Tips Kecantikkan : Scrub Wajah. Penting ke?

October 30, 2015 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Kali ni Alja nak share sikit pasal Tips Kecantikkan, Scrub wajah, perlu ke atau tidak ye sebenarnya? Sebenarnya terpulang pada setiap individu. Tapi Bagi Alja PERLU! Hahaha

Actually Alja sebelum ni tak suka Berscrub langsung. Then, makin meningkat usia, makin ketara kekusaman dan ketompokkan biji-2 hitam kat muka. perasaan korang terutama gegirls, apa perasaan korg bila dah jadi smpai gittew? Alja rasa nak nagis. So search punya search, orang kata wajah perlu discrub 2-3 kali seminggu (mengikut jenama produk) untuk menghilangkan blackhead, tompok-2 hitam biar muka tak kusam.
Then balek je dari kerja, terus berdesup gi Guardian cari Scrub. hehe Jadi Alja buat keputusan beli Scrub jenama atas ni "ST. Ives" Ada banyak pilihan, tapi Alja ambik Fresh Skin Apricot Scrub. So Far, Alja dah pakai dah nak masuk dua(2) bulan. Tak sangka, 1 pek ni boleh tahan 2 bulan (ikut penggunaan sendiri) sebab Alja pun guna kat bahagian Kaki juga tau. So, bila dah tahan 2 bulan, maknanya, Jimat lah kan? :D

Penting Ke Scrub ni? Scrub ni penting sangat, sebab boleh menanggakan sel kulit mati. Sebab tuh muka boleh nampak kusam kalau tak berscrub. Jadi lepas berscrub, muka nampak lebih segar dan makin cerah tau! :D Tak percaya? Tengok muka alja sebelum berscrub erk.... 
Tengok? Kusam sangat kan. Sampai malu sangat nak jumpa orang. sampai tahap nak menoreh muka, menangis meraung. hamboi melampau! hahahaha Time ni belajar lagi jadi semua minta ehsan emak je. kalau emak kata ON dan OK, barulah beli. Kalau tak, mereput lah dengan wajah kusam ni.

Then, sekarang, ada buat side income, ada duit lebih sikit, Alhamdulillah. Jadi Alja pun mulalah beli satu satu barang kecantikkan. ceh dah start jadi seorang Wanita sebenar. ngaum... hahahaha Beli makanan dalaman, luaran, kiri kanan semua keperluan lah Alja beli. hahaha

Then time ni Pori-pori terutama bahagian pipi ke hidung tuh, pori-2 terbuka, hitam, malunya rasa. rasa nak nagis. hahaha So bila Alja menggunakan Scrub lebih kurang tiga(3) minggu, dah makin ok muka, dah tak kusam and dah tak bermaya mcm sebelum ni.

Kebaikkan Scrub ni boleh mengecilkan pori-pori muka, kulit lebih segar dan berseri serta makin cerah. Blackhead, whitehead semua head-2 makin mengecilkan hilang. hidung pun makin licin gittew. takde menggerutu. hehehe sebab Kulit Mati kita dah ditanggalkan dengan menggunakan Scrub!
Tapi, Scrub hanya pakai 2-3 kali seminggu sahaja, tengok produk juga, macam Alja, Alja pakai 3-4 kali seminggu dan bila perlu sahaja. hehehe lagi satu, jangan sental kekuat muka tuh, macam sental kasut sekolah hokey! takut jadi makin serius pulak. ok? Scrub menipiskan kulit muka ke? Tidak! Scrub tidak akan menyebabkan kulit muka nipis ok. Scrub ni hanyalah membantu kita menangalkan sel kulit mati di wajah.

Ok, di atas tuh gambar alja selepas menggunakan Scrub serta Serum luaran. Alhamdulillah. Rasa bahagia sangat. makin ok kulit Alja. sampai ehem ehem kita tegur "Kulit dah ok, jerawat dah kurang, makin comel, risau betul saya" hahaha sampai macam tuh sekali hokey!

Tapi, Alja tak iakan, cuma dalam hati je berbunga bila kena puji :p hehehe

oh ye, serum apa Alja pakai? Next Post Alja bagitahu ok? Stay tuned! Xoxo :)

Contest Review Lynk.my 2015

October 30, 2015 35 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua. dah lama tak bercerita and tak join contest giveaway segmen yang dianjurkan oleh blogger. Masa terhad, sampai update perkara biasa je. Tetiba terbaca tentang 'Write A Review Contest By Lynk.my' ni. Jadi Alja nak try join and dah pun join as a member Lynk.my tau! baru baca terus jadi member. berdesup lajunya. hehe

tapi awak semua mesti tertanya-tanya, apa lah Lynk.my ni kan? meh rapat-rapat Alja cerita serba sedikit pasal Lynk.my dekat korang, sebelum join contest mesti nak tahu serba sedikit latar belakang Lynk.my ni kan. Macam nak plih calon suami, mesti nak tahu Latar belakang family dia. eh? hahaha
APA ITU LYNK.MY ?
Nak tanya, Kalau korang nak pendekkan url kan, korang selalu guna website mana? bit.ly? Imgur? lagi apa website yang boleh pendekkan url kita yang panjang lebar tuh? Rimaskan kalau Link pepanjang, sebab orang nak click link bukan nak baca link. Betul tak? Alja selalu guna imgur je.

Tapi bila dah terbaca pasal Lynk.my terus setia dengan Lynk.my, siap cari link pepanjang untuk dipendekkan lagi! laju hokey mcm internet 4G! haha. Link.my ni function dia sama je dengan imgur, bit.ly dan lain-lain lagi.

Sebelum Lynk.my > http://www.cahayapermata.my/2015/09/tips-blog-manfaat-blogwalking-button.html
Selepas Lynk.my > http://lynk.my/Rvq

Sama je kan functionnya 'Memendekkan Url' kan? Tapi Tapi Tapi! Jangan Click pangkah hokey, belum habis cerita. haha

ha, Yang lainnya Lynk.my ni ialah disamping kita pendekkan url, kita pun boleh menjana income tepi juga (side income) hahaha. Syoknya! dari kita guna bit.ly dan imgur tuh, awak boleh dapat apa? dpt url pendek je, tapi tak dpt manfaat lain kan? Lagi satu kan, Lynk.my ni website anak tempatan macam kita juga tau.

Jadi Apa salahnya kita support Website dari Malaysia sendiri kan? For Malaysia By Malaysia gittew. Best kan? sebab Objektif Lynk.my ni juga untuk membantu Orang-2 Malaysia mengiklan produk-2 mereka dengan harga yang murah dan berbaloi-2.
APAKAH SERVIS YANG DISEDIAKAN OLEH LYNK.MY ?
Servis yang disediakan untuk kita ada dua(2) tau.

ADVERTISER
Khas untuk Untuk Peniaga-peniaga yang ada produk tapi masih belum beriklan, jangan risau! Sebab Lynk.my menyediakan perkhidmatan pengiklanan dengan harga mampu milik tau. Dengan menggunakan Lynk.my, semua orang boleh mengiklankan dari harga serendah hanya RM10. Tiada Yuran Pendaftaran Diperlukan. wah double wow! haha

PUBLISHER
Korang nak duit sampingan? Main-2 facebook ke twitter ke kan, terutama blogger-2, kan awak semua banyak main url-2 tuh kan? Ni sangat-sangatlah disarankan untuk korang, untuk kita as blogger! Click-2 dapat duit, syok kan? hehehe.

Jadi apa lagi? Jom Join Lynk.my sekarang!!

Tekan 'JOIN NOW' !
Letak butiran anda dan pilih antara Publisher atau Advertiser then 'I WANT TO JOIN Lynk'!
WRITE A REVIEW CONTEST
Wuuu, dalam kita dok short-2 kan link pun, Lynk.my pun ada buat contest lah. Khas buat blogger ni, Semua Blogger tak asing lagi dengan bab-bab review-2 ni. betul tak? Jadi Alja nak try lah, mana tahu kan bertuah ke? hehehe

Tapi, sebelum korang nak join contest, korang kena Join dulu Lynk.my tau as a member. tak dikenakan bayaran pn, free! :D
sebelum join, meh lah kita baca serba sedikit syarat dan senarai hadiah. hadiah dia sangat double triple wow! hahaha
SYARAT REVIEW
  • Ditulis dalam bahasa Melayu atau English sahaja.
  • Tiada had panjang minimun dan maksimum untuk artikel.
  • Gaya penulisan artikel ialah bebas.
  • Wajib memiliki akaun di lynk.my dan maklumat pengguna diisi selengkapnya bagi memudahkan urusan agihan hadiah
  • Wajib menulis review tentang system lynk.my
  • Wajib menulis tentang pertandingan ini termasuk senarai hadiah dan kategori yang dipertandingkan
SENARAI HADIAH DAN KATEGORI
  • TOP lynkUNDI
    • Tempat Pertama - RM500
    • Tempat Kedua - RM300
    • Tempat Ketiga - RM100
  • TOP SEO 
    • Tempat Pertama - RM500
    • Tempat Kedua - RM300
    • Tempat Ketiga - RM100
  • TOP CREATIVE
    • Tempat Pertama - RM1000
    • Tempat Kedua - RM500
    • Tempat Ketiga - RM200

Pemenang ditentukan pada 29 Disember melalui fanpages lynk.my , email , lynk.my , support.lynk.my dan melalui telefon jika peserta mengisi data lengkap ketika berdaftar di system lynk.my.

TARIKH TUTUP 
  • bermula pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. (Pihak penganjur mempunyai hak untuk melanjutkan pertandingan jika perlu.)
  • Pemenang akan diumumkan pada 29 Disember 2015
  • Hadiah akan diberikan dalam tempoh 3-14 hari bekerja bermula 30 Disember 2015

Wah bestnya hadiahnya kan? Takkan nak lepaskan peluang. ngaum ngaum ngaum hadiah dia memanggil. hahaha tapi kan, ada lagi best tau untuk 50 peserta terawal. apa tuh? ha mai sini alja kasi tau.
[Image: GIVEAWAY.jpg]
untuk Peserta 50 Terawal akan mendapat Gajet Khas daripada ikedaikami.com. Weh bestnya, Kalau 50 peserta terawal dapat ni, kalau awak menang? berganda-2 hadiah. Rezeki namanya tuh, jadi jangan teragak-2 untuk join ^^

Jom Support Website Anak tempatan Lynk.my dan Join Contest Review tau! :D Semoga Berjaya!!



Wordless Wednesday #1

October 28, 2015 0 Comments A+ a-


Movie Review : Knock Knock ( English, Ngeri & Seram )

October 27, 2015 0 Comments A+ a-


Filem arahan Eli Roth ini mengisahkan tentang lelaki bernama Evan Webber yang hidup selesa dengan isteri dan dua anaknya. Pada satu hari ketika Hari Bapa, dia tinggal berseorangan di rumahnya apabila isteri dan anak-anaknya telah bercuti di pantai, pintu rumahnya diketuk oleh dua orang wanita dan mereka membuatkan hidupnya menjadi tunggang langgang.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015
Genre: Ngeri / Seram
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Keanu Reeves, Ignacia Allamand, Lorenza Izzo
Pengarah: Eli Roth
Format: 2D

Assalamualaikum hai semua. Baru tersempat nak update blog. sebab bizi siapkan Laporan Akhir latihan industri. Stress pulak den rasa time LI ni. kalau belanja je tanpa LI ni boleh tak? hahahhaa :p 

Ok, tujuan Alja update ni nak bagitahu tentang Filem Knock knock. Masa trailer cerita ini keluar, Alja terpikir "Knock Knock? Dia pinjam tajuk lagi Elizabeth tan ke? kenapa sama?" hahaha memang berhahaha sangat time tuh sebab boleh fikir sampai mcm tuh sekali.
Time ni pergi sensorang je. So terpaksa beli lambat-lambat nak tengok tempat. sebab takut duduk sensorang. hahaha yela sebab takut seram macam cerita Hantu Thai. So beli lah lambat sikit tghari lepas cerita Goosebump. Fuh-2 beratur mak haih panjang bebeno. Emak anak adik abg semua ada. yela sebab time tu Cuti umum. Jadi tak hairan lah kan ramai :D

and yeah dua kosong, bahagian tengah-2 lagi! satu bahagian bawah C, satu lagi bahagian atas B. so Alja pun ambiklah B06. sampamasa, ha hambek, sebelah menyebelah lelaki (dua-2 gi dengan makwe, so tak risau) 

cerita ni mengisahkan seorang suami Evan Webber (Keanu Reeves). Dia ditinggalkan seorang diri bersama anjing yang diberi nama Monkee pada Hari Bapa sebab dia ada luka and baru dijahit di bahu kanan. Isteri dan 2 orang anak mereka pergi bercuti. Isterinya, karen (Ignacia Allamand) adalah seorang artis. Artis yang berjaya, Ternama.
Pada hari yang sama, petang itu, dua wanita iaitu Genesis (Lorenza Izzo) dan Bel (Ana de Armas) mengetuk pintunya, Evan membuka pintu dan mereka memohon maaf kerana menganggu Evan serta dua orang wanita ini menberitahu bahawa mereka sedang mencari alamat sesuatu pihak, kerana ada Party kecil-kecilan tetapi Hp dorang rosak sebab kena air hujan, jadi tak boleh tengok Alamat.

Disebabkan dua wanita ni tidak tahu alamat, and ingin mencari Alamat melalui media sosial iaitu Facebook, Evan membolehkan mereka untuk menggunakan Internet. Sebaik sahaja mereka mendapati alamat yang betul, Evan menawarkan untuk memanggil teksi untuk mereka, tetapi pemandu yang paling dekat akan mengambil masa 45 minit untuk tiba.

Kejadian seterusnya apa? Jeng jeng jeng! Kena tengok! Tapi disarankan sesangat umur 18 tahun ke atas sahaja boleh tengok. sebab ada part-2 yang sensitip. Tapi cerita ni ada lah bagus nya juga.

bagi alja ada moral yang terselit. iaitu ..
  • Jangan bagi Orang tidak dikenali masuk rumah sesukahati !
  • Dalam perhubungan harus ada kesetiaan tanpa penipuan
  • Jangan Curang
Itu pendapat Alja lah, korang punya pendapat apa bila tengok ceritai ni ? tapi serius banyak sangat adegan-2 tak patut. sebab tuh dia cop 18+ kat tiket wayang Alja tuh. AMARAN! hahaha ok menyempat sangat update blog :p babai.

Movie Review : Goosebumps ( English, Pengembaraan & Komedi )

October 21, 2015 0 Comments A+ a-

Mengisahkan tentang Zach Cooper yang telah berpindah ke sebuah bandar kecil dan bertemu dengan Hannah, jiran barunya. Bapa kepada Hannah, R.L Stine, merupakan penulis kepada cerita "Goosebumps" dan telah menyimpan semua hantu dalam siri bukunya dan menguncinya. Satu hari, Zach dengan tidak sengaja telah melepaskan kesemua hantu tersebut dan mereka bertiga harus bekerjasama membawa kesemua hantu tersebut kembali ke tempat asal mereka.
Assalamualaikum, hai semua. eh sejak lately ni tersuka pulak mengupdate-2 entry ni. hehe, yela time ada masa memang update. bila ada masa + internet connection elok, memang blog lah dibuka je.

ok, Harini Alja nak share tentang filem movie kat wayang sekarang ni, apa lagi kalau bukan Goosebumps!! Hari Rabu lepas kan cuti Awal muharram, dah lah hari rabu, wayang murah. So Pergi seorang diri membawa diri yang lara ke Times Square (TS).

Pergi awal bebeno, sampai sana pukul 12, cadang nak tengok citer Knock-Knock. tapi terlupa yang knock-knock start pukul 3.50 petang. weyy, takkan nak mereput kot, kat TS ada apa lah sangat, lelagi sensorang. Bukan nak pi shopping pong, so dah bosan, grab je lah tiket Goosebumps yang time tuh start pukul 12, tapi alja lewat 15 minit. Alja masuk 12.15 minit Tengah hari.
tidak apa, lewat pun lewat ler, lagipun tak lewat mana, cerita pun belum start. Tapi yag best. waktu memula masuk pon dah tergelak gelak. So tak boring langsung cerita ni. sebab dari awal Alja masuk sampai ke habis, memang terbaik! Asyik gelak-gelak je. Lagipun time tuh lapar giler, so maknanya boleh hilang lapar lah kan sebab asyik gelak-gelak je. hahahaha

tengok, tulis pon nak gelak sebab cerita tuh effect sampai ke hari ini. Rasa nak tengok lagi. weyy ni review ikhlas tanpa berbayar tau. hahaha. Budak-budak pun ramak tengok masa Alja pergi tuh, emak bapak , anak kecik, budak sekolah, semua ada dlm panggung tuh.

Cerita ni kan klasifikasinya P13, so P13 ni bermaksud "Perlu bimbingan dari Ibu Bapa untuk Kanak-Kanak yang bawah umur 13 Tahun" jadi, bawak anak-anak boleh, sebab cerita takde unsur 'Gitu'gitu', faham-faham lah ye ibu ayah semua. Tapi biasalah kalau cerita Omputeh ni, tidak lari dari bab-bab kissing-2 , jadi sebab itu perlu bimbingan daripada ibu bapa. cuma dalam cerita ni Kissingnya bukan hard galak gitu. Kalau was-was, ibu ayah boleh tengok dulu, kalau kandungan ok, boleh bawak anak-anak pulak :D
Cerita ni banyak lawak. Watak lawak dalam cerita ni ialah Ryan lee (Lelaki dalam gambar atas pakai Smart no3 tuh, jap smart ke? haha). Dia jugaklah buat orang lain geram sangat, sebab dia degil banyak cakap. And perempuan last sekali tuh bukan manusia, nak tahu dia siapa? KENA TENGOK! Jeng jeng jeng :D hehehe

Bawah ni Alja sediakan Trailer Goosebumps, Korang-korang bolehlah layan dulu. Kalau nak tengok masa dan tempat supaya senang arrange masa, boleh tengok dekat laman www.cinema.com.my :D

bawah ni juga adalah details bagi Filem Goosebumps

  • Bahasa: Inggeris
  • Klasifikasi: P13
  • Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2015
  • Genre: Pengembaraan / Komedi
  • Durasi: 1 Jam 43 Minit
  • Pelakon: Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Amy Ryan
  • Pengarah: Rob Letterman
  • Format: 2D, 3D, 2D D-BOX


Panggung Ahad : Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya (TV1)

October 19, 2015 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua, lagi 3 minggu untuk Alja habis LI (Yes!) hahaha sebenarnya rindu dengan suasana belajar and nak jadi student. seriussssssss kerja tak best, even best sbb dapat pegang duit je (Elaun LI).

Korang tengok tak panggung Ahad semalam? dekat TV1? Best wey. Kelakar sangat. hahaha Tajuk dia "Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya". Tengok tajuk mcm kisah dia ni macam boypreng ke? apa ke kan. sekali, cerita tentang seorang adik perempuan yang mempunyai 3 orang abang dan seorang pakwe.

ohhh patutlah tajuknya gitu kan. haha sebab tuh jangan menilai luaran, kena tengok dulu baru nilai. biasalah kita manusia mmg gini :p 
Ni Alja cerita serba sedikit lah tau. Adik perempuan yang dibintangi oleh uqasha sensrose yang mempunyai 3 orang abg. Yang suka dan mempunyai pakwe (syafie Naswip).

Time Pakwe ni datang rumah nak jumpa family si perempuan ni, lelaki ni diuji sebab abang dia tak suka betul dengan Syafie ni. Menyampah sangat lah. Tapi dalam version Lawak yang teramat. hahaha

Disuruh makan Cili padi (berlawan dengan Abang Sulung), ditanya kerja apa, duit dalam simpanan banyak mana. dengki pergi pancitkan tayar lah. semata-mata nak tengok lelaki ni bebetul serba boleh atau tidak , boleh jaga adik dorang ke tidak.
Tapi serius cerita ni sangat kelakar, gelaktak henti. keep it up! Next week ada cerita Panggung Ahad juga. Tgk Promo, macam best je :D 

pada yang tak dapat tengok, tak sempat. Boleh lah terjah laman youtube/Tonton mana tau ada ke kan :)

Tapi Kalau alja? Maybe jadi 'Kakak-kakak dalam hidupnya' sebab Kakak Alja ramaiii. Belum campur abang ipar, emak lagi. hahaha sebab Kalau mana-2 lelaki dtg rumah, mesti disoal mcm polis soal perompak. Hahahahaha Family ku gengster.

UPDATE ** - TENGOK ONLINE LELAKI-LELAKI DALAM HIDUPNYA

Tutorial : Dua App Instagram dalam Satu device ? Mudahnya!

October 16, 2015 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum dan Hai semua. Alja nak share satu benda iaitu INSTWOGRAM. INSTWOGRAM ini apa benda? INSTAGRAM ke? Yes. Tepat sangat Tepat. INSTWGRAM ini adalah Application seperti Instagram tapi kita boleh buat dua Instagram dalam satu Device/Handphone. Wah Menarikkan?

sangat menarik. Instagram sekarang tidak asing lagi buat kita semua. dari budak kecik sampai ke dewasa juga orang-orang tua sudah tahu apa itu instagram. iaitu tempat mengupload gambar. share gambar serta caption yang menarik bersama followers kita.

Mana yang tak tahu, Instagram Juga adalah tempat untuk Online Seller mengupload barang terbaru meraka, menjual dan sebagainya. Lepasni tutup lah Mall-mall kat luar sana. Tesco pun sekarang ada Online delivery hokey! hahaha Jadi Instagram tidak asing lagi di halwa telinga kita semua kan? 

Korang ada lebih dari satu Instagram tak? dah lah ada dua akaun Instagram, susah pulak nak uruskan, macam Alja. Alja ada Personal Instagram dan juga Online Shop di Insta. Jadi Penyelamat bagi masalah Alja ini ialah INSTWOGRAM !! 

INSTWOGRAM ini amatlah diperlukan, lelagi orang-2 yang mempunyai dua akaun Instagram iaitu Personal insta dan juga online shop. Seperti Alja. hehe Tak mustahil , malah ada yang lebih dari 2-3-4 akaun instagram kan? Ha baik mengaku! hahaha

Betul, sejak-sejak Alja downlad INSTWOGRAM, Alja dah tak payah log in dan log out everytime. yela Kejap-kejap on Personal Insta , pastuh nak on Online Shop akaun punya pula. Rumit kan? Asyik log in log out je kerja T_T hahaha lama-lama terabai dua-dua sebab malas dah log in log out. hahaha

The perfect Instagram clone for users with several accounts.

Okey Alja share macam mana nak install ye :D yang penting Ia adalah salinan yang sempurna daripada permohonan asal. So dia bebetul nampak macam instagram betul :D
TEKAN DOWNLOAD
  • Bila dah tekan DOWNLOAD, Korang tunggu sampai dah habis progress then OPEN
  • Bila OPEN, akan keluar macam ayat-ayat , tekan terus INSTALL
  • Kalau BERJAYA, TAHNIAH! :D 
  • Kalau tak berjaya, Try lagi sampai boleh. 
**Takpayah Uninstall Instagram yang sedia ada. just Download dan install je benda ni. ok? :D
Bawah ni contoh gambar Instagram dan Instwogram dari Handphone Android Alja sendiri :D

Icon
  • Icon Berwarna coklat - Icon Instagram Ori
  • Icon Berwarna Hitam - Icon Instagram Clon
Notification
  • Icon berwarna putih - Instagram Original
  • Icon Berwarna Hitam - Instagram Clon
See Notification 
  • Bentuk Instagram - Icon Instagram Ori
  • Bentuk Bulat - Icon Instagram Clon
Bentuk Dalam Insta
  • Dua-dua sama sahaja.
Apa yang tiada?

CROP Gambar
  • Sekarang instagram original ada yg upload tapi tak payah crop punya kan? yg bentuk Tiga segi anak panah tuh. right?
  • Tapi INSTWOGRAM TIADA. So Instwogram memerlukan INSTASQUARE :)
  • Will update soon jika terdapat perubahan** 
Maklumat Tambahan
  • External download of Instwogram 6.18.0
  • Size File - 8.95MB
  • Memerlukan Android 2.2 atau ke atas.
  • Jika anda juga ingin memasang Instwogram Downloader add-on, berkaitan dengan permohonan ini, anda memerlukan akses root.
  • Pemasangan aplikasi melalui fail APK memerlukan pengaktifan "Sumber tidak diketahui" pilihan dalam Tetapan> Aplikasi. ( "Unknown sources" option within Settings>Applications.)
ok, itu sahaja buat hari ini, Hope semua berjaya buat! Terima Kasih :D

oh ye, Harini juga merupakan hari terakhir (16 oktober 2015 | Jumaat) Promo code Domino's Pizza Malaysia. iaitu 50% Diskaun. So cepat-cepat Grab dengan menggunakan code 'AD62'. Pembelian Sah hanya melalui pembelian ONLINE di Website Domino's Pizza Malaysia.