NurAlja di Akhbar Berita Harian : Bahagian Skor Didik (Blogger Remaja) | 10 August 2016

August 14, 2016 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai semua. Ya ampun busy sangat , baru sekarang rasa nak update blog. Minggu lepas, Hari rabu, siapa ada beli Akhbar Berita Harian (BH) 10 Ogos 2016 punya?

Dalam akhbar tu ada Alja di bahagian Skor Didik. Alhamdulillah merasa juga masuk akhbar. itupun sebab Alja share gambar-2 dengan blogger-2 otai. hihi. Oh ya, cuma ralat dalam tu tulis nama 'Alya' nasib baik nama full kita betul tau. hihi

Sambung balik, Alhamdulillah lah, ni first time masuk dalam akhbar, ni merupakan pengalaman baru bagi Alja. InsyaAllah first step juga dalam bidang blogger. Mungkin akan lebih fokus dengan blog ni.

Melalui Tajuk besar "Nur Aljawahir mahu menarik lebih ramai pengikut melalui kandungan entrinya" , memang Alja nak sangat tarik lebih ramai orang baca entri di blog Alja. Tapi ambik masa sebab Alja sekrang busy, Tapi still curi-2 masa untuk Update entri. InsyaAllah Entri bermanfaat.

Sebab kita sekarang zaman berteknologi. Semua benda pun google. Nak cari maklumat Assigment pun kita google. Nak cari review berkaitan sesuatu produk yang bakal kita guna pun kita google juga. Pokoknya, dari secebis-2 kuman pun kita pasti google. betul tak?

Jadi, sebab tu Alja nak lebih serius dalam update entri ni. Nak tarik ramai pembaca sambil fikir idea baru mengikut zaman, peringkat umur dan sebagainya. Apapun still lagi perlukan ilmu. Sekarang pun Blogger Otai Hasrul Hassan ada update memacam tips untuk blogger, jadi Alja selalu save dulu. Sebab busy sampai tak dapat nak bukak.

Blogger kecik macam alja ni memang sentiasa perlukan ilmu. Kalau sudi, share-share lah ye. InsyaAllah, doakan yang baik baik untuk Nur Aljawahir ye ^^

Food Review: Burger Rio Mcdonals. Betul ke pedas?

August 07, 2016 2 Comments A+ a-


Assalamualaikum hi semua. Wah Sekarang Mcdonald ada burger baru lah. Tahu tak? Alja sebenarnya tak tahu pun. hahaha, kawan Alja yang bagitahu. Jadi harituh, Alja pun cuba lah. Padahal baru lepas sihat dari skait perut. Apa kena mengena burger RIO dengan sakit perut? sebab dorang yang dah pernah makan kata, burger RIO ni pedas sangat-sangat. sampai berair mata. Tapi betul ke pedas sampai berair mata?
Review dari Alja, burger ni tak pedas sangat. Tak tahu lah sebab ada je yang kata burger ni makan sampai rasa nak menangis. Bagi Alja, Kalau dibandingkan dengan ramen suapan yang ke-5, mungkin ramen lagi pedas. Tapi tengok atas diri memasing lah.

Burger RIO ni lain dari burger mcdonald yang lain. Yang ni rasa umpp lebih sikit. kihkih. Apapun, kena try baru tau. Tak try mana nak tahu. kan kan kan?









Mencari Blogger untuk job post review - Tuan Syed

August 07, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua, Last two weeks Alja dapat job post review oleh Tuan Syed. Review ni ada token, maksudnya Job berbayar. Alhamdulillah ada duit tepi tambahan bulan ni.

Biasalah kalau kita review apa sahaja, lepas kerja memuaskan baru dibayar. Jadi kalau rasa, berminat. Boleh contact Tuan Syed. Lepas kerja memuaskan, memang payment pun masuk cepat je. Harini post, esok dah dapat. Berminat?

Kalau beminat, Hantarkan butir-2 seperti yang diminta didalam gambar tuh di Bahagian Komen FB Tuan Syed.

P/s: Tuan Syed dan Puan Ain yang suruh war-warkan benda ini. Rezeki, kita kongsi sama sama. InsyaAllah ^^ Kan dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain juga :D


Movie Review: Cerita KABALI banyak cut scene ?

August 07, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum Hi semua, dah tengok belum citer Kabali? Bukan senang nak tengok Rajnikhan berlakon dekat Malaysia dengan Artis Malaysia tau tau. Alja dah tengok, Jumaat lepas dekat Aeon Rawang. Lepas habis kelas, berdesup ke Rawang tengok wayang dengan Kawan kelas, Susi mardiani.

Memang lah rasa menakjubkan sebab ni Filem pertama yang pelakon Raja No1 berlakon pulak tuh, iaitu Rajnikhan. Siapa tak kenal? Kalau anda peminat cerita Tamil/India. Selalu tgk TV2, Channel Astro 108, 201, 202. confirm kenal siapa ni. Memang Raja sangat. Alja suka okeh.

Dalam wayang harituh tak ramai, sebab maybe pagi. Ada dua version, Tamil dan Bahasa. Jadi Alja tengok version Tamil. Takkan nak tengok bahasa kan? Kata KABALI. haruslah menikmati bahasa tamil. baru superb. hihi.

Masa tgk wayang, Alja dengan kawan Alja je bising, nasib baik lah tak ramai orang. Kalau ramai, dah kena keluar agaknya. tapi tak bising macam pasar, just borak berdua sebab ketidakpuasan hati cerita, time dia sedih, time berlawan apa semua tuh je. Takde lah buat macam rumah sendiri. 
Yang tak syok, Banyak Part kena cut. Dalam 5-6 scene yang dipotong. Nampak ketara sangat potongnya. Jadi bila tgk rasa macam, pahal dia cut? pahal? pahal? hahaha Then ingat watak Rosyam nor tuh watak utama macam Rajnikhan and Tony tuh. Rupanya just pelakon tambahan, sampaikan tak kenal dia time dia rambut panjang.

then time ending pulak, macam ada sikit tak faham, ke tergantung? sebab lepas kabali kena tangkap. Terus serentak cakap dengan kawan "Lah pahal kena tangkap?" lah endingnya macam ni? lah lepas ni apa? lah lah lah dan keluarlah engko ke pintu Exit itu.

Tapi apa pun, citer dia best lah. Kalau bagi rating pun, dalam 3-4/5. Apapun jangan lah letak harapan tinggi. Janganlah ingat citer ni macam kita tgk citer Tamil/Hindutan selalu tuh. Ok? Itu je Alja rasa. Overall ok ok sahaja :) Apapun, kalau rasa nak tengok atau tidak, terpulang pada individu. Tgk Trailer kata best, pergi lah tgk. Kalau tak best, Tgklah citer lain. hihi :)

ok itu sahaja, Ok last kita belanja gambar selpiaqqqq. Blogger dengan gambar mana boleh pisah. yedak? hahahaha.

Pekerja SoxWorld biadap?

August 07, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum, hi semua. Semalam, lepas balek dari kenduri Kahwin of the year #ShawnYayaWedding, terus pergi tengok wayang dekat TS, habis tgk wayang (Alone), terus jumpa kakak-2 dekat sungei wang plaza.

Malam tuh, singgahlah SoxWorld, sebab anak buat nak beli stokin. Tapi yang sedihnya, Rasa macam biadap layanan Pekerja SoxWorld Sungei Wang ni. Baru pkl 8 malam kot. dorang dah buat muka kerut-2 malas layan. Sampai pergi tutup pintu. Kalau dah mmg nak tutup, cakap lah bebaik. Bukan kita nak mengemis pun.

Bayangkan, Kita datang rumah orang. Kita baru nak masuk. Tapi Tuan rumah buat muka annoying sangat. macam kita rompak rumah dia. Dah lah kita datang, lepastuh tutup semua apa yang ada. sakit hati tak?

Kalau kena kat alja ni, alja belah je ni. sebab kat pasar pun ada jual stokin. So tak terkesan kalau tak beli. Bukan rugi mana. SoxWorld kan. Nasib baik kakak aku yg beli.

Kekadang, bukan salah Big Boss tuh, tapi salah pekerja-pekerja. Dah minta kerja, bila dah dibagi, buat kerja nak taknak. Macam kita datang nak mengemis.

So kepada seller apa pun, seller kecik ke besar ke, promoter ke, pekerja biasa ke pekerja luar biasa je, partime ke, full time ke. Takpayah haih buat gitu. Meluat rasa. Semua kerja pun penat. Tidur pun kekadang penat.

Lagi satu, tak nak lah follow belakang kitaorg macam kitaorang bawa satu guni nak masukkan semua barang-2 tuh dalam guni tuh pulak. Bagi sikit Privasi. Tengok dari jauh sudah lah. tak perlulah ikut sampai bontot. Kalau boleh bontot, bahu, badan sampai berlaga. rimas wey T_T hahahaha

NARRATRS : Jana Income melalui Instagram dan Facebook ^^

August 04, 2016 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi korang. Alja straight to the point ye. Korang pernah dengar tentang website NARRATRS tak? NARRATRS merupakan satu website buat pengguna media sosial yang dapat menjana income tepi. hahaha

Hampir kesemua kita mesti ada akaun Instagram kan? Tak pun Facebook? Sambil-2 korang layan post-2 kawan-2, apa kata korang post satu kerja yang diberi oleh NARRATRS. NARRATRS akan beri satu kempen untuk kita post ke media sosial kita.

Duit yang kita dapat, dalam USD. Kalau ada akaun PAYPAL lagi bagus. Sebab NARRATRS perlukan akaun PAYPAL untuk transfer duit USD hangpa tuh ;) Best kan? Sambil-2 Online, duit pun masuk. Tak cuba tak tahu. InsyaAllah.
Boleh pilih sama ada nak Sign up guna Instagram atau Facebook 
Dah Sign up? Isi butir-2 Nama dengan Email yang AKTIF tau.
Then, scroll bawah sikit, update profile pulak
isi Paypal Email. SAVE PROFILE! Yeay.
Dan ini merupakan kempen pertama yang keluar, Fahamkan syarat-2 yang diberi then Post ^^

Tadaaa siap! senang kan? Nak juga? Jom lah join NARRATRS. Tekan Link tuh ye then Sign Up ^^ Goodluck.


P/s: Screenshot guna hp je, Kan smartphone :p haha

Product Review: Susu Ensure FOS. Baik untuk penghadaman

August 02, 2016 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Siapa ada ternampak post Alja pasal susu ENSURE ni dekat Facebook atau Instagram tadi pagi? Yes, Alja ada citer serba sikit tentang susu ni dekat situ, sekarang nak bual panjang. tak panjang sangat. Silalah snggup tadah. haha

Ok, last week hari Rabu, Alja tak sihat. Tak tahu sebab gastrik yang makin teruk atau salah makan. Sebab sebelum sakit, hari selasa minggu lepas Alja makan tauhu bakar, teringin punya pasal, jadi belilah dekat pasar malam dekat behrang 2020 ni. Alja makan malam, Rasa tauhu tuh dah masam, maybe sebab ada timun, jadi buanglah.

Maka, keesokkannya, rasa mual nak muntah. Tapi still boleh tahan, sampai tengah hari, mula rasa mual makin kuat. Sampai rasa malas nak pergi kelas sebab kepala dah berat, rasa nak muntah lagi. Perut pulak sakit semacam, berbisa sangat sangat.

Tapi tetap juga pergi kelas, sebab malas nak skip and rasa boleh tahan, time tuh kelas Autocad, bila tak larat, menyandar je lah dekat kerusi. Nasib baik kerja berkumpulan, jadi kerja kawan buatkan, tapi memula kerja Alja yang buat tapi bila dah berpinar sangat, terus pass dekat depa. Thankyou Rara, Nonie and Susi.

Petang tuh dah start sakit makin kuat. Dah tak senang duduk, kaki tangan gigil, perut sakit sangat. Hp kat tangan pun campak je sebab takde mood nak tengok. So decided pergi Klinik 1 Malaysia je lah. Ingat salah makan. Tapi lepas makan ubat, tertonggeng tidur dah macam mentadak mentadok macam mana Alja tidur :p hahaha abaikan.

Balik kelas tuh baring je, bebetul tak larat sebab ini kali pertama rasa sakit masa berjauhan dengan family. Menangis tahan sakit sebab sakit sangat even dah makan ubat. Sampai Housemate pujuk gi klinik. Siap Rara bancurkan air garam yang dapat dari klinik. Still tak kebah. Malam itu pun bawaklah pergi Hospital Slim River. Esoknya dapat MC, then emak suruh balik rumah, kakak ambikkan. balik rumah, emak alenkan guna telur, buatkan sup ketam. Kebah sikit sikit je. Pelikkan?
Sampailah Emak dengan Kakak bagi Alja try minum Susu Ensure ni. Best, Kenyang. Tak makan seharian pun takpe sebab memang kenyang. Sedap pulak tuh, rasa Vanila. siapa tak suka wey? hahaha

Perut pun makin lama makin ok. Sebab susu Ensure ni doktor pun sarankan tau, sebab sangat elok. Kuatkan imune dalam badan, kuatkan tulang tulang kita dan baik untuk penghadaman. Susu ni didatangkan dengan 2 perisa iaitu Vanila dan coklat. Rasanya perisa coklat ada dalam tin kecil sahaja.

Cara minum pun senang, sebab dalam tin dah ada sudu macam sudu tin susu baby tuh, tapi ni lagi panjang. Setiap pagi Minum 150ml air (air suam je, jangan panas sangat, taknak sejuk sangat) then bubuh 6 sudu susu ENSURE. Goncang-2 dan minum! Yummy sedap sangat. Harga pun berpatutan.

Kenapa Alja recommend sangat? sebab susu ni sedap, tak berbau, bau pun bau vanila, sesuai untuk lelaki dan perempuan, Cara buat pun senang. Mengenyangkan lagi. Sesuai untuk Alja dan orang-2 yang acah-2 tak makan pagi and busy sangat pagi-pagi tuh. hahaha Sekian review ikhlas dari Alja.
Btw, Thankyou housemate kita yang caring, gaya ala ala doktor and emak-2 sampai kita serba salah sebab dah susahkan korang kena hantar itu kena pujuk ini. Sayang Aini, Nonie, Fadhilah, Mashitah, Rara, Susi, Atie, Ida and Dylaaa :)


Product Review : Minyak Herba Asma Mujarab

August 01, 2016 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi semua. Seminggu sakit, nak update blog pun tangguh-2 T_T sekarang dah sihat sikit lepas makan sup ketam hasil kasih sayang air tangan emak. hihi.

Alja nak share satu minyak urut. Pernah nampak tak minyak macam gambar yang Alja tunjuk dekat atas tuh? Minyak Herba Asma Mujarab. Tak pernah dengar? pernah dengar? ha tak kisah lah, nak juga korang dengar Alja share ni. hahaha. Apa bagusnya minyak ni? Ha kenalah baca.

Korang ada masalah sakit luaran tak? macam Kembung perut, Terkena api, digigit binatang, tergeliat, sakt gigi? terutama batuk, lelah dan Asma? ada ada ada? Ha kalau ada, cuba try test guna minyak ni, bau minyak ni macam minyak gamat. Lebih baik kita cegah awal awal kan :)

Review dari Alja, Biasalah tgh sakit ni, mesti ad rangkaian batuk, selsema kan. Alja batuk, alja sapu dekat dada dengan leher, hihi ada ok sikit. Kalau tak, sampai nak bernafas pun susah sebab batuk. bila dah rasa reda tuh, rasa fuh lepas seksa dunia. hihi. Alhamdulillah.

Ha amaran keras, dah nama pun minyak, UNTUK SAPU LUARAN SAHAJA tau, jangan hangpa pi minum pulok. Jadi lain kang. hahaha.

Itu Review dari Alja, nak tengok review dari orang lain tak? Meh Alja share meh.
[ Tak nampak? Tekan je gambar ni]
[ Tak nampak? Tekan je gambar ni ] 
Ha tengok? Minyak yang bukan calang-calang. InsyaAllah, Apa pun, kita kena usaha juga mengatasi apa jenis penyakit. Setiap penyakit kan ada ubatnya, kecuali MATI. Jadi, Jom lah mencuba produk ni, Alja dah guna. Lepas ni lenguh badan, boleh lah sapu.

dan, yang penting kalau nak beli, Mestilah yang ORIGINAL tau. Bukan yang FAKE. Nak tahu Original macam mana? ok Alja tunjuk dekat angpa nah.
Yang Asli macam dekat atas ni, ada Hologram, QR COde dan No Siri 

Nak juga tak? Kalau nak cuba, Hubungi nombor atau pergi ke website yang Alja kongsi dibawah ni :)


NO TEL HQ: Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner) ATAU
En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran).