Berbuka puasa secara Buffet bersama Zomato di Enak KL

June 19, 2016 4 Comments A+ a-



Assalamualaikum Hi semua. Sorry busy lately ni. Blog pun terbiar sikit. Tapi taknak sampai bersawang. Jadi kena update juga! Hihi.

Last week, Alja pergi ke Enak KL, Starhill Bukit Bintang untuk berbuka puasa bersama Zomato. Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama Alja join berbuka puasa bersama Zomato. So ini adalah pengalaman baru Alja sebagai Blogger.

Apa itu Zomato? Ha kalau nak tahu, Zomato merupakan satu platform yang MUDAH untuk kita mencari restoran dan mempunyai laman web dan aplikasi mudah alih juga dan Ia adalah PERCUMA. TERUTAMA BUAT SI PENCINTA MAKANAN. Zomato juga dapat membantu kita mencari tempat-tempat di sekeliling kita. Tersangatlah berguna, lelagi apabila anda lapar. Dari Auckland ke Vancouver, seluruh 23 buah negara dan lebih daripada 10,000 bandar-bandar.
  

Tq Zomato sebab sudi Invited Alja and Tq juga buat Restoran Enak KL yang menyediakan pelbagai juadan berbuka puasa secara Buffet yang enak!

Di bulan ramadhan yang mulia ni, pelbagai makanan ingin kita cuba. Mata ni rambang tengok semua makanan. Sampai tak cukup tangan. Semua benda nak makan. Ha, kalau dah mcm tuh, kena pergi ke Enak KL. Semua makanan yang disajikan di Enak KL ialah makanan tradisi melayu, Asli dan yang penting tiada bahan tambahan MSG. Wah best kan? :D

Mana yang rindu masakan ibu di rumah? Rindu nak makan makanan melayu? Takde tempat lain boleh Alja cadangkan melainkan di ENAK KL.
Sedapkan? wey udang tuh yummy sangat tau. memang masakan mak mak dirumah. Lelagi Terong masak belacan tuh . Actually Alja tak reti and tak suka makan terong. tapi first time rasa dekat Enak KL, Yummy! Terus jatuh chenta and tak pandang orang kiri kanan. hahaha. Betul, serius. Semua makanan di sini semua sihat sebab tiada perisa tambahan MSG.
Bukan ini sahaja, ada Laksa lagi. Laksa johor , laksa utara? Jom! Memang terasa kuah pekat laksa tuh, ayomakkkkkkk kecus ayaq liuq akak update ni. hahaha. So Mesti Cuba tau! di mana? Dekat ENAK KL, Starhill, Bukut Bintang. Berdepan dengan bangunan Pavillion. Tq Zomato and Enak KL!! Sedap and mesti datang lagi, InsyaAllah. sebab Harga sangat lah berbaloi dengan apa yang disajikan. Hanya RM85nett (Adult) and RM45nett (below 12). Untuk buat tempahan atau lebih lanjut, boleh hubungi di talian 0321418973.
Dah lah dapat makan, dapat pulak baju Tshirt and Note Pad free dari Zomato! Fuhh i loike ^^

4 Comments

Write Comments
thezofiroh
AUTHOR
June 20, 2016 at 12:01 PM delete

wahh nmpak macam sedap ja semua, hampir terliur kita T.T

Reply To This Comment
avatar
June 20, 2016 at 12:04 PM delete

Tahniah Alja. One step closer to became successful blogger ^^ Buffet tu nmpak best sgt!

Reply To This Comment
avatar
Diana Rashid
AUTHOR
June 20, 2016 at 3:59 PM delete

wah..semua nampak sedap..pertama kali dengar pasal zomato ni..tq..

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤