Tuesday, November 8, 2016

Sayang anak tangan tangan kan....

Publish on : 8:43 PM There is : 1 Comments Labels : ,

"SAYANG ANAK TANGAN TANGAN KAN.. "

Mesti ada sebab orang dulu cipta pepatah gini.

Bukan bermakna dah 'tangan' kan anak, maknanya kita tak sayang. Tapi pengajaran. Tengoklah dulu-2, siap kena batang paip, tali pinggang, penyapu lidi, kayu sebab kena pukul. Sampai anak anak takut. Takut yang jenis Hormat. Baru je pegang batang paip, anak dah mencicit lari.

Bila tak digunakan pada Era serba canggih gini, jadi ginilah. Biadap tak kena tempat. Ibu bapa jadi hamba. Kurang ajar terlampau. Tak makan diajar. Ibu bapa pulak yang takut dengan Anak.

Nak kata kurang kasih sayang, apa semua diminta dapat. Pelik. Ibu bapa pun, janganlah sayangkan anak Sampaikan duduk atas tar yang biasa kita duduk tu pun jadi isu. Apa nak bagi kerusi pengantin ke? Anak zaman sekarang, sampai takleh beza mana baik buruk.

Emak aku dulu siap pesan kat cikgu 'pukul lah cikgu asal baik untuk dia tapi jangan patah renyuk sudahlah'.  Emak aku besar kan mata pun aku dah takut. Apatah lagi arwah ayah. Emak dengan ayah tegas. No means No! Tapi emak ayah baik. Thats why i luv my parents 💑

Walaupun Alja belum kahwin, ye Alja tahu. Tapi sebabkan banyak anak buah, tengok berita itu ini, viral itu ini,  Alja terkesan.. Doa doa lah Alja jadi ibu yang baik yang dapat menangani masalah kedegilan anak sebegini. Seram haih belum jadi ibu, baru jadi makcik buat anak anak buah dah rasa gerun T_T Anak era teknologi ni aktif terlebih...

Sayang anak, tangan tangan kan......

"Anak-anak itu amanah Allah
Didik mereka dengan kasih sayang
Setiap amanah akan ditanya
Bagaimanakah kita menguruskannya...."

Ni pun update blog guna application dari Hp, zaman dah canggih gittew. Hahaha harap nampak ok lah view bila update guna hp ni :') kalau tak ok, bagitahu tau :)

1 comment:

  1. Zaman skrg mana boleh tangan kan anak. jadi kes polis. Deme tak tahu yg ditanagn dulu la jadi polis cikgu pilot bagai tu

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .