Wednesday, October 5, 2016

Product Review : Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series | Make-Up Cleanser Milk

Publish on : 7:54 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Assalamualaikum Hai semua,Kali ni last produk dari Ecowell yang bakal Alja review ni, iaitu Make-Up Cleanser Milk. Make-up cleanser milk dari Ecowell ni dapat membersih, melembapkan dan menyuburkan kulit.
Ecowell Make-Up Cleanser Milk berkesan membuang kesan make-up tanpa membuatkan liang pori-pori tersumbat serta dapat melindungi kelembapan kulit. Ia melembut dan menyegarkan semula kulit dan menjadikan kulit rasa lembut. Minyak Vanilla mengandungi antioksidan yang meneutralkan radikal bebas, membantu untuk mencegah dan melindungi kulit.
Ciri-ciri antibakteria dapat merawat jerawat dan ia adalah sumber yang baik B-vitamin seperti niasin, thiamin, Vitamin B6 dan asid Pantothenic yang menyuburkan dan mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga berharga untuk ciri-ciri anti-radang yang menenangkan dan menenangkan kulit radang.
Cara penggunaan: Letakkan sedikit pada kapas muka, kemudian perlahan-lahan Lap ke muka. Untuk hasil yang optimum, gunakan sebelum mencuci muka dengan Ecowell Liquid Soap Muka. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga untuk Set trial ni RM231.97, ada 5 item iaitu,
  1. Liquid Facial Soap – 30ml
  2. Face Tonic – 30ml
  3. Make-Up Cleanser Milk – 30ml
  4. Cell Renewal & Hydrating Face Mask – 30ml
  5. Ultra Moisturizing Eco Bio Face Cream – 15ml
Review dari Alja, Alja suka benda ni sebab dia bebetul bersihkan. Segala mekap tanggal. So kita tak risau lah mekap still ada atau tidak. Lepastu takpayah risau tersumbat dekat kulit atau kulit tak bernafas ke. Memang recommended hokeh. Kena beli! Love it! Pakai pon sapu kat mata pun tak pedih macam Alja guna produk before ni.
Yang Alja guna ni merupakan set trial iaitu 30ML punya. Kalau nak besar sikit ada iaitu saiz 150ML. Yang bestnya kalau beli Set trial ni, dapat tahan selama 30 hari, ada dermatologically Tested, sesuai untuk Normal to Oily Skin, Eco-Friendly dan yang best, kecil senang untuk dibawa kemana sahaja. Berminat? Korang boleh beli di,

Saturday, October 1, 2016

Yeay Akhirnya dah tukar kad bank kepada Kad Visa payWave

Publish on : 8:00 PM There is : 3 Comments Labels :
Assalamualaikum hi semua, Hari Khamis lepas Alja dah renew kad bank Alja kepada Kad bank baru iaitu Visa payWave. Sebab heboh kata akhir september 2016 last. lepasi kena bayar RM10 lah RM200 lah. Geram betul, sebab kita tahu last adalah pada akhir tahun iaitu disember 2016. Tetiba kata akhir september.

Kita student, mana ada masa nak pergi. Kelas habis petang, so dah lepas present final year project (FYP) ni, kelas pun banyak dah habis, ada lah banyak masa terluang sikit. Dah alang-alang nak balik cheras, pergi station bas Tanjong Malim, terus ke bank.

Ni antara soalan-soalan yang alja dapat,

Soalan - Mana yang tanya kena bayar ke tidak.
Jawapan - Tidak.

Soalan - Tarikh tukar sampai bila?
Jawapan - Hujung Tahun 2016 iaitu 31 December 2016.


Soalan - Ada kaitan dengan online bankin ke?
Jawapan - Tidak


Soalan - Cakap dekat kaunter nak tukar kad je ke?
Jawapan - Ye! Kalau bank Islam, Nanti dia ada bagi borang suruh kita isi Nama dan IC. Kalau Maybank, dia yang uruskan semua, kita just tunggu NO dipanggil untuk urusan dapat kad baru.

Soalan - Lama tak masa tunggu?
Jawapan - Tak ambik masa yang lama kalau tak ramai.

Ok itu saje, seronoknya dah tukar kad. Mana yang tak tukar lagi, cepat-cepat tukar sebelum Bulan disember tau. Mudah je prosesnya, tak susah macam orang-orang kata tu. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya. Kalau Alja tak boleh jawab, kita serah pada pakar :D

Bacaan doa Awal tahun dan Akhir tahun | 1 Muharam 1438 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2016

Publish on : 2:36 PM There is : 0 Comments Labels : , , ,
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Assalamualaikum hi semua, Lirik lagu dekat atas ni tidak asing lagi buat kita semua. Terutama masa di sekolah, dicorong-corong radio, di televion pasti berkumandang lagu 'Maal Hijrah' ini. Kanak-kanak juga sudah tahu akan lagu ini. Tidak kira pangkat mahupun peringkat umur pasti akan menyanyikan lagu Maal Hijrah ini.

Maal Hijrah yang jatuh pada 1 Muharam merupakan hari kebesaran umat islam. Awal Muharram juga bermulanya tahun baru pada bulan islam dan akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hijrah iaitu Perpindahan. Hijrah merupakan pepindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Namun, Hijrah pada era kini, kita difahamkan bermaksud mencari kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Sebelum kita melangkah ke bulan Muharam, Umat islam, akan membaca doa awal tahun dan akhir tahun. iaitu bermaksud dari Tahun Zulhijjah (Doa Akhir tahun) ke tahun Muharam (Doa Awal tahun).
DOA AKHIR TAHUN ini dibaca SEBELUM masuk WAKTU MAGHRIB iaitu pada akhir-akhir waktu asar pada 29 Zulhijjah 1437 Hijrah iaitu 1 Oktober 2016 (Sabtu) dan,
DOA AWAL TAHUN pula dibaca SELEPAS menyempurnakan SOLAT FARDHU MAGHRIB pada 29 Zulhijjah 1437.

Hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun.
Soalan - Doa awal tahun dan akhir tahun tak pernah dilakukankan oleh Nabi Muhammad SAW. Bolehkah ia dilakukan?
Jawapan - Boleh.
Pada tahun ini, 2 oktober 2016, Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1438H / 2016M adalah "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"

Pemilihan tema “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” adalah amat signifikan dengan situasi semasa dan bertepatan dengan usaha kerajaan memperkasakan prinsip penerimaan, kenegaraan serta keadilan sosial yang menjadi teras kepada pembangunan sebuah negara yang maju dan seimbang serta bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menjemput orang ramai menyertai sambutan Maal Hijrah pada tarikh 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agro Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula jam 8 pagi [Pautan Sumber Asal » mysumber.com]

Selamat menyambut Maal Hijrah 1438 Hijrah kepada semua Umat islam di seluruh dunia! Semoga hidup kita lebih baik dari sebelum ini hendaknya. InsyaAllah Aamiin.