Saturday, October 1, 2016

Bacaan doa Awal tahun dan Akhir tahun | 1 Muharam 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016

Publish on : 2:36 PM There is : 0 Comments Labels : , , ,
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Assalamualaikum hi semua, Lirik lagu dekat atas ni tidak asing lagi buat kita semua. Terutama masa di sekolah, dicorong-corong radio, di televion pasti berkumandang lagu 'Maal Hijrah' ini. Kanak-kanak juga sudah tahu akan lagu ini. Tidak kira pangkat mahupun peringkat umur pasti akan menyanyikan lagu Maal Hijrah ini.

Maal Hijrah yang jatuh pada 1 Muharam merupakan hari kebesaran umat islam. Awal Muharram juga bermulanya tahun baru pada bulan islam dan akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hijrah iaitu Perpindahan. Hijrah merupakan pepindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Namun, Hijrah pada era kini, kita difahamkan bermaksud mencari kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Sebelum kita melangkah ke bulan Muharam, Umat islam, akan membaca doa awal tahun dan akhir tahun. iaitu bermaksud dari Tahun Zulhijjah (Doa Akhir tahun) ke tahun Muharam (Doa Awal tahun).
DOA AKHIR TAHUN ini dibaca SEBELUM masuk WAKTU MAGHRIB iaitu pada akhir-akhir waktu asar pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah iaitu 1 Oktober 2016 (Sabtu) dan,
DOA AWAL TAHUN pula dibaca SELEPAS menyempurnakan SOLAT FARDHU MAGHRIB pada 29 Zulhijjah 1437.

Hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun.
Soalan - Doa awal tahun dan akhir tahun tak pernah dilakukankan oleh Nabi Muhammad SAW. Bolehkah ia dilakukan?
Jawapan - Boleh.
Pada tahun ini, 2 oktober 2016, Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1438H / 2016M adalah "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"

Pemilihan tema “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” adalah amat signifikan dengan situasi semasa dan bertepatan dengan usaha kerajaan memperkasakan prinsip penerimaan, kenegaraan serta keadilan sosial yang menjadi teras kepada pembangunan sebuah negara yang maju dan seimbang serta bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menjemput orang ramai menyertai sambutan Maal Hijrah pada tarikh 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula jam 8 pagi [Pautan Sumber Asal » mysumber.com]

Selamat menyambut Maal Hijrah 1438 Hijrah kepada semua Umat islam di seluruh dunia! Semoga hidup kita lebih baik dari sebelum ini hendaknya. InsyaAllah Aamiin.

No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .