Merasaikan keenakan makanan ala ala Arab yang membuatkan anda berpuas hati di D’Arab Station

June 21, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Apa macam puasa di 10 Ramadhon? Dah terkandas? Oups! Hahaha Semoga kita dipanjangkan umur dapat berpuasa di bulan mulia ni ye. InsyaAllah Aamiin.

Hari Isnin lepas ada Food review di D’Arab Station, Alam Damai. Siapa pernah pergi? Ura ura kedai ni popular tau. Bila baca review di Facebook dari pelanggan-pelanggan yang pernah datang, katanya enak? Emm betul ke enak? Enak sangat ke? MEMANG TAK DINAFIKAN! Sangat Enak tau. Memang selayaknya ramai pelanggan memberikan feedbacks yang baik. Layanan pun tiptop.

Tempoh hari, kami disajikan dengan setalam Set Combo 6 yang boleh dimakan untuk 5 orang. Iaitu Set Nasi Arab Honey Lamb & Chicken. Kambing golek, roti John serta D’Arab Falafel. See? Semua makanan Ala ala berada di padang pasir tumpuk tumpuk unta. Haha Kami makan seramai 6 orang untuk combo 6 pun tak terhabis. Fuhhhh..
Roti John Yummy tgh masak :D

Kenyang ya ampun. Alhamdulillah, Terimakasih sebab sudi jemput dan sajikan kami dengan makanan yang enak ni. Air yang disajikan pula ada 3, Jus oren, Ais lemon tea dan Teh Arab. Uishh, Teh Arab sangat sedap. Kalau datang D’Arab Station, MESTI CUBA TEH ARAB TAU! Teh Utama, rasa pun lain dari teh-teh yang kita selalu minum. Teringat ingat sampai sekarang.
Dato' sedang buat ucapan alu aluan ^^
Teh je ke ingat? Bukan setakat teh Arab je tau. Lamb dia, ya Allah, sangat-sangat lembut. TAK PAYAH TENAGA LEBIH untuk siat-siat kambing tuh. Takde liat. Tenaga korang tuh boleh disimpan, sebab sekali potong je dah boleh masuk mulut. Juicey sangat dikkkk. Kambing golek pun sekali ngap mulut. Banyak isi, rempah semua rasa. Sedap. Apatah lagi Ayam bakarnya. Terasa bagai ditarik suruh datang semula dekat kedai tuh. Hahaha T_T

Boleh ke beli lamb sahaja? Boleh lah. 200g RM10 dan tambah duit sikit untuk Nasi Arab. Menu lain and set combo apa je ada? Combo ada dari Combo 1 sehingga Combo 7. Yang bermula dari harga serendah RM13 sehingga RM50. Set Ekonomi pun ada iaitu serendah RM10. Western pun ada, Tak nak nasi? Pilih lah Ala carte ^^

Hey Dato’ Aznil Haji Nawawi pun pernah datang tau. Ingat calang-calang kedai ke? Bukan takat itu, Abon, Ustaz Don dan Ramai lagi. Ha, korang taknak datang rasa? Sambil type ni kecus ayaq liuq woi. Hahaha.

Jadi Apa lagi? Jom Ke D’Arab station. Setakat ini ada 3 cawangan iaitu di Cawangan Alam Damai, Cawangan Bank Islam (Menara Bank Islam, Jalan Perak) dan Cawangan Air Keroh (Restoran Jejantas, Ayer keroh) . Eh Cawangan baru juga akan dibuka dan akan di rasmikan selepas puasa ni. Fuhhh, lepas ni dimana-mana D’Arab Station ^^ Nak buat Tempahan pun boleh. Call 03-9108 3311 / 013-848 1014 / 013-844 1014

Berbuka puasa secara Buffet bersama Zomato di Enak KL

June 19, 2016 4 Comments A+ a-



Assalamualaikum Hi semua. Sorry busy lately ni. Blog pun terbiar sikit. Tapi taknak sampai bersawang. Jadi kena update juga! Hihi.

Last week, Alja pergi ke Enak KL, Starhill Bukit Bintang untuk berbuka puasa bersama Zomato. Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama Alja join berbuka puasa bersama Zomato. So ini adalah pengalaman baru Alja sebagai Blogger.

Apa itu Zomato? Ha kalau nak tahu, Zomato merupakan satu platform yang MUDAH untuk kita mencari restoran dan mempunyai laman web dan aplikasi mudah alih juga dan Ia adalah PERCUMA. TERUTAMA BUAT SI PENCINTA MAKANAN. Zomato juga dapat membantu kita mencari tempat-tempat di sekeliling kita. Tersangatlah berguna, lelagi apabila anda lapar. Dari Auckland ke Vancouver, seluruh 23 buah negara dan lebih daripada 10,000 bandar-bandar.
  

Tq Zomato sebab sudi Invited Alja and Tq juga buat Restoran Enak KL yang menyediakan pelbagai juadan berbuka puasa secara Buffet yang enak!

Di bulan ramadhan yang mulia ni, pelbagai makanan ingin kita cuba. Mata ni rambang tengok semua makanan. Sampai tak cukup tangan. Semua benda nak makan. Ha, kalau dah mcm tuh, kena pergi ke Enak KL. Semua makanan yang disajikan di Enak KL ialah makanan tradisi melayu, Asli dan yang penting tiada bahan tambahan MSG. Wah best kan? :D

Mana yang rindu masakan ibu di rumah? Rindu nak makan makanan melayu? Takde tempat lain boleh Alja cadangkan melainkan di ENAK KL.
Sedapkan? wey udang tuh yummy sangat tau. memang masakan mak mak dirumah. Lelagi Terong masak belacan tuh . Actually Alja tak reti and tak suka makan terong. tapi first time rasa dekat Enak KL, Yummy! Terus jatuh chenta and tak pandang orang kiri kanan. hahaha. Betul, serius. Semua makanan di sini semua sihat sebab tiada perisa tambahan MSG.
Bukan ini sahaja, ada Laksa lagi. Laksa johor , laksa utara? Jom! Memang terasa kuah pekat laksa tuh, ayomakkkkkkk kecus ayaq liuq akak update ni. hahaha. So Mesti Cuba tau! di mana? Dekat ENAK KL, Starhill, Bukut Bintang. Berdepan dengan bangunan Pavillion. Tq Zomato and Enak KL!! Sedap and mesti datang lagi, InsyaAllah. sebab Harga sangat lah berbaloi dengan apa yang disajikan. Hanya RM85nett (Adult) and RM45nett (below 12). Untuk buat tempahan atau lebih lanjut, boleh hubungi di talian 0321418973.
Dah lah dapat makan, dapat pulak baju Tshirt and Note Pad free dari Zomato! Fuhh i loike ^^

umphhh!! Sedapnya Coklat Panned Raya ni ^^

June 15, 2016 3 Comments A+ a-

Cuba bagitahu sini siapa yang tak suka Coklat? Peliknya awak. 1 dalam sejuta. Tapi rata-rata kita mesti suka coklat kan? Yes termasuk Alja.

Tapi alja bkn coklat lover-2 giler lelagi kalau coklat tuh cepat muak. Tapi coklat ni tak. Sedap sangat sangat serius tak tipu.

nama coklat ni Coklat Panned Raya. Mengunakan coklat premium (couvuture) dan ada badam sebiji di dalam. Badam rangup habis ^^

Harga :
1kg - Rm60
10kg> - Rm55/kg

Postage :
1-3kg - RM20 (pakai icebox)
so lebih jimat order 3kg terus.

Last order 20 ramadhan ni tau. Ruginya tak order T_T

Ha nak order? wasap/call/sms - Haridah 0132911762

Ni review ikhlas baik punya. Sebab coklat ni memang sedap! Huwarghh kakak-2 and anak-2 buah kita pun kunyah tak henti. Siap kena sound 'woi udah lah tuh' hahaha

PEMENANG Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

June 15, 2016 23 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Sorry semalam tak sempat nak update pemenang. Maaf sesangat sebab delay lama. Harap dapat dimaafkan T_T.

Ok, tadi Alja dah pilih pemenang. Memula Alja nak guna Random.org tapi rasa geram asyik keluar nombor sama je T_T haha jadi untuk lebih adil dan saksama. Maka, Alja buat via Random Manual. Alja gunting kertas sendiri, tulis sendiri, kocak kertas pun sediri. Nanti Alja upload video, mungkin dekat Instagram juga. sebab mungkin ada yang ragu macam mana cara pemilihan pemenang.

Dengan Nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Alja umumkan Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja telahpun DITUTUP. Terima Kasih banyak-2 sebab support GA Alja. Tanpa Korang apalah sangat dengan blog ni. Haha Terima Kasih juga tak terhingga buat Sponsor-2 iaitu Alja sendiri dan sponsor lain CXopportunities Blogspot  | Noor Najwa | Nisa AhmadNazfea Solehah | Haneeza Mohamad  dan Fathin Rosli

PERHATIAN.
ADA YANG BELUM BACA MAKLUMAT PENTING DI ENTRY SEBELUM NI TENTANG GIVEAWAY INI? MOHON BACA DISINI. TQ :)
Nampak tak gambar di atas ni? Seramai 29 peserta telah dipilih. Nampak nombor bertuah kalian? Nombor mana dapat? nombor ni banyak kali Alja bagitahu, boleh lihat di bahagian komen di bawah komen link korang di Entry Giveaway DISINI. Pemenang boleh tuntut hadiah.

Wide Shawl - Tuntut dengan NurAlja
1. Nombor 22
2. Nombor 1

Shawl - Tuntut dengan NISA AHMAD
3. Nombor 26
4. Nombor 34
5. Nombor 12
6. Nombor 29
7. Nombor 21
8. Nombor 31

Tudung - Tuntut dengan FATHIN ROSLI
9. 
Nombor 14

Novel (1) - Tuntut dengan CXOPPORTUNITIES BLOGSPOT
10. Nombor 9

Topup RM5 - Tuntut dengan NOOR NAJWA
11. Nombor 15

Topup RM5 - Tuntut dengan HANEEZA NEEZA 
12. Nombor 38
13. Nombor 30
14. Nombor 8

Topup RM5 - Tuntut dengan FATHIN ROSLI
15. 
Nombor 18
16. Nombor 40

Bloglist (5) - Disponsor oleh NAZFEA SOLEHAH
17. Nombor 11
18. Nombor 28
19. Nombor 36
20. Nombor 19
21. Nombor 7

Bloglist (5) Disponsor oleh HANEEZA NEEZA
22. Nombor 32
23. Nombor 17
24. Nombor 20
25. Nombor 37
26. Nombor 4

Blog Review (3) Disponsor oleh HANEEZA NEEZA
27. Nombor 2
28. Nombor 16
29. Nombor 23

Disebabkan 29 pemenang, jadi Alja cukupkan jadi 30 pemenang. Pemenang ni Alja guna Random.org je :)
Topup RM5 - Tuntut dengan NurAlja 

Tahniah buat pemenang!! ^^ Boleh Contact Sponsor ye untuk tuntut hadiah :) Jangan rasa terbeban untuk join GA/Segmen/Contest yang Alja anjurkan :)

PERHATIAN BUAT PESERTA GIVEAWAY RAMADAN 2016 By NurAlja

June 15, 2016 26 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Alja ada benda nak bagitahu. Sponsor habaq ada peserta yang tak Add FB Sponsor. Jadi Boleh tak awak semua ADD Facebook CXopportunities Blogspot . ADD as friend tau bukan Follow sahaja. Entry Pemenang Alja dah siap. Tinggal nak publish je. Kalau Sponsor kata ON , baru Alja update entry pemenang. Sebab Sponsor dah penat-2 nak sponsor. Tapi awak tak mau follow syarat superb senang yang dibagi.

Boleh kan? Harap beri kerjasama. Ampun dan Maaf segala-galanya. Malam nanti Alja Publish Entry pemenang ye ^^ Sekarang tugas uolls, ADD FACEBOOK CXopportunities Blogspot sahaja. ADD AS FRIEND tau. Kalau tak, Sponsor taknak bagi hadiah sehingga awak semua buat syarat ni. hihi. Itu sahaja Pengumuman dari Alja :D

Pernah tiba tiba rasa nak menangis? Allah rindu …

June 14, 2016 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Semalam Alja ada food review di D’Arab station, Alam Damai. Penat sebab kenyang sangat. Nanti Alja citer dekat next entry ok? Kali ini nak sharing-sharing citer. Pernah tak korang rasa tetiba je sedih? Menangis? Tak sedap hati? Tapi air mata tak keluar langsung?

Alja pernah. Selalu sangat. Tak tahu lah, sampai tahap nak deactive semua media sosial. Nak menangis, tak keluar air mata. Rasa tak sedap hati, tak tahu kenapa. Tapi sedih sangat. Nak meraung T_T
sky, summer, and sunset image
Mungkin Allah rindu kita. Sebab tuh dia hadirkan perasaan sedih,tak sedap hati dalam diri. Allah rindu kita. Allah rindu nak dengar kita sujud, berdoa dan menangis memohon doa, dan ampun dan mendengar segala rintihan kita. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Even kekadang rasa sedih tuh datangnya dari manusia sendiri. Kekadang rasa sedih, tak puas hati dengan seseorang tanpa sebab. Jahat betul syaitan ni. Maka sebab itu kita selalu kena berdoa supaya Allah hadirkan kekuatan buat kita.

Sebab kita manusia, tak lari dari permainan soal hati. Hati kita, hati manusia sungguh rapuh. Cepat sangat melatah, cepat sangat sedih tanpa sebab, cepat sangat marah. Hati kita kalau tak dijaga , syaitan yang bermaharajalela.

Allahu Rabbi, sungguh bebetul rasa dah tak mampu. maka kuatkanlah hati ini. Agar redha akan semua T_T

Sesi penghabisan baucer buku dengan membeli Buku Fixi Terbaik (Suka imaginasi)

June 12, 2016 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua. Tadi Alja pergi aeon maluri, nak beli kasut idaman gittew. Then teringat Alja still ada Baucer buku lagi, dalam RM100. Sayang kalau tak guna sebab tarikh tutup pun nak dekat. Dah alang-alang keluar, terus pergi kedai buku MPH.

Lama betul memilih. haha sebab tak tahu nak beli buku apa. Then ingat nak beli buku kekanak untuk anak buah. Tapi fikir tak payah kot. hahaha Alja suruh kakak alja beli buku. So dia ambik buku yang popular dekat wayang sekarang, iaitu "Me Before You" dengan Awang murshid. Ada lebih lagi. Jadi dah round banyak kali. End up, Alja pulak beli buku. So, Alja decided beli buku Fixi Santet dengan Kelabu.

Banyak sangat Fixi, rasa nak grab semua macam membazir. So pilih je 2 buah buku ni dulu. Tak tahu kenapa suka baca buku jenis macam ni. Kuat imaginasi betul. haha

Pernah tau Alja baca Buki Fixi ala ala version Hantu. Tapi Lupa nama tajuk. Sorry! Nanti kalau ingat alja bagitahu balik. Bila baca, sampai termimpi-2. Mcm real berpeluh bagai. serius.

Lagi satu, Alja ni kalau masuk kedai buku. Ya Rabbi rambang mata. Semua nak beli. Semua stress kalau teman Alja pergi kedai buku sbb stay kedai buku tuh lama sangat. Boleh jadi 2-3 Jamkekadang sayang nak tinggalkan kedai buku T_T teruks. haha

Susah nak cari kawan suka baca buku lelagi buku cengini. Siapa nak jadi Teman Sebuku dengan Alja? Teman sehidup semati pun boleh. hahaha :p

Teh orang Kampung? Lawas, Langsing, badan Lebih Selesa

June 11, 2016 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Korang Pernah dengar tentang Teh Orang kampung tak? Macam mana? Okeh? Share sikit siapa yang pernah consume Teh Orang Kampung ni.

Alja tengok ramai kata teh ni bagus lelagi untuk orang nak kurus atau erti kata lain detox kan badan. Badan kita ni banyak toksin. Kalau ada 10 barang detox, 10-10 kita nak guna sebab taknak ada satu pun toksin pun dalam badan. Hahaha manusia sungguh.

Alja dulu minum juga air herba ni tapi jenama lain. Iaitu Teh detox clenx yang dutanya Mila AF dan Dafi AF tuh. Siapa tau? Mahai sungguh Teh ni. Dalam satu kotak ada 30 Uncang dan harga dalam around RM30 hingga RM40 macam tuh. Mahal-mahal pun still tak sedar diri lagi. Padahal student lagi, ada hati pakai Teh mahal. Emak Alja pun pakai Teh Uncang Lipton je pun. Hahaha

Itu pun baru beli 2 kotak dalam masa dua tahun. Erti kata lain, Jimat cermat! ^^ Almaklum Alja ni merangkap student tak sedar diri memang camni T_T Minum pun on off. Teh detox clenx ni memang ok. Tapi tak sehebat Teh orang kampung tau! Apa beza?
Antara yang Alja nampak perbezaan bila guna teh orang kampung ni ialah, cara membuang. Cara membuang bila minum Teh Orang Kampung ni lebih cepat tau. Takde istilah “Ha tunggu kejap, nak buat kerja sampai habis” Kalau dia nak keluar, jam tuh jugaklah nak. Hahaha Serius. Ni pengalaman. Kalau Teh Detox Clenx ni pula, Lambat sikit. 30minit sehingga 1 jam tunggu barulah proses pembuangan terasa.

Eh lupa nak bagitahu, Teh orang kampung ni ada 3 jenis. Asli, +Halia dan +Limau Purut. Satu kotak ada 20 uncang. Harga pun lebih murah dari teh detox Clenx. Apa beza ketiga-2 jenis ni? Untuk Original, semua boleh. Untuk yang ada tambahan Halia pula, untuk mengurangkan berat dan membuang angin dalam badan. Untuk tambahan limau purut untuk mengurangkan berat juga serta bau badan.

Lagi satu kan, bila guna Teh orang Kampung ni, badan rasa lebih selesa. Kalau tak macam perut tuh panas tak selesa. Mungkin dia dah buang hampir 10% sehingga 15% toksin kot? Haha. Harap sesuai dengan diri ni. Mana tau boleh Kurus raya ni. Hihi nanti bolehlah pakai balik baju tersadai dalam lemari tuh :D

Kalau ada pengalaman minum Teh Orang Kampung ni, bolehlah share dengan Alja atau isu pasal Teh ni pun boleh ^^