Sunday, May 1, 2016

Beauty Product Review : Proof 10 Auto Pencil (Etude House)

Publish on : 11:46 PM There is : 0 Comments Labels : , , ,
Assalamualaikum hi para pembaca. masih ada yang setia? takpe! tetap nak share juga! hahaha

Sejak akhir akhir ni, terminat pulak dengan alat-alat mekap ni. huwahhhh fefeling gegirls kejap. hahaha selama ni ada juga mekap, itupun suruh kakak kita mekap sebab tangan kita kaku, kayu hal-hal mekap ni. Last mekap pun masa Form3, sekrang umur pun nak masuk dua puluh .......... tet! T_T hahaha

Jadi ada ler sorang mamat ni merangkap teman tapi mesra kita dok cakap dekat Alja. Bunyinya seperti ini...
"Alja! kau ni kalau keluar dengan aku, pucat giler muka. cubalah mekap sikit. Baru cun. At least celak mata ke"
sentap adikkk! hahaha jadi time tuh dah mula dan terasa tercabar sikit. hahaha jadi Alja pun time tuh ada food review dekat Rasa Utara, Times Square Plus time tuh memang plan hangout with my gegirls 5Si (Izzati dan Saidah)

Dah alang-alang ada dekat Times Square, dekat situ ada kedai alat-alat mekap Etude House yang cantik amat pink lagi! Kita dah lah minat Pink, bila masuk kedai macam tuh, lagilah suka. Sampai Rasa nak nagis masuk kedai tuh pasai lawa sangat plus harga pun memang buat hadik nagis. hahaha

Jadi, kita pun belilah yang basic mekap dulu. Alja beli Proof 10 Auto Pencil. Ala, nama mudahnya ialah Celak. hihihi. sat kita tunjuk gambar..
Ha! inilah dia. Alja beli di Etude House. Orang yang layan Alja pun baik je. and kalau nak jadi member, beli RM80 ke atas dan akan dapat freegift tau! Barang dia kalau beli 2 barang pun dah hampir RM80 dah, nagishhh wooo kalau tengok harga dia.

Time ni Alja beli ada diskaun. Dari RM42, Alja dapat RM25. Etude House memang ada selalu buat diskaun, diz produk dari korea. Even dari korea, ok and sesuai dengan kita tak? Ha! mai rapat Alja share perasaan Alja bila Alja pakai celak Proof 10 Auto Pencil dari Etude House.
Tadaa! Sorry ni first time pakai setelah lamanya tak pakai. Tengoklah pakai celak tak betul, comot. sebab tangan Alja kayu, memang tak reti mekap. Jadi ada yang sudi ajar Alja mekap? hihi. Kita pun nak jadi gegirl balik ni. 

Yang bestnya, celak yang ini Senang gunalah bagi yang tak reti guna liquid tuh sebab ni kan pencil so senang nak lukis. dan bestnya kena air ke apa ke tak cair atau jadi tak comot. lelagi kalau macam Alja yang jenis baru nak tahu pasal mekap ni. hukhuk sedihnya bunyi. hahahaha
dan yang ini masa kali kedua Alja pakai masa nak pergi kenduri doa selamat exclassmate Alja.

But terus terang cakap, Yang tak bestnya agak lambat hilang. dah lap, cuci guna baby oil nak hilangkan celak ni tak hilang-2. sebab pekat sangat ke? rasanya letak tipis tipis je. So bila cuci pakai air dan sabun pun tetap tak hilang. Bukan tak hilang tapi lambat hilang, hihi. Macam Alja bila pakai, ambik dalam masa sehari jugalah mcm hari ni kita pakai, esok pun belum hilag lagi. lusa baru hilang. Ha itu apa yang Alja rasalah. Jadi dalam masa dia tak hilang tuh, terasa macam mata panda T_T kena tumbok pun ada. hahaha

Jadi, ada diantara awak semua pernah pakai produk dari Etude house atau celak yang ini atau apa sahaja pengalaman guna celak ke apa ke? Share sini jom :D Boleh tambah ilmu dalam mekap juga.

ok, sampai sini sahaja. Nanti Alja update story pasal Food review di Rasa Utara, Times Square pulak ye. InsyaAllah :)


No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .