Tropicana sponsor 1000 tiket KTM dari KL Sentral ke 4 kawasan secara PERCUMA!

June 11, 2016 1 Comments A+ a-

Tropicana sponsor 1000 tiket KTM dari KL Sentral ke 4 kawasan secara PERCUMA!

Assalamualaikum Hai semua. Ada dengar-2 tentang Tiket KTM secara Percuma tak? Ha mai Alja nak share. Program ni merupakan satu program yang dinamakan “Eratkan Jalinan Dengan Tropicana Twister (KTM)”. Pada tahun ini, mereka akan mengedarkan sehingga SERIBU (1000) tiket perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) iaitu KTM Intercity dan Electric Train Service (ETS) secara PERCUMA. Diulangi, secara PERCUMA!

Tiket yang diberi ini adalah dari KL Sentral dan meliputi ke sector Utara, Selatan, dan Pantai Timur. Tujuan tiket ini diberi adalah supaya korang berpeluang berhari Raya dan berkumpul bersama keluarga tersayang. TERUTAMA kepada yang duduk jauh dan nak balik ke kampung halaman (Dari KL Ke JB, Tumpat, Ipoh dan Padang Besar) Lelagi buat pelajar. Pelajar kan tak dapat elaun tiket. Jadi inilah masanya peluang korang. Grab cepat! :D

Info Penebusan
Tarikh : 12 Jun 2016 (Ahad)
Masa : Bermula jam 10 pagi
Lokasi: Pintu Pagar B (Gate B), Aras 2, KL sentral

Tarikh dan Masa Pelepasan
  • KL Sentral ke Johor Bharu Sentral – 3 Julai 2016, Jam 11.59 Pagi
  • KL Sentral ke Tumpat – 3 Julai 2016, Jam 8.00 Malam
  • KL Sentral ke Ipoh – 4 Julai 2016, Jam 12.30 Petang
  • KL Sentral ke Padang Besar – 4 Julai 2016, Jam 9.30 Pagi

Terma dan Syarat (Antaranya)
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap di Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas KECUALI kakitangan KTMB, Penganjur, Wakil atau ejen berkaitan serta ahli keluarga terdekat.
  • Peserta tidak akan dikenakan sebarang bayaran dan tiket TIDAK BOLEH ditukar dengan wang tunai.
  • Setiap Peserta hanya boleh menebus MAKSIMUM DUA (2) tiket Sahaha bagi mana-mana KTM Intercity atau ETS, dalam satu masa.
  • Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan kempen serta tarikh penebusan.
  • TIKET TIDAK BOLEH DIBATALKAN
  • Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terawal. 

 Jadi apa lagi? Mana yang duduk di lokasi yang tersenarai ni, boleh lah datang esok dan rasanya students dah start cuti. Alja start cuti 2hb tapi alja duduk kl je T_T haha Sekarang dah ada peluang, percuma lagi. Rezeki ^^

1 Comments:

Write Comments
Afif Rayyan
AUTHOR
June 12, 2016 at 12:57 AM delete

Perkongsian yang menarikkk

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤