Wednesday, September 21, 2016

Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream

Publish on : 11:54 PM There is : 0 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum hai korang. Alja nak share satu lagi produk dari Ecowell. ni produk yang ketiga yang akan Alja tunjukkan dekat korang iaitu Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream dari ECOWELL.

Dalam produk trial yang Alja guna, Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream adalah satu satunya produk trial yang paling 'ala cikucikuci comel' sebab kecik je. hahaha tengok gambar bawah ni bahagian kiri sekali. kecik-kecik pon cukup sebulan. sebab benda ni tak perlu pakai banyak-banyak.

Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream adalah produk yang memberikan perlindungan dan pelembab krim formulised untuk penjagaan muka yang sensitif. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream adalah rumusan krim yang tidak berminyak pada kulit dan cepat menyerap.
Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream terdiri daripada Bahan-bahan seperti vitamin E, minyak argan organik, minyak aprikot organik dan minyak organik yang mempunyai pelembap yang sangat kuat dan kesan melindungi. Ia akan Memberikan kesan pelembab pada kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan smooth. Dengan adanya formula sebegini, ia dapat menyerap dengan cepat dan sesuai untuk 'menepek' nya sebelum korang ber-make-up.

Vitamin E adalah salah satu daripada 5 nutrien yang paling kuat yang meberikan kesan anti-penuaan pada kulit. Ia terkenal dengan kandungan yang tinggi dengan sifat antioksidan, membantu melindungi kulit daripada penuaan serta dapat meremajakan kulit. Ia adalah salah satu daripada bahan-bahan pelembap yang paling berkesan dalam penjagaan kulit dan ia adalah penting untuk kesihatan kulit.

Argan Oil adalah penyembuhan dan kaya dengan vitamin A dan vitamin E. Ia juga penuh dengan antioksidan, Omega-6 asid lemak, dan asid linoleik. Apabila disapu pada kulit, ia memudahkan keradangan, melembapkan kulit dan membantu untuk meningkatkan pengeluaran sel di samping menggalakkan kulit yang sihat dan rambut.
Kaya dengan Vitamin A, minyak aprikot dapat melembapkan kulit supaya menjadi seimbang dan dari kulit berminyak. Ia amat berguna untuk kulit yang berminyak dan cukup lembut untuk digunakan pada mana-mana jenis kulit. minyak aprikot juga membantu rehydrate kulit kering, sensitif, radang atau terlalu awal penuaan.

Rose Oil mempunyai ciri-ciri pemulihan untuk kulit kering atau halus. Ia mengisi semula kelembapan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus. Ia juga mengandungi ciri-ciri antioksidan, membantu dalam pembaharuan kulit dan merupakan astringen semulajadi mengekalkan kesihatan kulit yang optimum, meninggalkan kulit lembap, licin, dan berseri.

Cara penggunaan: Picitkan sedikit dan sapukan pada kulit wajah. Sesuai untuk siang mahupun malam. Boleh juga diisapu sebelum ber-make-up.
Ingredients: Aqua, Cetearyl Alcohol, Coco-Caprylate/Caprate, Dicaprylyl Carbonate, Glycerin, Cocoglycerides, Tocopherol, Disodium CetearylSulfosuccinate, Phenethyl Alcohol, **PrunusArmeniaca Kernel Oil, **ArganiaSpinosa Kernel Oil, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin,**Rosa Damascena Flower Oil.

Review dari Alja, Alja pakai Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream ni siang dan malam hokeh. Kita nak rawat muka biar cepat elok. almaklum lah muka kita ni jenis berkawah. boleh masak dodol. hahaha. Muka pon tak berminyak bila pakai benda ni. Rasa soft je kulit dan muka pon tak rasa berat macam letak 10inci mekap. Alja pakai ni dan tepek bedak baby je.

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Yang Alja guna ni merupakan set trial iaitu 15ML punya. Kalau nak bear sikit ada saiz 50ML. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,

No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .