Sunday, August 7, 2016

Movie Review: Cerita KABALI banyak cut scene ?

Publish on : 1:05 AM There is : 2 Comments Labels : ,
Assalamualaikum Hi semua, dah tengok belum citer Kabali? Bukan senang nak tengok Rajnikhan berlakon dekat Malaysia dengan Artis Malaysia tau tau. Alja dah tengok, Jumaat lepas dekat Aeon Rawang. Lepas habis kelas, berdesup ke Rawang tengok wayang dengan Kawan kelas, Susi mardiani.

Memang lah rasa menakjubkan sebab ni Filem pertama yang pelakon Raja No1 berlakon pulak tuh, iaitu Rajnikhan. Siapa tak kenal? Kalau anda peminat cerita Tamil/India. Selalu tgk TV2, Channel Astro 108, 201, 202. confirm kenal siapa ni. Memang Raja sangat. Alja suka okeh.

Dalam wayang harituh tak ramai, sebab maybe pagi. Ada dua version, Tamil dan Bahasa. Jadi Alja tengok version Tamil. Takkan nak tengok bahasa kan? Kata KABALI. haruslah menikmati bahasa tamil. baru superb. hihi.

Masa tgk wayang, Alja dengan kawan Alja je bising, nasib baik lah tak ramai orang. Kalau ramai, dah kena keluar agaknya. tapi tak bising macam pasar, just borak berdua sebab ketidakpuasan hati cerita, time dia sedih, time berlawan apa semua tuh je. Takde lah buat macam rumah sendiri. 
Yang tak syok, Banyak Part kena cut. Dalam 5-6 scene yang dipotong. Nampak ketara sangat potongnya. Jadi bila tgk rasa macam, pahal dia cut? pahal? pahal? hahaha Then ingat watak Rosyam nor tuh watak utama macam Rajnikhan and Tony tuh. Rupanya just pelakon tambahan, sampaikan tak kenal dia time dia rambut panjang.

then time ending pulak, macam ada sikit tak faham, ke tergantung? sebab lepas kabali kena tangkap. Terus serentak cakap dengan kawan "Lah pahal kena tangkap?" lah endingnya macam ni? lah lepas ni apa? lah lah lah dan keluarlah engko ke pintu Exit itu.

Tapi apa pun, citer dia best lah. Kalau bagi rating pun, dalam 3-4/5. Apapun jangan lah letak harapan tinggi. Janganlah ingat citer ni macam kita tgk citer Tamil/Hindutan selalu tuh. Ok? Itu je Alja rasa. Overall ok ok sahaja :) Apapun, kalau rasa nak tengok atau tidak, terpulang pada individu. Tgk Trailer kata best, pergi lah tgk. Kalau tak best, Tgklah citer lain. hihi :)

ok itu sahaja, Ok last kita belanja gambar selpiaqqqq. Blogger dengan gambar mana boleh pisah. yedak? hahahaha.

2 comments:

  1. Fuh nasib tak tgk.. Hehe.. Ari tu masa launch ada citer Tamil hantu tu dgn kabali.. Jd pk tgk citer hantu tu la.. Serius bez giler..

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .