Wednesday, December 14, 2016

Online Revolution Mega Deals Final Sale | Lazada Malaysia

Publish on : 12:46 AM There is : 3 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum Hi Semuaaa. Apa khabar? Sihat tak? Tak sihat? Ha ni Alja nak habaq mai benda yang boleh buat hangpa sihat. hahaha Psstt, dari tarikh 12-14 Disember 2016 ni ada promosi Final Sale di Website Lazada Malaysia tau. Wah Wah Wah, Sihat tak dengar? haha


Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.


Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.


Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

Korang, Jom terjah Apa yang ada dalam Parcel Of Joy yang Alja dapat dari Lazada ni. Sukaaaaa tau, semua barang yang Kita memang selalu guna and makan.

Wah Syok kan? Jom Shopping! Alja tengah menggila dok tengok website lazada ni. Potongan harga sampai 95% pun ada, memang gila, meroyan tengok harga murah gini. Hahaha So apa lagi? Pergi Terjah Website lazada Malaysia sekarang, Sampai 14 Disember 2016 ni. Nanti Share Share dan Jangan Lupa Hashtag #LZDRevolution ok kalau post di media sosial. 


Tuesday, November 29, 2016

Bedak Ruam Bayi | Penawar Eczema dan pelbagai jenis penyakit berkaitan Kulit

Publish on : 10:33 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hai semua, korang pernah kena ruam satu badan? Anak-2 kecil pasti selalu kena sebab tak biasa dengan panas, kanak kanak juga ramai yang terkena penyakit kulit yang diberi nama Eczema. So, disini, Alja nak kongsi dengan korang satu bedak ni. Pernah dengar tentang bedak ruam bayi ni tak? Boleh rujuk gambar pertama.

Bedak ruam bayi ini merupakan Penawar Psoriasis, Eczema dan semua jenis penyakit kulit. InsyaAllah. Kita cuba selagi boleh. Merawat penyakit kulit dengan mengikut cara Rasulullah SAW. 100% tanah Liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama air galian yang telah ditapis secara khusus.

Pembuatan Bedak Ruam Bayi ini adalah secara homemade warisan semulajadi turun-temurun diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat digunakan oleh bayi sehinggalah ke orang dewasa. Ia juga dijamin Halal dan suci. Harga pun murah tak sampai RM50 pun ^^
REVIEW DARI ALJA | Tengoklah Alja sapu pada tangan Alja, Cepat kering dan tiada bau langsung tau. Lepastu Bila sapu rasa sejuk je macam tengah pakai bedak sejuk. Kulit pun jadi lembut bila lepas sapu tu. serius tak tipu.

Antara Khasiat yang terdapat di dalam Bedak Ruam Bayi ini ialah,
  • Menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut
  • Bebas paraben dan bahan-bahan kimia yang berbahaya
  • Dapat menguragkan ruam pada bayi
  • Amat sesuai untuk semua jenis penyakit kulit
  • Satu bekas tahan lama. Selalunya mampu bertahan selama beberapa bulan

Nah, Alja nak belanja korang sedikit testimoni yang telah berjaya menggunakan Bedak ruam bayi ini :)

AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS. JAUHI PRODUK TIRUAN!!
AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS. JAUHI PRODUK TIRUAN!!
AWAS AWAS AWAS AWAS AWAS. JAUHI PRODUK TIRUAN!!

PEMBOHONG BESAR!
Ruam Bayi Powder (RBP) tidak pernah menukar packaging baru kepada nama Bedak 'Asma. Tindakan jijik mereka ini sebenarnya untuk menipu pelanggan untuk menjual produk tiruan yang kononnya mengaku lebih baik dari RBP.
RBP sudah mempunyai ratusan testimoni dan masih menggunakan bahan-bahan tradisional yang diwarisi oleh turun-temurun. RBP tidak diperoses oleh kilang kerana pihak kami ingin menjaga kualiti dan sifat kesucian tanah yang ditapis khusus. Fungsi tanah liat terbaik di dunia ini perlu dijaga keasliannya oleh tradisi turun temurun.

HUBUNGI...

FACEBOOKRUAM PADA BAYI
NO TELEFON HQEN. HAFIS: 013 480 6787 (BAHAGIAN PEMASARAN) 
                      PUAN NURUL: 017 623 9935 ( OWNER PRODUK)


Tuesday, November 8, 2016

Sayang anak tangan tangan kan....

Publish on : 8:43 PM There is : 1 Comments Labels : ,

"SAYANG ANAK TANGAN TANGAN KAN.. "

Mesti ada sebab orang dulu cipta pepatah gini.

Bukan bermakna dah 'tangan' kan anak, maknanya kita tak sayang. Tapi pengajaran. Tengoklah dulu-2, siap kena batang paip, tali pinggang, penyapu lidi, kayu sebab kena pukul. Sampai anak anak takut. Takut yang jenis Hormat. Baru je pegang batang paip, anak dah mencicit lari.

Bila tak digunakan pada Era serba canggih gini, jadi ginilah. Biadap tak kena tempat. Ibu bapa jadi hamba. Kurang ajar terlampau. Tak makan diajar. Ibu bapa pulak yang takut dengan Anak.

Nak kata kurang kasih sayang, apa semua diminta dapat. Pelik. Ibu bapa pun, janganlah sayangkan anak Sampaikan duduk atas tar yang biasa kita duduk tu pun jadi isu. Apa nak bagi kerusi pengantin ke? Anak zaman sekarang, sampai takleh beza mana baik buruk.

Emak aku dulu siap pesan kat cikgu 'pukul lah cikgu asal baik untuk dia tapi jangan patah renyuk sudahlah'.  Emak aku besar kan mata pun aku dah takut. Apatah lagi arwah ayah. Emak dengan ayah tegas. No means No! Tapi emak ayah baik. Thats why i luv my parents 💑

Walaupun Alja belum kahwin, ye Alja tahu. Tapi sebabkan banyak anak buah, tengok berita itu ini, viral itu ini,  Alja terkesan.. Doa doa lah Alja jadi ibu yang baik yang dapat menangani masalah kedegilan anak sebegini. Seram haih belum jadi ibu, baru jadi makcik buat anak anak buah dah rasa gerun T_T Anak era teknologi ni aktif terlebih...

Sayang anak, tangan tangan kan......

"Anak-anak itu amanah Allah
Didik mereka dengan kasih sayang
Setiap amanah akan ditanya
Bagaimanakah kita menguruskannya...."

Ni pun update blog guna application dari Hp, zaman dah canggih gittew. Hahaha harap nampak ok lah view bila update guna hp ni :') kalau tak ok, bagitahu tau :)

WePrint : Liberty Printing Mesin pencetakkan gambar dengan pantas melalui aplikasi Wechat!

Publish on : 3:06 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Masih kah kita Ingat suatu ketika dulu? Guna Kamera, Pakai Kodak, film, then hantar kedai untuk dicuci untuk dijadikan sekeping gambar? Tak mungkin kita lupa, sebab tu perkara yang legend kot! Pada Era zaman serba maju ini, segalanya harus cepat, mudah dan pantas! Termasuklah print gambar untuk diabadikan sebagai kenangan kelak.

Kini, kalau kita ke majlis mana sahaja terutama majlis perkahwinan, mesti akan ada photobooth atau mesin pencetak segera ini kan? posing sana sini then cetak di mesin, terus dapat. Betul kan?
Liberty Printing ialah mesin cetak dan bahan pembekal pemindahan haba di Malaysia. mesin WePrint secara eksklusif diimport, berjaya dan diedarkan oleh Liberty Printing sejak 2015.

Nak print gambar pun mudah, sebab Alja dah pernah buat sebelum ni dekat Majlis berbuka puasa bersama denaihati.

  1. First Scan QR Code di Wechat
  2. Pilih Event yang berada terdekat korang
  3. Pilih gambar yang korang nak print
  4. So adjust lah nak bahagian kepala je ke, kaki je ke, cantik-2 kan. Then Print!
  5. Tunggu lah sampai gambar korang keluar.
Sebelum pilih gambar, ada no untuk korang key in baru boleh pilih gambar. Ala macam no giliran lah. So nanti tahu lah siapa buat dulu siapa kemudian. Jadi tak bergaduh. hahaha

WePrint, mesin percetakan berkualiti tinggi yang disambungkan melalui aplikasi WeChat, telah semakin popular dalam pameran dan pameran bergerak sejak ia dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015.
Mesin ini sesuai untuk mana-mana sahaja majlis korporat atau swasta dan sesuai setiap lapisan masyarakat untuk mencetak gambar kegemaran mereka ke bahan yang berbeza, termasuk kertas foto, kertas magnet, butang lencana dan sarung telefon.

WePrint bukan sahaja boleh mencetak gambar, tetapi WePrint adalah sumber nombor satu dalam Button Badge Machine, Sticker Thermal Printer, Kad Laminator PVC, serta lain-lain mesin dan bahan percetakan khusus.

Alja dah ada setakat ni 6-7 keping gambar dari weprint. Warna gambar pun cantik. Alja print semasa Majlis bebruka puasa Denaihati. Memang seronok Print gambar sebab mudah. Dah macam Game pun ada sebab berebut nak dapatkan code untuk print. hahaha. Yang penting, Tak jadi 'kotor' bila kena air. Suka material gambar ni. Material kertas untuk gambar pun boleh pilih.
 What can we print for you? Free instant high quality photos!
Setiap Pembelian akan mendapat diskaun sebanyak 10% tau! Jangan lambat-lambat sebab diskaun ni sampai 30 November 2016 ini SAHAJA. So apa tunggu lagi? Gunakan Code NA1001 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10%.

Ia merupakan satu peluang perniagaan baru di malaysia dan No1 di Malaysia. Mesin WePrint ialah Latest trend yang Segera gambar mesin percetakan baru serta dapat Mengubahnya menjadi alat yang menghasilkan wang. Nak juga? Pengedar diperlukan, Dapatkan sekarang! Weprint Machine ialah 1 WeChat Printer di Malaysia.



Untuk sebarang pertanyaan perniagaan, sila hubungi:

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A / KU3, Pusat Commercial Kristal Klang, 42100 Klang, Selangor.
Nombor untuk dihubungi: 019-985 8151 (Elaine)
E-mel: [email protected]
E-mel[email protected]
Waktu perniagaan: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 6 petang)


Wednesday, October 5, 2016

Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Make-Up Cleanser Milk

Publish on : 7:54 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Assalamualaikum Hai semua,Kali ni last produk dari Ecowell yang bakal Alja review ni, iaitu Make-Up Cleanser Milk. Make-up cleanser milk dari Ecowell ni dapat membersih, melembapkan dan menyuburkan kulit.
Ecowell Make-Up Cleanser Milk berkesan membuang kesan make-up tanpa membuatkan liang pori-pori tersumbat serta dapat melindungi kelembapan kulit. Ia melembut dan menyegarkan semula kulit dan menjadikan kulit rasa lembut. Minyak Vanilla mengandungi antioksidan yang meneutralkan radikal bebas, membantu untuk mencegah dan melindungi kulit.
Ciri-ciri antibakteria dapat merawat jerawat dan ia adalah sumber yang baik B-vitamin seperti niasin, thiamin, Vitamin B6 dan asid Pantothenic yang menyuburkan dan mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga berharga untuk ciri-ciri anti-radang yang menenangkan dan menenangkan kulit radang.
Cara penggunaan: Letakkan sedikit pada kapas muka, kemudian perlahan-lahan Lap ke muka. Untuk hasil yang optimum, gunakan sebelum mencuci muka dengan Ecowell Liquid Soap Muka. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Review dari Alja, Alja suka benda ni sebab dia bebetul bersihkan. Segala mekap tanggal. So kita tak risau lah mekap still ada atau tidak. Lepastu takpayah risau tersumbat dekat kulit atau kulit tak bernafas ke. Memang recommended hokeh. Kena beli! Love it! Pakai pon sapu kat mata pun tak pedih macam Alja guna produk before ni.
Yang Alja guna ni merupakan set trial iaitu 30ML punya. Kalau nak besar sikit ada iaitu saiz 150ML. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,

Saturday, October 1, 2016

Yeay Akhirnya dah tukar kad bank kepada Kad Visa payWave

Publish on : 8:00 PM There is : 3 Comments Labels :
Assalamualaikum hi semua, Hari Khamis lepas Alja dah renew kad bank Alja kepada Kad bank baru iaitu Visa payWave. Sebab heboh kata akhir september 2016 last. lepasi kena bayar RM10 lah RM200 lah. Geram betul, sebab kita tahu last adalah pada akhir tahun iaitu disember 2016. Tetiba kata akhir september.

Kita student, mana ada masa nak pergi. Kelas habis petang, so dah lepas present final year project (FYP) ni, kelas pun banyak dah habis, ada lah banyak masa terluang sikit. Dah alang-alang nak balik cheras, pergi station bas Tanjong Malim, terus ke bank.

Ni antara soalan-soalan yang alja dapat,

Soalan - Mana yang tanya kena bayar ke tidak.
Jawapan - Tidak.

Soalan - Tarikh tukar sampai bila?
Jawapan - Hujung Tahun 2016 iaitu 31 December 2016.


Soalan - Ada kaitan dengan online bankin ke?
Jawapan - Tidak


Soalan - Cakap dekat kaunter nak tukar kad je ke?
Jawapan - Ye! Kalau bank Islam, Nanti dia ada bagi borang suruh kita isi Nama dan IC. Kalau Maybank, dia yang uruskan semua, kita just tunggu NO dipanggil untuk urusan dapat kad baru.

Soalan - Lama tak masa tunggu?
Jawapan - Tak ambik masa yang lama kalau tak ramai.

Ok itu saje, seronoknya dah tukar kad. Mana yang tak tukar lagi, cepat-cepat tukar sebelum Bulan disember tau. Mudah je prosesnya, tak susah macam orang-orang kata tu. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya. Kalau Alja tak boleh jawab, kita serah pada pakar :D

Bacaan doa Awal tahun dan Akhir tahun | 1 Muharam 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016

Publish on : 2:36 PM There is : 0 Comments Labels : , , ,
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Assalamualaikum hi semua, Lirik lagu dekat atas ni tidak asing lagi buat kita semua. Terutama masa di sekolah, dicorong-corong radio, di televion pasti berkumandang lagu 'Maal Hijrah' ini. Kanak-kanak juga sudah tahu akan lagu ini. Tidak kira pangkat mahupun peringkat umur pasti akan menyanyikan lagu Maal Hijrah ini.

Maal Hijrah yang jatuh pada 1 Muharam merupakan hari kebesaran umat islam. Awal Muharram juga bermulanya tahun baru pada bulan islam dan akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hijrah iaitu Perpindahan. Hijrah merupakan pepindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Namun, Hijrah pada era kini, kita difahamkan bermaksud mencari kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Sebelum kita melangkah ke bulan Muharam, Umat islam, akan membaca doa awal tahun dan akhir tahun. iaitu bermaksud dari Tahun Zulhijjah (Doa Akhir tahun) ke tahun Muharam (Doa Awal tahun).
DOA AKHIR TAHUN ini dibaca SEBELUM masuk WAKTU MAGHRIB iaitu pada akhir-akhir waktu asar pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah iaitu 1 Oktober 2016 (Sabtu) dan,
DOA AWAL TAHUN pula dibaca SELEPAS menyempurnakan SOLAT FARDHU MAGHRIB pada 29 Zulhijjah 1437.

Hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun.
Soalan - Doa awal tahun dan akhir tahun tak pernah dilakukankan oleh Nabi Muhammad SAW. Bolehkah ia dilakukan?
Jawapan - Boleh.
Pada tahun ini, 2 oktober 2016, Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1438H / 2016M adalah "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"

Pemilihan tema “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” adalah amat signifikan dengan situasi semasa dan bertepatan dengan usaha kerajaan memperkasakan prinsip penerimaan, kenegaraan serta keadilan sosial yang menjadi teras kepada pembangunan sebuah negara yang maju dan seimbang serta bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menjemput orang ramai menyertai sambutan Maal Hijrah pada tarikh 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula jam 8 pagi [Pautan Sumber Asal » mysumber.com]

Selamat menyambut Maal Hijrah 1438 Hijrah kepada semua Umat islam di seluruh dunia! Semoga hidup kita lebih baik dari sebelum ini hendaknya. InsyaAllah Aamiin.

Thursday, September 29, 2016

Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Liquid Facial Soap

Publish on : 11:52 PM There is : 0 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hi semua, kali ni nak review sama juga produk dari Ecowell tapi tentang Liquid facial soap. Korang sebelum ni pakai produk apa? Pencuci muka ni ada bermacam-macam brand. Ada yang local, ada yang dari china, ada yang guna dari korea. Ada yang berasaskan kimia. Tapi, Alja nak bagitahu korang tentang facial soap ni yang berasaskan dari organic.

Pernah dengar tentang liquid facial soap dari ecowell? atau produk-2 kecantikkan dari ecowell? Alja dah cuba kelima-5 trial pack set organic dari ecowell. memang sesuai untuk kulit. semua kulit boleh guna. baik sensitif mahupun normal.

Liquid Facial soap dapat membersihkan kulit serta menyegarkan ulit korang. Liquid Soap Facial ini juga dapat membuang sebum berlebihan dan mengekalkan nilai pH kulit tanpa merosakkan lapisan lipid. Buih berkrim lembut tidak mengeringkan kulit kerana ia membersihkan dan menjadikan kulit lebih bersinar secara semula jadi kerana kesan yang kuat dari Organik Myrtle Air dan Organik Orange Oil.

Organic Myrtle Air yang membersih secara mendalam, dan mengandungi ciri-ciri anti-jerawat. Organic Orange Oil mengandungi anti-radang, anti-bakteria, serta tahap vitamin C yang melindungi dan menyembuhkan kulit, menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kedutan dan kerosakan kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur alam sekitar. Ia juga menghalang jerawat.
Cara penggunaan: Cuci muka Dengan air suam, buih kan Ecowell Liquid Soap Facial di tapak tangan. Urut seluruh muka dan leher. bilas dengan bersih. Gunakan dua kali sehari.

Bahan-bahan: Aqua, ** air Myrtus Communis Daun, Sodium Cocoamphoacetate, Cocamidopropyl Betaine, Glycerin, Lauryl Glucoside, Coco-glucoside, Asid Laktik, Sodium Glutamat Cocoyl, Sodium Lauryl Glukosa carboxylate, phenethyl Alkohol, Glyceryl oleat, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, ** Citrus aurantium Dulcis (oren) Peel Minyak, Ethylhexylglycerin.

Review dari Alja, pencuci ni ada dah guna. buih pon tak banyak. tuang sikit pon dah cukup. Orang kata kalau buih sikit ni, bagus untuk kulit. Memang segala makeup apa yang Alja pakai, bila guna pencuci muka ni, senang je tanggal. biasalah, Alja seorang wanita tahu makeup, tapi malas nak bersihkan. terus je cuci muka. takde nak lap-2 guna tisu basah. hahaha. kulit pon jadi lembut bila lepas cuci. rasa segar tu sampai ke liang-2 roma. korang patut cuba juga tau! best giler :D

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Yang Alja guna ni merupakan set trial iaitu 30ML punya. Kalau nak besar sikit ada iaitu saiz 150ML. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,



Wednesday, September 21, 2016

Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream

Publish on : 11:54 PM There is : 0 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hai korang. Alja nak share satu lagi produk dari Ecowell. ni produk yang ketiga yang akan Alja tunjukkan dekat korang iaitu Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream dari ECOWELL.

Dalam produk trial yang Alja guna, Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream adalah satu satunya produk trial yang paling 'ala cikucikuci comel' sebab kecik je. hahaha tengok gambar bawah ni bahagian kiri sekali. kecik-kecik pon cukup sebulan. sebab benda ni tak perlu pakai banyak-banyak.

Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream adalah produk yang memberikan perlindungan dan pelembab krim formulised untuk penjagaan muka yang sensitif. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream adalah rumusan krim yang tidak berminyak pada kulit dan cepat menyerap.
Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream terdiri daripada Bahan-bahan seperti vitamin E, minyak argan organik, minyak aprikot organik dan minyak organik yang mempunyai pelembap yang sangat kuat dan kesan melindungi. Ia akan Memberikan kesan pelembab pada kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan smooth. Dengan adanya formula sebegini, ia dapat menyerap dengan cepat dan sesuai untuk 'menepek' nya sebelum korang ber-make-up.

Vitamin E adalah salah satu daripada 5 nutrien yang paling kuat yang meberikan kesan anti-penuaan pada kulit. Ia terkenal dengan kandungan yang tinggi dengan sifat antioksidan, membantu melindungi kulit daripada penuaan serta dapat meremajakan kulit. Ia adalah salah satu daripada bahan-bahan pelembap yang paling berkesan dalam penjagaan kulit dan ia adalah penting untuk kesihatan kulit.

Argan Oil adalah penyembuhan dan kaya dengan vitamin A dan vitamin E. Ia juga penuh dengan antioksidan, Omega-6 asid lemak, dan asid linoleik. Apabila disapu pada kulit, ia memudahkan keradangan, melembapkan kulit dan membantu untuk meningkatkan pengeluaran sel di samping menggalakkan kulit yang sihat dan rambut.
Kaya dengan Vitamin A, minyak aprikot dapat melembapkan kulit supaya menjadi seimbang dan dari kulit berminyak. Ia amat berguna untuk kulit yang berminyak dan cukup lembut untuk digunakan pada mana-mana jenis kulit. minyak aprikot juga membantu rehydrate kulit kering, sensitif, radang atau terlalu awal penuaan.

Rose Oil mempunyai ciri-ciri pemulihan untuk kulit kering atau halus. Ia mengisi semula kelembapan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus. Ia juga mengandungi ciri-ciri antioksidan, membantu dalam pembaharuan kulit dan merupakan astringen semulajadi mengekalkan kesihatan kulit yang optimum, meninggalkan kulit lembap, licin, dan berseri.

Cara penggunaan: Picitkan sedikit dan sapukan pada kulit wajah. Sesuai untuk siang mahupun malam. Boleh juga diisapu sebelum ber-make-up.
Ingredients: Aqua, Cetearyl Alcohol, Coco-Caprylate/Caprate, Dicaprylyl Carbonate, Glycerin, Cocoglycerides, Tocopherol, Disodium CetearylSulfosuccinate, Phenethyl Alcohol, **PrunusArmeniaca Kernel Oil, **ArganiaSpinosa Kernel Oil, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin,**Rosa Damascena Flower Oil.

Review dari Alja, Alja pakai Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream ni siang dan malam hokeh. Kita nak rawat muka biar cepat elok. almaklum lah muka kita ni jenis berkawah. boleh masak dodol. hahaha. Muka pon tak berminyak bila pakai benda ni. Rasa soft je kulit dan muka pon tak rasa berat macam letak 10inci mekap. Alja pakai ni dan tepek bedak baby je.

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Yang Alja guna ni merupakan set trial iaitu 15ML punya. Kalau nak bear sikit ada saiz 50ML. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,

Thursday, September 15, 2016

Product Review : Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Publish on : 6:51 PM There is : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hai semua, Tahu kah anda, kita ni bukan sahaja kena bersihkan anggota badan dan kepala. Bahagian intim kita juga mestilah dibersihkan bagi kesegaran yang berpanjangan sebab kawasan intim akan membiaknya bakteria. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut.

Bakteria membentuk sebuah ekosistem smeula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 
Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.

Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.


Review dari Alja : Produk pencuci yang terbaik. Rasa fresh sepanjang hari. Takde lagi rasa tidak selesa, gatal-gatal. Alja suka bau Floral. memang best. Korang pon patut try juga. Lagi-2 bila formulasinya telah dipertingkat. Jadi, Mesti makin elok dan makin superb. Harga pon murah. Duit poket ada RM5 pun dah boleh beli! hihi.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.

Product Review : Tiada lagi Bad Mood semasa period dengan adanya Amez care Sanitary Pad

Publish on : 5:53 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hi semua, Alja nak share dengan korang satu pad herba yang best sangat sangat. Alja dapat produk ni minggu lepas dan telah mencubanya juga. Kebetulan time tu period, memang bestlah.

Pernah tak korang sakit period (senggugut) sangat sangat? atau masa period, rasa letih, moody, tak selesa? Mesti ada kan? Setiap wanita Mesti pernah lalui sakit perit period ni. Emak Alja kata, sakit period ni, macam sakit nak beranak, tapi sakit lagi nak beranak. (tak boleh bayangkan T_T). Alja nak kenalkan korang satu produk yang diberi nama AMEZ CARE SANITARY PAD
Apa itu Amez care?
Amez Care ialah bio sanitary pad herba tuala berfungsi. Amez ialah dari Ion Negatif, Far Infrared, Nano Silver dengan ekstrak herba bio daripada: Aloe Vera, Peppermint, Teh Plant, Chamomile dan Lavender.

Aloe Vera adalah satu produk herba yang sangat kuat yang mempunyai keupayaan untuk memberi kesan positif kesihatan itu perempuan. Bukan sahaja ia mengandungi lebih 75 nutrien yang unik, tetapi, ia juga mengandungi dua hormon - auksin dan Gibberellins.

Peppermint merupakan produk herba yang berkesan bertindak sebagai agen antiseptik dan anti-bakteria. Apabila ia bersentuhan dengan kulit, ia melegakan gatal-gatal, kerengsaan, sakit, dan jangkitan. Peppermint telah digunakan selama ini sebagai agen pembersihan yang berkesan. Wanita yang mengalami kekejangan, sakit kepala, perasaan tidak menentu dengan kitaran haid mereka boleh mendapat manfaat besar daripada pendedahan kepada pudina.

Lavender merupakan herba yang digunakan dalam Amez Care Bio Herbal fungsi Sanitary Pad tuala. Ini membantu dalam melegakan kesakitan, mengurangkan ketegangan berdasarkan saraf-, badan santai, dan merawat komplikasi pernafasan. Wanita yang tertakluk kepada ramuan herba ini semasa kitaran haid mereka akan mendapati bahawa mereka lebih tenang, mengalami kurang serangan dengan kekejangan, tidak saraf, dan tidak mengalami tahap kebimbangan. 

Chamomile Minyak adalah satu lagi bahan herba yang anda akan dapati di Amez Care Bio Herbal fungsi Sanitary Pad tuala. Bukan sahaja bahan semulajadi ini melawan jangkitan, bakteria, dan bahan-bahan yang memudaratkan lain, tetapi, ia juga bertindak sebagai mood-pengangkat.

Ekstrak tumbuhan teh menghalang pembangunan darah beku - yang adalah punca utama kedua-dua serangan jantung dan strok. Ia merendahkan tahap gula dalam darah, sterilizes pelbagai jenis bakteria, dan menghalang pembentukan kolesterol berbahaya. Wanita yang mempunyai penyakit kencing manis, darah-gangguan pembekuan, pembekuan menyakitkan semasa tempoh, dan juga kolesterol yang tinggi pasti akan mendapat manfaat daripada pendedahan kepada Plant Teh ekstrak!
Amez care dapat meningkatkan keselesaan dan mengoptimumkan kesihatan wanita semasa haid.

Review dari Alja : Amez care Sanitary pad ni memang best. takde sakit senggugut lagi macam selalu Alja kena. Boleh gerak dengan lebih selesa. Sebab adanya herba yang terdapat di Amez ni, memang buat rasa segar je. Korang gegirls patut try tau. Sebab tak rugi beli Amez care pad ni.

dah tu, padnya pulak tak kecik sangat, tak besar sangat. memang muat muat je. So period kita terkawal tak meleleh keluar. Maaf ye tak lucah ke kotor ke apa, ni memang serius. Jadi lepas ni memang nak setia dengan amez care pad je. Tak pandang lain dah. sebab selesa sangat bila guna Amez care ni tau. Haritu sampai lupa sebenarnya tengah period! hahaha sebab tak rasa sakit. Lepastu kita rasa selesa je
Korang nak cuba juga tak? Harga murah tau. mampu milik. Tak mahal mana walaupun terdapat herba. atau korang boleh terjah laman sosial mereka untuk lihat lebih lanjut tentang produk Amez Care ni.

Amez Care Pad ni juga boleh di kedai-kedai farmasi Aeon Wellness, Health Lane Family Pharmacy dan juga di JuzCare Pharmacy

Web: http://www.amezcare.com/
Instagram: Amez Care
Facebook: Amez Care