Thursday, November 12, 2015

Masyarakat Prihatin : viralkan kisah adik thaqif

Publish on : 8:30 PM There is : 6 Comments Labels : ,
Tolong viralkan kisah adik thaqif yang berusia 2 tahun. Adik Thaqif disahkan kanser sebelum raya. Adik Thaqif juga dah menjalani pembedahan di kepala dua kali. Pembedahan kedua sebab masih ada nanah dlm kepala. Dan result darah tak ok.

Nor, ibu Thaqif berhenti kerja sebab nak jaga Thaqif di HUSM. Salleh ayah Thaqif ambil halfpaid gaji. Kena ulang alik dari Gua Musang ke HUSM sejak Juali. Pastu dlm bulan ni ibu Thaqif nak bersalin anak kedua.

Keluarga ini kekurangan dari segi kewangan sebab susu Thaqif sahaja RM83 untuk 4 hari. Itu tak termasuk lagi perbelanjaan rumah sewa, kos ulang alik dengan baby bakal lahir dan selepas ibu Thaqif bersalin Kalau ayah Thaqif yang kena jaga Thaqif, kemungkinan ayahnha kena ambil cuti tanpa gaji.

Tak salah kita hulurkan sedikit bantuan demi adik ni. Mane tahu bila masa kita ditimpa musibah ade juga yang datang menghulurkn bantuan.
Semoga Allah membalas jasa kalian yang membantu adik thaqif. Aamiin.

Maybank - 1621 4305 6704
Bank Islam - 0901 0020 276519
atas nama ayahnya - Mohamad salleh bin boniya


Semoga hasil ni dapat membantu adik Thaqif, semoga adik thaqif cepat sihat. Aamiin.

Monday, November 9, 2015

Application Review : Easy Touch ( Pink Style )

Publish on : 3:35 PM There is : 4 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hai semua, harini alja nak share satu application untuk henfon. Application ni alja rasa bagus, sebab tak rosakkan bahagian 'Home button' and 'lock button' henfon kita. Install secara Free di Play Store henfon korang.
oleh kerana alja suka sangat dengan hello kitty and nasib baik ada Themes hello kitty ni. haha actually memacam themes ada, EXO, Doraemon, dan memacam lagi. Comel-2 kawaii-2 rock-2 semua ada. 

Nah, ni alja share sedikit review dari pengguna Easy Touch (Pink Style). Semua bagi feedback terbaik. Alja pun rasa App ni terbaik dari sebelum ni yg alja install.
dan ini adalah antara themes yang alja share, kalau nak tahu themes apa lagi, cepat-cepatlah install tau di play store ! :D Ingat pengguna Iphone je ke ada benda ni? Ha, pengguna Android pun ada tau! hahaha . Very Recommended!

Sunday, November 8, 2015

Movie Review : Paranormal Activity: The Ghost Dimension ( English & Seram )

Publish on : 4:06 PM There is : 2 Comments Labels : ,
Ryan Fleege dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah baru di mana Ryan dan adiknya Mike menjumpai sebuah kamera video dan kotak pita di dalam garaj. Pita tersebut menunjukkan Katie dan Kristi diajar oleh nenek mereka melakukan aktiviti paranormal. Bagaimanapun, mereka, termasuk isteri Ryan, Emily, dan anak perempuan Ryan berusia enam tahun, Leila, mula melihat kelibat Katie dan Kristi di dalam rumah. Ryan sekarang perlu mencari jalan untuk melindungi Leila yang menjadi sasaran kuasa jahat.
Assalamualaikum hai semua. Musim cuti, praktikal pun dah habis. so kita nak rest-2 kan minda dengan berjalan! yes berjalan hilangkan masalah dalam kepala, hilangkan kesedihan dalam hati. hahaha gittew

ok semalam 07 November, hari sabtu, Alja keluar dengan kawan Alja, Aiqal! Aiqal Bob, org kenal dia dengan nama tuh. Maybe ada antara awak-awak yang kenal. Terpisah lama ke apa ke. hahaha and yes kawan. Takde nya istilah Teman tapi mesra hokey. Jangan jangan jangan. Sebab "Berani bercinta beranilah untuk bersedih" gittew? haha

Semalam Alja keluar dengan Aiqal, main sementara tunggu masa untuk movie yang pukul 4 tuh. still ada masa untuk pergi buat aktiviti lain, iaitu main bowling! Stress main bowling sebab kalah. dengan riaknya aiqal buat muka menang. A VS A. A pertama yang menang 90 - 47 . Sakit hati! sebab first laps je pass. yang lain ke longkang! hahaha
Ok, semalam alja tengok movie Paranormal activity kat TS. Ni sambung yang paranormal Activiti 2 ke 3 yang dulu tuh. lupa. tapi yang pasti pasal Nenek Lois dengan 2 beradik perempuan yang diberi nama Katie dan Kristi. 

Kalau tengok yang episode sebelum ni maybe boleh faham. Tapi serius tak best. Sebab citer dia semua sama je ending iaitu MATI. Semua mati. Dalam citer ni, yang hidup hanyalah Leila. Anak perempuan mereka yang berumur 6 tahun yang terkena kuasa Misteri.
  • Bahasa: Inggeris
  • Klasifikasi: 18
  • Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2015
  • Genre: Seram
  • Durasi: 1 Jam 28 Minit
  • Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
  • Pelakon: Chris J. Murray, Brit Shaw, Dan Gill, Ivy George, Katie Featherston
  • Pengarah: Gregory Plotkin
  • Format: 2D, 3D


Tapi dalam Movie ni banyak terkejut-kejut and berdebar. Bagi Alja, better tak payah tengok, buat habis duit tengok. sebab jalan cerita yang sama dengan paranormal activity episode-2 yang lain tuh. Itu pendapat alja. Kalau nak rasa and nak tengok, itu terpulang. Sebab bila alja tengok, rasa bosan sangat even seram T_T Terasa lebih baik tengok Movie Agent 007 - Spectre tuh tau! hahaha

Ok nah belanja gambar sikit aktiviti semalam. Hahaha jumpa lagi. Nanti Alja share serum apa alja pakai ye untuk next post! ^^

Praktikal | Akhirnya hari yang dinanti telah tiba!

Publish on : 3:09 PM There is : 2 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum hai semua. yeah! hari yang dinanti dah tiba, iaitu hari terakhir praktikal. yabedabeduuuuu!! Alhamdulillah tamat sudah, 06 november. Jadi, tinggal nak present depan pensyarah je hari rabu ni. Depan pensyarah yang bernama Encik Shahrol Faizal. Gabra Alja rasa. Ada tips nak bagi tak? :D 
So dalam praktikal ni, yang pertama yang kita kena siapkan ialah buku log iaitu buku yang kita kena catat setiap hari dengan aktiviti yang firma bagi. Tapi bila firma tempat kau tak bagi kerja sampai 3-4 hari, kau rasa? Rasa nak nagis sebab tak tahu nak tulis apa dalam buku log ni T_T hahaha
Then second, kita kena siapkan laporan akhir L.I ni. Dalam laporan akhir ni, kita kena siapkan benda-2 seperti dalam bawah ni ...
  1. Surat pngesahan tamat latihan dari organisasi tempat latihan
  2. Abstrak (Abstrak ni kena budal dwibahasa iaitu malay and english)
  3. Dedikasi
  4. Penghargaan
  5. Senarai kandungan
  6. Bab 1 - Pendahuluan, Objektif LI & laporan serta kepentingan LI
  7. Bab 2 - Latar belakang syarikat
  8. Bab 3 - Ringkasan aktiviti LI
  9. Bab 4 - Laporan teknikal
  10. Bab 5 - Dapatan dan cadagan ( cadangan kpd poli & Pihak organisasi)
  11. Bab 6- Kesimpulan 
  12. Lampiran
  13. Rujukan
So bila dah siap semua apa yang disenaraikan kat atas ni, jadi kita boleh jilidkan ! yahuuuu Alhamdulillah.

Yang ketiga, Lepas dah siap perkara pertama dan kedua. benda yang ketiga kita kena buat ialah Slide pembentangan.
Slide pembentangan ini ialah untuk kita present depan pensyarah selama 15 minit! wow T_T hahaha

Ok, siapa pernah praktikal? ada pengalaman present depan lecture? Boleh bagi tips tips tak? Yang dapat naikkan lagi semangat serta kurangan lagi ketakutan alja ni? terlebih nervous pulak sebab kena bentang depan lecture lelaki T_T
dan inilah mukaaaaaaaa. muka happy giler sebab dah habis LI. Ada org ternampak mata saya bergenang dek airmata. Mmg, time pagi tuh nagis. banyak sangat perkara yang mengusik jiwa, problem hal personal. Sampai tak mampu nak kongsi kat siapa. So, mampu nagis nagis nagis. Tapi tak juga selesai masalahnya. Menangis je, masalahnya takkan selesai. hahaha sekrang pun masih menangis! Allah, bila lah nak hilang sedih ni T_T dah tak kuat. Tak kuat macam org lain fikir. hahaha

Btw terima kasih bebanyak kepada firma yang sudi mengambil saya menjalani latihan industri selama 5 bulan dari 22 jun sehingga 06 november 2015 selama lebih kurang 5 bulan iaitu firma KA Associates, Jalan Jejaka, Taman Maluri. dan terima kasih juga kepada supervisor saya Sr. Mohamad Shazali serta rakan ofis yang lain yang banyak sangat bantu saya dalam hal-hal yang saya tak tahu. Tak lupa juga, Emak and Family yang memberi dorongan serta sokongan serta bantuan kewangan selama menjalani latihan industri ini. Yeha! 

Tapi apapun, doakan semoga Nur Aljawahir binti Kamashah lulus dengan baik dan cemerlang dalam sem 4 praktikal ini dan dipermudahkan dalam pembentangan. Aamiin! hehe maceh :D



Thursday, November 5, 2015

Ke-Stress-an Awal November 2015

Publish on : 1:57 PM There is : 0 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum hai semua, jarang balek update blog sebab minggu ni adalah minggu stress! huwargh T_T tengoklah kalender november tuh. Tuh lah namanya biar gambar berbicara. Prar for Alja! semoga Alja dipermudahkan segala urusan Latihan industri ini. hehe maceh semua :)

ok, nak sambung balek buat report akhir, see ya :D