak suprise lah kan kan? so korang kena tengok dan rasa sendiri :D 
  • Bahasa: Melayu
  • Klasifikasi: P13
  • Tarikh Tayangan: 17 September 2015
  • Genre: Aksi / Komedi
  • Durasi: 2 Jam
  • Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
  • Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Mimie Ernida, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendi
  • Pengarah: Ghaz Abu Bakar
  • Format: 2D

So belanja gambar sikit, buat kenang-kenagan. hahaha See uolls! :)


Tips Blog : Manfaat Blogwalking + Button Comment

September 23, 2015 2 Comments A+ a-

Lifestyle | via Tumblr
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat update blog lagi. Sesejak Praktikal ni busy ya ampun. hehe dengan report Akhir li, buku log lagi, kerja dekat opis *bukan merungut erkkkkk tapi share* hahaha

Apa nak cite? gini ceritanya, Kelmarin punya kelmarin punya kelmarin ... hamboi banyak beno kelamrin. mcm ni, khamis lepas 17Sep15 , Blog KisahEmasPutih ada buat segmen tinggalkan link kan kan kan? Alah Segmen "Jom Blogwalking ! Tinggalkan Link Blog Anda !" 

Rasa-2 Alja, Hampir kesemua blogger kenal blogger comel bekerjaya ni, bekerjaya bukan sahaja dr segi pelajaran malah dlm Berblogging ni juga. Siapa lagi kalau bukan si kecil molek Kak Uzu :D 

then 19Sep15 kak uzu dah siapkan Entry untuk yang mana join segmen tadi, dah susun cecantik link dalam satu entry. So senanglah untuk Kami berjalan-jalan ke blog rakan yang lain. Seronok sesangat tau dapat berjalan-2 ke blog orang. awak nak juga? Boleh ke Link "Jom Blogwalking Kat List-List Blog Ni !"

Dalam satu hari sahaja Alja dapat Banyak Manfaat dari entry-2 yang mereka update. Bukan sahaja dapat kenal-2 dengan Rakan-2 yang ada blog ni, malah kita boleh tahu apa yang mereka update. Blogwalking ni bukan takat tambah followers blog je. Yang penting apa yang kita dapat baca tuh yang best :D

Such As, Bancuh Kopi kan kita selalu bancuh dengan Gula pasir halus kaler putuh kan ? tapi semalam Alja blogwalking, terjumpa entry ni yang dia selalu bancuh Kopi guna gula merah and suami dia selalu bancur kopi campur dengan Milo. Wow! Menarikkan? Maybe ada yang dah tahu. Tapi Alja tak tahu, so Alja dapat ilmu baru iaitu pelbagaikan air kopi.

iye lah selama ni makan milo je tahu, kalau 1 tin milo tak sampai sebulan habis. hehehe sebab sedap! hahaha pastuh alja dapat baca entry berkenan "Cara Senang dan Mudah dalam Belajar" wah, bestnya dia share cara mudah belajar. yela biasalah student kan macam Alja ni, buka je Nota lebih, tapi tangan On Lagu, main hp, main wechat apa semua sosial media lah kita buka. belum lagi yang calling-2 tuh. hahaha

see? sangatlah tak istiqamah dalam belajar. Terkadang, dalam kta buat apa-2, Niat nawaitu mesti penting. InsyaAllah Belajar pon mudah dan insyaAllah senang masuk. yang penting solat jangan tinggal. Kita nak berjaya, tapi yang ATAS yang Maha Besar tuh kita tak mau tunduk sujud rendah diri. Redha Ibu bapa, yang penting jangan lawan cakap cikgu. Sedih tengok bebudak sekarang, belakang cikgu pun boleh cakap bebukan. Ada gambar mana yang Alja nampak *tak pasti* ..

situasinya macam ni:"Seorang cikgu sedang mengajar dihadapan menghadapy whiteboard, anak murid tunjuk Jari tengah (pepaham je lah, tak paham lagi bagus) hehe
macam mana nak berkat ilmu? kalau cikgu sendiri pon dibuat begitu ? last tapi tak last sebab ni secara overall, kalau citer semua, kena buat Part-2 lah jawabnya Entry ni :p hahahaha. 

Last, dapat belajar cara bebaskan muka dari jerawat. weyyy siapa tak suka tips ni? bagitahu pat! hahaha Minum banyak air kosong yang penting. sebab dia cuci dalaman kita. and air kosongpon boleh turunkan berat badan. tak percaya? CUBA! :D Tidur secukupnya...

hahaha payahnya nak tidur secukupnya, siapa sini senang tidur? haha kekadang paksa juga nak tidur awal, tapi rasa macam nak nagis. terpaksa ambik buku dan baca. hahaha buku sejarah Win :D haha 

tapi seriously sangat best bila blogwalking ni, ni baru sikit, ada lagi 200 blog Alja nak blogwalking. Wow ramai nya. kipidap dongibap, siapa kata dengan berblogging is nothing? awak mmg rugi ! serious talk. memacam kita boleh buat dengan blog sebab itu makin lama makin ramai orang sign up blog :)

TAPI TAPI TAPI YANG TAK BESTNYA BILA BERBLOGGING
apa yang tak best bila berblogging? bagi Alja, benda yang tak best bila nak berblogging ialah awak tak nak letak dan tak ada button comment T_T 

macam mana nak tunjukkan yang kita suka entry awak? macam mana nak komen kalau kita nak tanya? macam-2 dan sebenarnya penting button comment ni. Tanyalah blogger-2 otai. Sebab Button Comment ni kira macam Keep in touch kita dalam Blogger selain chat-2 seperti Chatbox. 

Pada pendapat Alja, awak kena letak Button Comment. hehe Pendapat orang lain macam mana? :)

ok, sampai sini sahaja Alja dapat update, Nak balik kerja. Update entry ni dengan sepantas yang mungkin. hahaha Selamat Hari Raya Aidil Adha. Balik Kampung hati-hati, pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang, giteewww . hahaha :D




Beauty Product REVIEW : GARCINIA Candy (Procrowd Holdings Sdn Bhd)

September 15, 2015 13 Comments A+ a-


Assalamualaikum Hai semua. Kali ni Alja dengan post terbaru alja ni nak bisik-2 tentang Berat badan Alja yang makin lama makin mengepam naik macam belon. gituuuu. hahaha

baik lelaki baik perempuan, memang kena jaga badan. siapa nak jadi obes kan? Alja taknak. awak nak ke? mesti takkan? kekadang nak kurus bukan sebab nak cantik saja, kurus ni kita boleh buat kerja dengan mudah and tak cepat penat. Nak beribdat pon kita rasa selesa. Yela, bila badan mcm Alja yang kemain mengepam macam belon ni, hahaha so kita susah nak 'bawak' badan kita. sikit-sikit rasa penat. tak gitu? 
So Alja pun try lah makan GARCINIA Candy yang sedap sangat sangat sangat ni. Alja dah mkn dalam lebih kurang 2 minggu and hasil dia mmg superb. Kalau yg agak-2 malas nak bersenam, kunyah je GARCINIA Candy ni, tuptap buat kerja rumah sikit-2 kemas-2 boleh turun hampir 6KG. 

Dengan tema Garcinia Candy yang berwarna hijau ni, menarik hati tau. hati tuh macam magnet suruh makan suruh makan. hahaha 
serius! Bukan nak menbongak tauuuu, haha tapi Alja dah makan dalam lebih kurang 2 minggu (on-off) turun 5KG ! Seronok tauuuu. lelagi alja sekrang tengah bizi praktikal ni  jadi tak sempat nak bersenam sangat. So ambik Garcinia Candy, Kunyah-kunyah dan Kurus! Well done sis gitu ;)

if Makan Garcinia Candy + Bersenam. mesti lagi superb resultnya kan? Lepasni nak try buat cengini Bersenam dan Bergarcinia candy. lagipun kan, Garcinia Candy ni tak ada pantang larang tau. itu yang best! :D Kita boleh makan apa yang selagi boleh tapi berpada-pada ler pong. hahaha

Lagi satu, yang bestnya tentang garcinia Candy ni, Kita tak telan tau bulat-2 gitu, kita Kunyah-kunyah je tauuu, mcm gegula rasa dia. Ini kalau fikir gula-gula boleh habis dalam 1 hari. haha sebab rasa dia mcm coklat susu kenyal-kenyal tapi yang ini perisa avocado. haih teringat gula-2 kenyal susu yang gambar kambing tuh, siapa pernah makan time balik sekolah, beli gula-gula susu gambar depan kambing? angkat tangan! hahaha 

Tengah-2 seronok menaip ni, tetiba terlintas trademark Garcinia Candy "Kunyah-Kunyah Kurus" boleh gitu? hehehe 


Ha seronok sangat bercerita, meh kita cerita pulak pasal produk Garcinia Candy ni.
Maklumat Produk
 Kebaikan/Fungsi produk
  • Membuatkan rakan anda jeles (Kakak Alja jeles dah ni, dia pon nakkkk!)
  • Membuatkan anda sangat selesa dengan penampilan
  • Membuatkan anda kenyang sebelum amik lunch 
  • Membuatkan anda bertenaga walau skip lunch
  • Membuatkan anda terpaksa beli seluar baru lebih kecil
  • Membuatkan kawan anda minta rahsiaa sebenar
  • Membuatkan anda menyesal kerana tidak ambil dari dulu
  • Membuat kawan2 anda puji anda lain sangat. 
  • Membuat anda bangga dan yakin dengan diri anda

2. Maklumat lain
  • CARA MAKAN : Hanya perlu KUNYAH KUNYAH
  • FLAVOR : Perisa avocado yang sangat sedap
  • Repeat order yang tinggi
  • Kesann yang copat dan paaantasss

3. Alja Nak tambahkan keyakinan korang ni, So Alja nak share Testimoni Garcinia Candy terbaik ni dan gambar-gambar lain boleh rujuk di page Rahsia Berkesan Kuruskan Badan 

Ini antara Testimoni Produk Garcinia Candy 

BERITA BAIK |  BERITA BAIK  |  BERITA BAIK

Korang nak tahu tak, Alja ada berita baik ni nak bagitahu korang tentang Garcinia Candy ni. 

Tahu tak pihak Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal tauu. Wah Seronoknyaaaa. Alja nak Jadi salah seorang 200 pelanggan tuh jugaaa. Siapa tak mau kan produk terlajak kurus. haha

ok, camni, kalau korang nak promosi ni atau nak tanya lanjut tentang Garcinia candy ni. Korang Cecepat whatsapp sis Ika dari Procrowd - 0196335690 tau.

JANGAN LEPASKAN PELUANG !! :D