Teh orang Kampung? Lawas, Langsing, badan Lebih Selesa

June 11, 2016 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Korang Pernah dengar tentang Teh Orang kampung tak? Macam mana? Okeh? Share sikit siapa yang pernah consume Teh Orang Kampung ni.

Alja tengok ramai kata teh ni bagus lelagi untuk orang nak kurus atau erti kata lain detox kan badan. Badan kita ni banyak toksin. Kalau ada 10 barang detox, 10-10 kita nak guna sebab taknak ada satu pun toksin pun dalam badan. Hahaha manusia sungguh.

Alja dulu minum juga air herba ni tapi jenama lain. Iaitu Teh detox clenx yang dutanya Mila AF dan Dafi AF tuh. Siapa tau? Mahai sungguh Teh ni. Dalam satu kotak ada 30 Uncang dan harga dalam around RM30 hingga RM40 macam tuh. Mahal-mahal pun still tak sedar diri lagi. Padahal student lagi, ada hati pakai Teh mahal. Emak Alja pun pakai Teh Uncang Lipton je pun. Hahaha

Itu pun baru beli 2 kotak dalam masa dua tahun. Erti kata lain, Jimat cermat! ^^ Almaklum Alja ni merangkap student tak sedar diri memang camni T_T Minum pun on off. Teh detox clenx ni memang ok. Tapi tak sehebat Teh orang kampung tau! Apa beza?
Antara yang Alja nampak perbezaan bila guna teh orang kampung ni ialah, cara membuang. Cara membuang bila minum Teh Orang Kampung ni lebih cepat tau. Takde istilah “Ha tunggu kejap, nak buat kerja sampai habis” Kalau dia nak keluar, jam tuh jugaklah nak. Hahaha Serius. Ni pengalaman. Kalau Teh Detox Clenx ni pula, Lambat sikit. 30minit sehingga 1 jam tunggu barulah proses pembuangan terasa.

Eh lupa nak bagitahu, Teh orang kampung ni ada 3 jenis. Asli, +Halia dan +Limau Purut. Satu kotak ada 20 uncang. Harga pun lebih murah dari teh detox Clenx. Apa beza ketiga-2 jenis ni? Untuk Original, semua boleh. Untuk yang ada tambahan Halia pula, untuk mengurangkan berat dan membuang angin dalam badan. Untuk tambahan limau purut untuk mengurangkan berat juga serta bau badan.

Lagi satu kan, bila guna Teh orang Kampung ni, badan rasa lebih selesa. Kalau tak macam perut tuh panas tak selesa. Mungkin dia dah buang hampir 10% sehingga 15% toksin kot? Haha. Harap sesuai dengan diri ni. Mana tau boleh Kurus raya ni. Hihi nanti bolehlah pakai balik baju tersadai dalam lemari tuh :D

Kalau ada pengalaman minum Teh Orang Kampung ni, bolehlah share dengan Alja atau isu pasal Teh ni pun boleh ^^

8 Comments

Write Comments
Ahmad Hasif
AUTHOR
June 12, 2016 at 5:53 PM delete

fuh lama betul tak dengar ayat teh orang kampung ni.. haha..
kurus eh? itu tak sure la.. haha..
kena excercise juga ni..

Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...

Reply To This Comment
avatar
syima yusuf
AUTHOR
June 19, 2016 at 2:02 PM delete

Adik syima try juga teh orang kampung ni, berat dia banyak turun

Reply To This Comment
avatar
February 9, 2017 at 11:57 AM delete

Saya setuju the org kmp memang hebat SB saya Gina 7/1/17 sampai Hari ini memang kagum n saya tak ADA perkataan YG hebat utk memuji teh kmp ini. Hebat hebat pakaian lama say muat horaiiiiiii ... org ckp saya gemuk ,buntut goyang besar Tapi Hari ini day dgn gaya nya wow tqvm the org Kampung. Salute

Reply To This Comment
avatar
Eida Semutz
AUTHOR
April 25, 2017 at 12:02 PM delete

Perisa apa yang cepatkan turun badan ye?

Reply To This Comment
avatar
Ummi Karina
AUTHOR
April 29, 2017 at 5:23 PM delete

Sy pun dah lama amal minum ni tapi bkn untuk kurus tapi susah nak membuang sejak minum ni bdn rasa ringan cikit dan takda sembelit lagi disamping boleh turunkan berat badan😊

Reply To This Comment
avatar
June 7, 2017 at 6:01 PM delete

Nak tnya 1 uncang brapa kali blh pakai ye ?

Reply To This Comment
avatar
Nur Alja
AUTHOR
June 9, 2017 at 4:08 PM delete

@Ahmad Hasif haha betul kena sekali dengan eksesai kalau nak cpt kurus. tapi jenis taknak cpt, boleh je minum Teh org kampung ni.

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤