Thursday, September 15, 2016

Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Face Mask

Publish on : 1:09 AM There is : 0 Comments Labels : , , ,
Assalamualaikum semua, Alja nak share satu produk ni semalam, tapi Line celcom makin lama makin teruk pulak. siapa perasan line celcom makin lama makin tabaguna? Sebab tu makin lama makin jarang update, sebab line tabaguna ni lah. kang ada yang kena bakar kang. hahaha.

ok kembali ke topik asal, siapa pernah dengar tentang Face Mask dari Ecowell tak? sebelum ni Alja ada bercerita tentang Face Tonic dari Ecowell. Ada Baca tak? Tak perasan? takpe, boleh click dekat bawah ok.


ok, kalini alja nak share tentang produk salah satu produk trial ecowell iaitu Face Mask Hyaluronic Acid And Aloe Vera. siapa pernah cuba? atau pernah dengar tentang ni?
Face mask ni merupakan salah satu produk dalam set trial organic facial care series tau. Yang bestnya produk ni, memang guna 100% bahan organik. bau pon tak bau kuat sangat, soft je. Bila letak dekat muka pun rasa ringan je. tak berat atau tak rasa melekit. Face mask ni salah satunya adalah dapat melicinkan kulit.

Face Mask Hyaluronic Acid And Aloe Vera dapat,
  • Menghidrat, menyuburkan dan melindungi kulit dengan bantuan Asid Hyaluronic, Aloe Vera dan Vitamin B5
  • Mengurangkan garis-garis halus, meremajakan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda dengan lapisan menambah kelembapan
  • Acid Hyaluronic dapat mengekalkan kelembapan (1000 ml air setiap gram asid hyaluronik)
  • Menjadikan Kulit lebih lembap dan lebih anjal, licin dan kelihatan muda.
  • Aloe Vera Extract membersihkan, melembutkan dan melembapkan kulit
  • mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garisan nipis dan kedutan dan memberi kulit kelihatan sihat, muda dan cantik.
  • Ia adalah aktiviti penyembuhan yang kuat di peringkat epitelium kulit dan bertindak sebagai lapisan perlindungan yang membantu menambah kelembapan kulit. Kerana kualiti pemakanan dan antioksida, juga menyembuhkan kulit.
  • Panthenol (juga dikenali sebagai Provitamin B5) mempunyai keupayaan semula jadi adalah pelembap dan pelinciran sebatian yang mempunyai keupayaan untuk menarik dan tahan kelembapan untuk menenangkan dan secara semula jadi menjana semula kulit.

Tengoklah tekstur dia, tak cair sangat tak keras sangat. sedang elok je. and kalau korang perasan, dekat cecair tu macam ada bintik-2 hitam.

Cara penggunaan: Gunakan satu atau dua kali dalam seminggu. Ambik setitik dua dan membersihkan muka, Tunggu 10-15 minit dan kemudian bilas muka anda dengan air suam. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan selepas membersihkan kulit dengan ECOWELL pembersih (Liquid Facial Soap)
Bahan-bahan: Aqua, Sodium PCA, Ekstrak Aloe Barbadensis Leaf, D-Panthenol, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, ** Ekstrak Chamomilla Recutita, asid benzoik, asid Dehydroacetic, Perfume.

Atas tu wajah Alja tengah pakai Face mask, tengoklah, rasa tak berat. Pakai macam tak pakai. sebab benda ni bebetul rasa menyerap ke muka. bila dah bilas dengan air suam, muka pon rasa segar semacam je tau. Ok, bawah ni merupakan salah satu review pengguna Face mask


Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,

  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Yang single pack punya 150ml, RM138.00. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,


No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .