Tuesday, August 2, 2016

Product Review: Susu Ensure FOS. Baik untuk penghadaman

Publish on : 9:40 PM There is : 4 Comments Labels :
Assalamualaikum hi semua. Siapa ada ternampak post Alja pasal susu ENSURE ni dekat Facebook atau Instagram tadi pagi? Yes, Alja ada citer serba sikit tentang susu ni dekat situ, sekarang nak bual panjang. tak panjang sangat. Silalah snggup tadah. haha

Ok, last week hari Rabu, Alja tak sihat. Tak tahu sebab gastrik yang makin teruk atau salah makan. Sebab sebelum sakit, hari selasa minggu lepas Alja makan tauhu bakar, teringin punya pasal, jadi belilah dekat pasar malam dekat behrang 2020 ni. Alja makan malam, Rasa tauhu tuh dah masam, maybe sebab ada timun, jadi buanglah.

Maka, keesokkannya, rasa mual nak muntah. Tapi still boleh tahan, sampai tengah hari, mula rasa mual makin kuat. Sampai rasa malas nak pergi kelas sebab kepala dah berat, rasa nak muntah lagi. Perut pulak sakit semacam, berbisa sangat sangat.

Tapi tetap juga pergi kelas, sebab malas nak skip and rasa boleh tahan, time tuh kelas Autocad, bila tak larat, menyandar je lah dekat kerusi. Nasib baik kerja berkumpulan, jadi kerja kawan buatkan, tapi memula kerja Alja yang buat tapi bila dah berpinar sangat, terus pass dekat depa. Thankyou Rara, Nonie and Susi.

Petang tuh dah start sakit makin kuat. Dah tak senang duduk, kaki tangan gigil, perut sakit sangat. Hp kat tangan pun campak je sebab takde mood nak tengok. So decided pergi Klinik 1 Malaysia je lah. Ingat salah makan. Tapi lepas makan ubat, tertonggeng tidur dah macam mentadak mentadok macam mana Alja tidur :p hahaha abaikan.

Balik kelas tuh baring je, bebetul tak larat sebab ini kali pertama rasa sakit masa berjauhan dengan family. Menangis tahan sakit sebab sakit sangat even dah makan ubat. Sampai Housemate pujuk gi klinik. Siap Rara bancurkan air garam yang dapat dari klinik. Still tak kebah. Malam itu pun bawaklah pergi Hospital Slim River. Esoknya dapat MC, then emak suruh balik rumah, kakak ambikkan. balik rumah, emak alenkan guna telur, buatkan sup ketam. Kebah sikit sikit je. Pelikkan?
Sampailah Emak dengan Kakak bagi Alja try minum Susu Ensure ni. Best, Kenyang. Tak makan seharian pun takpe sebab memang kenyang. Sedap pulak tuh, rasa Vanila. siapa tak suka wey? hahaha

Perut pun makin lama makin ok. Sebab susu Ensure ni doktor pun sarankan tau, sebab sangat elok. Kuatkan imune dalam badan, kuatkan tulang tulang kita dan baik untuk penghadaman. Susu ni didatangkan dengan 2 perisa iaitu Vanila dan coklat. Rasanya perisa coklat ada dalam tin kecil sahaja.

Cara minum pun senang, sebab dalam tin dah ada sudu macam sudu tin susu baby tuh, tapi ni lagi panjang. Setiap pagi Minum 150ml air (air suam je, jangan panas sangat, taknak sejuk sangat) then bubuh 6 sudu susu ENSURE. Goncang-2 dan minum! Yummy sedap sangat. Harga pun berpatutan.

Kenapa Alja recommend sangat? sebab susu ni sedap, tak berbau, bau pun bau vanila, sesuai untuk lelaki dan perempuan, Cara buat pun senang. Mengenyangkan lagi. Sesuai untuk Alja dan orang-2 yang acah-2 tak makan pagi and busy sangat pagi-pagi tuh. hahaha Sekian review ikhlas dari Alja.
Btw, Thankyou housemate kita yang caring, gaya ala ala doktor and emak-2 sampai kita serba salah sebab dah susahkan korang kena hantar itu kena pujuk ini. Sayang Aini, Nonie, Fadhilah, Mashitah, Rara, Susi, Atie, Ida and Dylaaa :)


4 comments:

  1. Erm.. Alja ni pandai la goda orang.. (esok nk gi Mydin cari.. hehe..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Alja share benda yang baik :D

      Delete
    2. kat mydin ade ke susu ni,,,,?

      Delete
    3. Alja tak pasti dekat mydin ada jual atau tak, Alja tgk website online mydin, depa tak tulis pun susu ni. Alja beli susu ni dekat Farmasi ^^ Awak blh cari dekat mana-2 Farmasi. Atau mana-2 supermarket mcm 99 tu :)

      Delete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .