Sunday, July 17, 2016

Majlis Iftar Denaihati Network, Adi Putra, AHB EQurban & Jopana bersama Blogger

Publish on : 10:54 PM There is : 2 Comments Labels : , ,
Assalamulaikum hi semua. Dah berminggu-minggu tak berupdate. Ya ampun mood kalau dah malas. Jangan cakap lah. Nak pandang lappy pun payah. Plus, time ni dah start masuk sem belajar balik, dengan final project, mmg kurang masa dengan lappy. Haha ni cerita dua minggu lepaih and will update entry sampai event ke minggu akhir puasa. Kau ghase? Simpan stok entry ke T_T hahaha
Time ni Tuan Haji Amir denaihati tengah berucap ^^
18 Jun 2016 yang lepas, kalau hangpa tgk calendar hari sabtu kalau tak silap. Alja pergi berbuka puasa dengan Denaihati Network, Adi Putra, AHB EQurban & Jopana bersama Blogger di The Club Bukit Utama. Tahun ni punya tak ramai sangat blogger datang lelagi Alja yang baru first time join event dibawah Denaihati Network ni. Hihi

Masa datang, daftar dulu ambik goodies bag yang diberi then duduk semeja dengan AHB. Memang segan lah, kita ni budak baru belajar, dorang semua otai otai pro pro ^^ Sebelum kita tunggu waktu berbuka, kita dengar dulu tazkirah. Nak dengar sama? Tak boleh dengar, meh Alja share.
Time ni Haji Adi Putra tengah berucap
Di mana rezeki ku?
Firman Allah, “Dan dilangit ada rezeki mu...”
Jadi Kita kena yakin, Allah Maha Pemberi Rezeki. Halal ganjaran ke syurga, haram ganjaran ke neraka. Apa sahaja kita minta, Allah beri. Tapi pilihlah yang membawa kita ke syurga. Ada tuh, Gaji Beribu pun masih rasa tak cukup. Ada pulak gaji sikit cukup-2 makan, dah rasa cukup sangat. Kenapa jadi macam tuh? Kenapa kita rasa tak cukup? Sebab 3 perkara ni,

  • Nak lebih (Gaji 5K tak cukup, nak lebih lagi. Padahal nak melebihi cukup)
  • Nak mewah (sebelum ni kita ada kereta kancil, kereta biasa je. Tapi rasa nak mewah, ha beli lagi kereta lagi besar. Kereta rushhh pulok)
  • Nak lawan (Asyik kerja nak melawan apa yang patutnya)
Kalau dah macam ini jadinya, tidur siang malam pun, kerja siang malam pun akan rasa tidak cukup. Allah..

Jom belajar Sifir rezeki. Sifir rezeki ni macam sifir matematik juga. Sifir salah kira,  musibah berlaku. Macam tuh juga rezeki kita. Sifir ni adalah duit tapi duit bukan wang. Duit ialah DOA. Ingat tak firman Allah tadi?
Masa ni Ustaz tengah bagi tazkirah sementara kita tunggu waktu berbuka
Sebab rezeki kita di langit, kita kena berdoa. Tapi doa sahaja tak cukup. Kena juga diselitkan usaha serta ilmu dan Tawakal akhir sekali. Minta pada Allah rezeki ini. Minta sahaja tak cukup, dan bertebaran lah kamu untuk mencari rezeki. Jadi kita kena pergi bekerja disamping berdoa.

Jenis rezeki ni ada banyak antaranya,Rezeki Haram, rezeki halal tapi tak berkat, rezeki halal dan berkat, Akhir sekali, rezeki halal plus dan berkat plus. Dah mestilah kita nak rezeki yang plus berkat plus kan?

InsyaAllah jom kita ubah agar apa yang kita ada sekarang, cukup buat kita.

Dan akhirnya marilah kita melayan gambar-2 ...
Antara Blogger yang pergi ke sini
and yeah, dekat situ ada WePrint, Mana yang nak gambar terus, takpayah cuci kedai. Cuci terus dekat WePrint. Hahaha tapi berebut dok ambik nombor code, macam main game dah gaya. Hahaha Cantik tau kaler bila di-print :D
Orang-2 yang bertanggungjawab menguruskan WePrint
Barang-2 yang ada di dalam Goodies bag
Antara gambar yang di print. Cantikkan? :D
ok itu sahaja untuk cucian mata korang di blog Alja, Harap happy lihat gambar-2 yang Alja jamukan ni. hihihi 

2 comments:

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .