Lebih bersemangat untuk bersukan dengan adanya Active Hotpants S5+ Jonlivia | Body Perfecting Fashion

September 26, 2017 0 Comments A+ a-

Nak bersukan tapi takde pakaian yang sesuai? Betul. Tapi disebabkan nak sihat, kena jugalah pakai seluar palazo yang lembik atau seluar track suit. Seluar track suit jenis besar, so tak ngam dengan kaki, nak berlari, buat aktiviti lasak pun rasa kaki jadi berat. Apatah lagi ada seluar track yang jenis plastik, bila jalan bunyi bising "kesok kesik" betul tak? Track suit itulah kegemaran zaman sekolah walaupun bunyi bising. hahaha lepastu jadi seluar sedut. hahaha

Ha, baru-baru ni Alja ada share dekat instagram satu seluar yang best untuk dipakai. Mohon lihat di instagram Alja dan dah banyak kali Alja share, sebab terlalu best dan jatuh hati dekat satu jenama seluar yang diberi nama JONLIVIA Active Hotpants.

Kalau nak buat aktiviti bersenam ni, pakaian pun main peranan tau. Jogging tapi seluar besar, baju tak padan dengan bentuk badan. selesa ke nak bersenam? Takkan? Jadi sebab tu Alja pilih Jonlivia Hotpants S5+ ni. Sangat best. Bila pakaian kita bersesuaian dengan aktiviti harian, kita nak buat kerja pun jadi gembira kan?

Memang ketara dan alami perbezaan bila dah start pakai Acive Hotpants dari Jonlivia berbanding track suit dan seluar palazo lembik yang Alja pakai time berjogging dan bersukan. Alja pakai Size M. Memula Alja ingat tak muat dan tak boleh pakai. Rasa nak menangis sampai dah taknak jumpa seluar ni, sorok terus dalam Almari. Lepastu terdetik dalam hati, sampai bila nak simpan buat pekasam kalau tak try?

So Alja cuba lagi sekali pakai, lah muat! Rupanya seluar ni STRETCHABLE tau. Ok sedut air mata balik. hahaha Dah lah boleh memeri ikut saiz kaki, selesa pulak tu.

Yang bestnya Jonlivia ni, Seluar ni best sebab tak panas dan tak miang macam sesetengah seluar yang pernah Alja pakai. Sesetengah seluar yang Alja pakai sekejap dah rasa miang sampai tahap nak tanggal. Seluar Jonlivia ni membantu mengeluarkan peluh dan salah satu tujuan seluar ini adalah untuk membakar lemak paha dan betis kita. So berbaloi bila beli.
Jonlivia Hotpants ni adalah yang pertama di Malaysia dan menggunakan 100% kain Neoprene Asli. Apa itu Kain Neoprene Asli? Mengikut google, hahaha Kain neoprene tidak hanya bersifat lembut, tahan air dan elastis, tetapi kain neoprene ini juga mampu menahan hawa dingin dan memberikan rasa hangat terhadap tubuh kita.

Jadi sebab itulah Jonlivia Hotpants dapat berfungsi dengan baik kerana bahan untuk menghasilkan seluar Jonlivia Hotpants ni menggunakan 100% Neoprene. Ia juga dipanggil Heatprene kerana bahan yang digunakan dapat membatu untuk mengawal haba badan kita semasa bersenam, atau berjalan. Jonlivia Hotpants juga dapat membakar lemak dan kalori dari biasa. 
Sekarang pakai seluar je dah boleh keluar peluh. Kalau malas sangat macam Alja, pakai seluar Jonlivia Hotpants S5+ sambil kemas rumah, perghh keluar habis peluh dan seronoknya Jonlivia Hotpants ni dapat menyerap peluh kita jadi tak adalah kita rasa geli berair-air dalam seluar.
Jonlivia Hotpants S5+ ni mempunyai poket rahsia di bahagian kanan belah dalam. Dengan adanya poket rahsia ni, ia memudahkan Alja untuk simpan duit atau kad penting. So nak pergi mana-mana pun senang dan selamat sebab poketnya tersorok.

Nasib baik Jonlivia hotpants ni sediakan poket kecik, So senang Alja simpan duit masa Alja pergi ke Sunway Lagoon tempoh hari. Takde terfikir nak letak mana duit atau duit hilang. 
Jonlivia Hotpants S5+ ini merupakan salah satu produk Hot selling di website. Jonlivia Hotpants ni bukan sahaja boleh digunapakai semasa berjogging sahaja, selain itu dapat digunakan untuk,
  • Beryoga
  • Gym
  • Aktivti Tarian
  • Berzumba / Berkardio / Tabata
  • Berjogging
  • Berbasikal
  • Aktivti dalam air
  • Aktiviti santai

Material yang digunakan untuk membuatnya adalah 100% kain Neoprene Asli tau. So korang kena dapatkan Jonlivia Active Hotpants S5+ ini kerana,

  • Sesuai untuk semua aktiviti harian
  • Stretchable
  • Memberikan rasa hangat pada bahagian kaki
  • Dapat membakar lemak serta kalori pada bahagian kaki (Betis & Paha)
  • Kain yang dapat menyerap peluh
  • Poket sembunyi
  • Mudah berpeluh walaupun buat simple exercise
Yang penting, korang tak akan menyesal bila dah beli. Korang juga boleh tengok Positive Review di Facebook Jonlivia dan boleh lihat produk lain yang bukan sahaja seluar, malah Back Support dan arm Shaper pun ada di website Jonlivia.

Di Website korang boleh pilih With or Without Pocket. Harga pun memang mampu milik dan mungkin ada diskaun dari mereka? jadi apa tunggu lagi, Whatsapp atau purchase online sekarang!!

Kalau korang nak juga seluar macam Alja pakai ni atau ingin menanyakan lebih lanjut, korang boleh ke butiran mereka dibawah ini,
Instagram       https://www.instagram.com/jonlivia/
Facebook         :  https://www.facebook.com/jonlivia/
Website           : http://www.jonlivia.com/
No. Contact      : +6016 384 5358

Waxing dengan 100% Organic Wax keluaran NORAH Believe In Green

September 15, 2017 0 Comments A+ a-

Bulu-bulu dikawasan private dan terutama bawah ketiak sangatlah menganggu aktiviti harian kita terutama bagi wanita. Tapi korang pernah terfikir tak diantara shaving (bercukur) atau pun waxing mana lebih baik dan ok untuk menanggalkan atau membuang bulu-bulu yang ada?

Bagi Alja, dua-dua kaedah ini masih relevan dan mengikut kesesuaian dan keselesaan kita. Ada yang ok dengan bercukur, ada yang sesuai dengan kaedah waxing. Terutama bagi kulit yang sensitif, sangat dan perlu berhati-hati untuk memilih produk dan kaedah bersesuaian dengan kulit.
Alja ada satu produk waxing yang Alja nak sangat share dengan korang iaitu 100% Organic Wax keluaran NORAH. Produk Norah telah berada lebih 5 tahun di pasaran bermula tahun pertengahan 2013 sehinggalah sekarang.

Produk Waxing yang dikeluarkan oleh Norah ini terdapat 2 Jenis Wax iaitu, Hot and Cold. Dua-dua kaedah ini sama sahaja fungsinya iaitu menanggalkan bulu halus. Cuma cara penyediaannya saja berbeza. Produk keluaran Norah ini amatlah Alja sarankan sebab ia menggunakan 100% bahan organic. Jadi Tiada masalah bagi Kulit sensitif.
Bagi setiap pembelian Norah Wax, korang akan dapat sekeping buku panduan, 2 kayu kecil dan 2 kayu besar serta 10 helai kain. Cara penyediaan juga amatlah mudah.

Bagi Jenis Hot Hair Removal Norah Wax, cara penyediaannya seperti,

  • Panaskan Wax sehingga cair
  • Sapu Norah Wax mengikut arah bulu
  • Tekan dan ratakan kain di atas wax
  • Tarik kain lawan arah sapuan wax sepantas mungkin
Cara pemanasan untuk produk Hot Hair Removal Norah Wax ini adalah,
  • Microwave - Panaskan selama 10 saat
  • Dapur (Double Boil) - Panaskan Sehingga cair
  • Water Heater

Dan untuk Jenis Cold Hair Removal Norah Wax amatlah mudah, Kerana tidak perlu dipanaskan dan sesuai dibawa semasa melancong. Ia juga mudah dibawa dan senang digunakan. Untuk cara penyediaan Cold wax ni pula seperti berikut,

  • Sapu Norah Wax mengikut arah bulu
  • Tekan dan Ratakan kain di atas wax
  • Tarik kain lawan arah sapuan wax sepatas mungkin
Dan kain yang korang gunakan itu boleh dicuci tau selepas guna, jadi jangan membazir. Selepas wax, Kain cotton tu korang Rendam dalam air suam untuk bagi bulu tanggal dan siap dicuci. Bila kering, boleh guna semula.
Untuk kenal antara jenis Hot dan Cold pun amatlah mudah. Bagi Hot Wax warna penutup berwarna Emas dan Bagi Jenis Cold Wax pula warna penutup warna Silver.

Kenapa Alja sarankan korang beli Norah Wax ni? Sebab Alja dah guna dan tak sakit macam yang kita tengok Youtube Omputih tu. Sebab ianya 100% dihasilkan dari bahan organic. Lagipun bahan-bahan ini dibuat secara homemade dan Produk Norah Semakin berkembang Hingga ke Brunei dan Singapura Teruatama Malaysia. Jadi ia telah dipindah ke Kilang untuk proses yang lebih baik.

Bahan Utama untuk membuat Norah Wax ini diantaranya ialah,
  • Madu
  • Lemon
  • Tea Tree Oil
Alja bukak je penutup bekas Norah wax ni terus rasa nak makan! Bau Madu dia best sangat. Tak perlu dah bersusah pergi Spa bayar mahal-mahal sebab kita dah boleh buat sendiri di rumah dengan adanya Produk Norah Wax ni. Selain itu, bila kerap digunakan,
  • Kulit makin cerah
  • Bulu menjadi semakin halus dan jarang
  • Proses tumbuh bulu yang lambat
Produk Norah ini merupakan Produk Membuang bulu sehingga ke akar yang menggunakan bahan organic tanpa rasa sakit dan risau akan bahan-bahan yang digunakan.
Hot dan Cold Norah wax ini boleh digunakan dimana-mana sahaja yang ada bulu, iaitu
  • Misai
  • Janggut
  • Ketiak
  • Bulu Tangan
  • Private Part / Miss V
  • Bahagian Kaki
  • Kening
Sebelum memakai Norah Wax, Korang perlulah ikut cara dibawah ini agar lebih mudah untuk berwaxing
  • Seeloknya mandi bagi bersihkan badan dari berpeluh
  • Sapu bedak pada bahagian yang ingin di Wax sebelum ber'Waxing'
Disini Alja share sekali video cara pakai Norah Wax di bahagian Ketiak


Bagi Alja Ianya amat mudah menggunakan Norah Wax berbanding Bercukur kerana bulu yang lambat tumbuh, tanpa ada rasa sakit atau gatal selepas bercukur. Ketiak pun jadi tidak hitam. No more Shaving!

Norah Wax boleh disimpan dalam tempoh 12 bulan selepas dibuka dan boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

1 Set Norah mengandungi

  • 1 Jar Hot ATAU Cold Wax
  • 2 Kayu kecik dan 2 kayu besar
  • 12 Kain cotton yang boleh dipakai semula
  • 1 Manual Instruction
Harga amatlah murah kerana boleh pakai lama untuk 1 Jar dan Harga yang dipamerkan adalah Exclude Postage.

  • Semenanjung RM35
  • Sabah dan Sarawak RM40
  • Brunei 20 Dollar

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau testimoni, korang boleh hubungi nombor dibawah ini atau 'Private Message' mereka di Laman sosial yang tertera.
Instagram @OrganicHairRemoval
Website     : http://www.norah.com.my/
Hotline      : +6012 234 0220

Hadiahkan buat yang tersayang dengan Printcious.com

August 21, 2017 0 Comments A+ a-

Korang pernah tak nak hadiah sesuatu buat yang tersayang tapi nak something different from others? Jangan risau, Alja ada satu website nak share dengan korang semua. Dekat situ korang boleh create sendiri tau barang yang korang nak.
Printcious website menggunakan konsep buat sendiri, iaitu DIY (Do It Yourself). Jadi korang boleh create style sendiri pada hadiah yang korang ingin hadiahkan, Contoh baju, mug, topi, beg dan banyak lagi. Bestkan? Tak salah laburkan duit lebih kepada yang tersayang jika hadiah yang diberi itu akan diingati sentiasa kerana hadiah yang korang ingin bagi dari Printcious semuanya ada keunikkannya. Betul tak?

Apa itu Print ... Cious? Printcious adalah permainan di atas perkataan "Percetakan" dan "Berharga" yang merupakan kata kunci kami "Print Your Precious Gifts". Kami berharap pelanggan kami gembira tidak kira mereka memberi hadiah tersuai kepada seseorang atau menerima hadiah tersuai daripada seseorang, kerana kami selalu percaya bahawa "Giving with Art is Giving with Heart"
Kenapa korang kena pilih Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart ? Sebab Salah satunya kerana hadiah ini ikhlas dari hati korang sendiri. So kenalah dengan Tagline Printcious, Printcious menyediakan alat reka bentuk dalam talian untuk pelanggan untuk menyesuaikan hadiah DIY mereka seperti T-Shirt, cawan, Puzzles, Casing Hp, bantal dan banyak lagi dengan mudah dalam talian untuk majlis-majlis seperti hari lahir, majlis perkahwinan atau acara korporat.
Konsep Printcious juga adalah untuk menyokong budaya yang indah pemberian hadiah dan untuk memupuk hubungan antara satu sama lain untuk masyarakat yang  harmoni. Tiada idea nak bagi hadiah apa? Jangan risau kerana Printcious juga ada sharing idea untuk Him, Her, Husband, Wife, Birthday, wedding, Mother's Day, Father's Day dan banyak lagi di https://www.printcious.com/my . Mudahkan? Tak payah pening kepala lagi dengan adanya idea ini.
Yang bestnya di Printcious, jika membeli sehingga RM70 dan ke atas dapat FREE SHIPPING RM10 tau. Lepastu jika korang membeli RM80 ke atas, korang akan dapat PURCHASE WITH PURCHASE lagi. Dah lah Free shipping, dapat membeli belian atas belian secara yang harga semurah RM2.40. Kalau beli lagi tambahan RM60, korang akan dapat belian atas belian ni secara 2 kali. Wow!

Dapat harga murah lagi jika Purchase with purchase. Contoh, baju harga RM57, dengan purchase with purchase ini, korang dapat membeli dengan hanya RM5.70 sahaja! Syokkan? kalau Cara nak Custom di Printcious pun senang je tau, semudah 1,2,3! Boleh tengok contoh dekat bawah 
  1. Pilih nak letak image atau text atau kedua-duanya
  2. Boleh tengok preview terus di No. 2
  3. Boleh Edit Font, Bold, Italian atau color di Text korang
  4. Tekan DONE
Ha senang kan? Ikut kreativiti sendiri je dah mudah. Sebab Alja suka sangat dengan Hello Kitty, so Alja Custom letak Hello kitty dan letak lah nama dan Url blog. hahahaha Jadi apa tunggu lagi? Harga pun sangat berpatutan. Oh ye, Jangan lupa Guna promo code yang diberi! :)

Kalau korang rasa nak buat program, tapi nak bagi goodies dan tak tahu nak cari kat mana. Korang boleh beli terus di Printcious. Beli secara pukal atau dipanggil "Bulk Program" . Harga pun tak mahal. Alja rasa alja dah ada idea nak beli goodies dekat mana lepas ni. Dah tak payah pening nak berjalan satu kedai ke satu kedai. Yeay!
Di bahagian cart atau bakul membeli belah ni, sudah tertera segala butiran yang kita beli. Jadi ia lebih memudakan kita sebagai Pelanggan,

  1. Jika ingin Edit semula design yang korang dah buat
  2. Details nama barang dan size jika membeli T-Shirt
  3. Dia tunjukkan harga sebelum dan selepas jika ada diskaun. Jika harga tetap pun akan tetap dipaparkan
  4. Kuantiti barang. Kalau nak tambah dan design yang sama, just tekan simbol ' + '
  5. Harga tetap dan harga yang perlu dibayar
  6. Kalau rasa tak perlu dan nak pilih barang lain, boleh terus delete
  7. Nak shopping lagi? Continue shopping
  8. Kalau dah puas hati dan taknak shopping, boleh tengok Order summary, kalau ada promo code, boleh Apply. Jika Printcious ada promo code seperti MERDEKA60, memang automatik terpapar
  9. Puas hati? Checkout untuk proses bayaran

Untuk promo code, Printcious akan paparkan di bahagian atas. Untuk Merdeka Tahun ini, Printcious baik hati ingin belanja kita semua sebanyak RM60! wow? baikkan? So tak rugi. Tambah duit sikit, dapat Free shipping. Lepastu boleh Purchase and Purchase pulak.

Kalau tiada Promo code, korang pun boleh tekan di bahagian "PROMOTION" di bahagian atas tu. Segala latest promotion akan dipaparkan. Contoh seperti sekarang, Promoton yang diberi sebanyak 50%. Emm Jimat banyakkan?

Printcious juga membuat penghantaran dengan menggunakan Skynet, Poslaju dan Ninja Van. Semua pesanan akan dihantar dalam masa 3 ke 5 hari bekerja dan selalunya akan dapat lebih cepat dari yang dijangka. Cepat dan Efisien. Tak gitu? Untuk Shipping Fee, bagi semenanjung malaysia akan dikenakan sebanyak RM10 dan Sabah & Sarawak sebanyak RM15
Cara pembayaran pun sangat mudah. Tak semua dari kita ada online banking mahupun Visa dan Master card. Jadi Printcious menggunakan 2 kaedah pembayaran iaitu secara,
  1. Online banking/ Visa/ Master credit card atau,
  2. Membayar menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) atau ATM ke akaun MAYBANK PRINTCIOUS

Barang korang tak sampai? Order 3 tapi sampai 2 je? Barang berkaca pecah? Tak perlu risau sebab Printcious sangat baik hati untuk melayan masalah kita dengan hanya pergi ke website dan tekan Return and Refunds Information. then korang emailkan mereka apa sahaja masalah yang korang hadapi dan berkaitan. Jadi jangan risau, Printcious sentiasa akan melindungi dan menjaga barang kita sebagai Pelanggan mereka.

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart , Hargai yang tersayang
Untuk pertanyaan lanjut atau ingin 'cuci mata' korang boleh terus melihat butiran mereka dibawah ini, Jangan lupa like facebook mereka ! :)
Facebook : facebook.com/printcious 

Instagram : instagram.com/printcious
Twiter : twitter.com/printcious
Youtube : youtube.com/printcious
Websitehttps://www.printcious.com/my

Apa itu Scaling teeth? | Pertama kali Cuci gigi

July 19, 2017 0 Comments A+ a-

Cuci Gigi? Selalu kita dengar gosok gigi je kan, jarang jarang dengar tentang cuci gigi ni. Takpun biasa dengar tapi tak ambik kisah. Betul tak? Salah seorangnya manusia bernama Alja. Hahahaha So ini adalah kali pertama Alja Cuci gigi atau nama omputih/English version is Scaling Teeth. Gittew speaking. hahaha Ada beza ke cuci dan gosok gigi?

Mestilah ada! Kalau gosok gigi, kita gosok je macam nurse ajar time sekolah rendah. Tipulah kalau lupa, takkan lah tak ingat nurse pesan bawak berus gigi ultraman, berus gigi barbie warna warni dan cawan berbagai bentuk sebab nurse nak ajar cara gosok gigi, tepi longkang lagi. emmmm hahahaha

"Mula mula bukak mulut, macam mana bukak mulut? Pandai.... Lepastu gosok gigi bahagian depann.. pandaiii.....bla bla bla bla bla. kumur mulut. ok bagus...bla bla bla bersurai...." hahahaha
Sumber gambar : http://dentalcarematters.com/scaling-and-polishing/
Alja memang TAK PERNAH LANGSUNG CUCI GIGI. Seumur hidup tak pernah, sampailah rasa nak meraung peritnya bila sakit gigi. Dengan gigi bongsu lagi nak tumbuh. Sakit kan? Lepastu bila gosok gigi, keluar darah. Korang ada? Kalau ada kena Scaling tu. Ceh jadi doktor pulak. hahaha

So bila dah teruk sangat and time tu emak ada temujanji dengan doktor gigi, so Alja pun decide lah nak pergi juga, pergi klinik dalam bulan 6 mcm tu. Alja pergi klinik gigi dekat Hospital Rehabilitasi Cheras. Lepastu Jumpa doktor, doktor bagi temujanji sebab nak buat scaling. Doktor kata kena buat scaling sebab tak pernah buat so gusi dah jadi warna pudar. So sebab tu berdarah and ada toksik, sisa makanan, kotoran. So kenalah cuci.
Tibalah tarikh 19 Julai untuk temujanji Scaling gigi Alja. Temujanji pukul 2 petang so datang tepat-tepat ke sana sebab nak nombor awal so lepastu boleh berjalan-jalan naik MRT. hahaha Bayaran untuk cuci gigi hanyalah RM2 sahaja untuk klinik kerajaan.

Perasaan? Gementar sebab pertama kali scaling gigi tapi still relaks, berlagak sangat muka relaks nya, tapi bila dah nombor kena panggil. Doktor suruh pegang tempat air cuci gigi tu, terus dah takut. Doktor tanyalah juga "Pernah scaling gigi? Kalau tak pernah tahan sikit ye sebab akan rasa ngilu"

Masih lagi berlagak sebab ingat ngilu kena gigi semut. Gigi semut ngilu ke? Emm. hahaha Lepas je dia ambik benda tajam tu, terus terenjat kaki tangan badan semua. SAKIT! Sampai tolak tangan doktor tu. Doktor pun suruh tahan sikit, jadi dia akan cuci bahagian atas, kiri atas, kanan atas then baru bahagian bawah. Bawah memang lagi ngilu habis.
Dah siap, dia bagi air untuk kumur-kumur, pergghhhhh segala kotoran keluar, darah jangan cakaplah, banyak. Kotoran tu bukan calang-calang, ada macam batu, kotoran segala toksik lah dekat gigi. Ingat badan je ada toksik ke? Gigi pun ada tau. Alja lupa nak ambik gambar before, so after je ada. Jadi share jugalah. hahahaha

Sekejap je scaling, dalam 15minit sehingga 30minit bergantung keadaan gigi kita. Lepas dah Scaling, akan ada rasa kelainan pada bahagian gigi bawah. Rasa macam kesat-kesat gitu. Jangan risau, ni benda biasa sebab gigi kita dah bersih dari karang gigi. Berdarah semasa scaling pun perkara biasa. Jadi jangan risau ok? Kalau ada yang nak datang Hospital Rehabilitasi Cheras , bawah ni adalah waktu dan masa klinik gigi.
Kenapa kita kena Scaling gigi atau cuci gigi? ia bertujuan untuk membuang karang gigi dan membuang stain pada gigi, bakteria dan plak gigi. Plak yang lebih lama ditinggalkan di gigi, semakin sukar. Selepas 24 jam, beberapa plak mengeras ke dalam kalkulus, atau dikenali sebagai tartar. Kalkulus adalah plak mineral dan tidak datang dengan berus dan floss lagi. Bakteria dalam plak dan kalkulus menyebabkan keadaan keradangan yang dipanggil gingivitis. Sekiranya tidak dirawat, gingivitis boleh berkembang menjadi penyakit yang lebih serius yang disebut periodontitis. Rawatan yang paling biasa untuk periodontitis adalah skala dan perancangan akar.
Sumber Gambar : http://www.teethcarecentre.in/page/periodontics
Sumber Gambar : http://jb-dental.com/pembersihan-karang-gigi-scaling-perlukah-bagaimana-prosedurnya/
Maka, kenalah Rajin cuci gigi dan pilih berus gigi yang sesuai. Alja balik dari Scaling gigi ni terus cari berus gigi baru yang 0.01 halus berusnya. hahahaha. Jadi sekarang dah faham tentang pentingnya jaga gigi? Kalau taknak gigi rosak, kenalah rajin gosok gigi, sebelum tidur gosok gigi. 3-6 bulan sekali pergi scaling gigi pulak. Confirm takda sakit gigi, berdarah gusi. Kalau sakit pun, tak seteruk bila tak jaga. Betul tak?

So, sayangilah gigi anda seperti mana anda sayang nyawa. Ada kaitan tak? hahaha. Eh, gigi penting tau. Kalau takde gigi, macam mana nak senyum? mulut berbau pun kita punya keyakinan diri pun down apatah lagi kalau gigi takde? macam mana nak senyum kan? so jaga gigi elok elok! :)

Setelah 5 bulan menggunakan Telco Webe

July 16, 2017 6 Comments A+ a-

Related image
Bulan march yang lepas, Alja telah bertukar telco dari Telco Purple ke Telco Webe. Jadi dah masuk 5 bulan Alja stay di telco Webe ni. Kenapa bertukar ke telco webe? salah satu sebab nya ialah Webe menjanjikan Unlimited data internet. Siapa tak suka? Lagipun time tu Telco purple sangat slow, baru buka hotspot dah 90% usage warning. Line teruk, baru guna tetiba dapat warning. Siapa tak sakit hati?

Lagi-lagi Alja student, Quiz secara online, kalau loading lepastu hilang, tak ke makan masa dan effect ke markah Alja jugalah time tu sebab loading lama, tup-tup masa pun tamat. Jadi Alja pun bertukar ke Telco Webe yang time tu promosi beharga RM79 exclude GST. Cuma kekurangan dia ialah tak boleh Hotspot. Alja ada share tentang webe di entri lepas "WEBE Mobile | Layan Video sampai bosan".

Jadi sekarang dah 5 bulan Alja stay dengan webe, 2 bulan guna, ok je, line laju tak loading bila tengok video. Sampailah masuk bulan ke-3 4 dan seterusnya ni. Tengok video loading sampai kena on off data, on off flight mode, on off hp terus. hahaha sampai satu tahap nak baling.

Ada satu masa tu, memula kawan call ok je, then tertutup sendiri. Bila kawan call balik, Alja dengar suara dia, dia tak dengar suara Alja. banyak kali sampai kawan guna no lain untuk call Alja. Ingatkan hp Alja rosak. Dah start nak nagis dah.

Try call guna Whatsapp, Eh ok pulak suara 2-2 pihak dengar. Bila call biasa tak boleh. Data ok je. Bila tengok group Webe di facebook. Semua kena benda yang sama. Rupanya Webe tengah upgrade sistem. tahu pun sebab ada seorang ni live chat dengan pihak webe.

Patutnya Pihak webe kena bagitahu lah kan, buatnya pengguna webe tengah dalam kecemasan, tak ke bahaya? Sekarang memang bad servis lah webe ni. Video loading ya ampun. Kalau laju, laju sangat. Kalau slow, kura-kura pun lagi laju.

Alja Stay dengan webe sebab fikir unlimited data je. Dengan harga yang berbaloi, lagi-lagi dia bagi freegift ni. Freegift apa? nanti Alja share next Entri! hehe. Lagipun Alja tengah fikir-fikir lagi nak tukar telco apa. Takut line pulak tak ok. Maka, sekarang tengah fikir nak tukar telco atau tak, kalau tukar nak tukar telco apa, mana yang ok dan harga postpaid yang berpatutan. Korang ada cadangan?

Peniaga online di maki oleh pembeli

July 15, 2017 2 Comments A+ a-

Dari zaman dulu lagi jual beli di gunakan di antara 2 pihak. Cuma bezanya zaman dahulu menggunakan sistem barter dalam urusan jual beli. Apa itu sistem barter? Sistem barter ni pertukaran barang dengan barang yang lain.

ContohAli ada Ayam tapi Ali teringin Nasi jadi dia perlukan Beras manakala Abu ada Beras tapi teringin Ayam. Maka, Ali dan Abu membuat sistem barter iaitu pertukaran barang dengan barang demi menurut keperluan makanan mereka
Tapi masyarakat kini menggunakan sistem pertukara barang dengan duit. Sebab itulah bila kita tak ada duit, akan ada suara sumbang kata " No money no talk " Jadinya, bila takda duit, kita diam diam je lah. Gaji belum masuk, apa boleh buat. Hahaha.

Tapi zaman kini, jual beli di upgarde iaitu secara online. Ianya lebih mudah jimat masa tak perlu bersesak atas jalan raya atau manusia di dalam mall. Tak rasa letih berjalan dan duit minyak juga akan jimat sedikit ( Mungkin? ) hahaha

Yela bila jual beli secara talian ni kita boleh membeli walaupun di negara jauh China, Indonesia, ataupun korea. Website-website jual beli juga makin berlambak di internet. Contoh popular dan tidak asing lagi di halwa telinga kita, Lazada, 11Street, Shopee, Sgshop dan Althea.

Jadi bila dah jual beli secara talian ni, lagi tak bersua muka, lagi susah sebab kita akan mula kenal siapa customer kita, ragam customer kita. Sampai meniaga pun rasa taknak meniaga lagi sebab kerenah customer yang pelbagai. Itu baru ragam customer, belum lagi ragam penjual. Penjual kekwat, dah popular sikit servis out pulak, penjual layan customer tak elok.

Macam-macam masalah kan? Belum lagi dicampur duit ditipu, barang tak sampai, barang sampai isi kosong. Isi kosong ni nak salakan siapa? Penghantar barang atau peniaga?

Lain pulak dengan cerita yang Alja ingin share kali ni. Pembeli yang agak biadap bagi Alja. Mungkin umur pun baru belasan tahun. Apa jadi? Jom kita baca.
Bila baca agak biadap bagi Alja. Apa kata korang pulak bila baca conversation ni? Conversation Whatsapp ni bukan Alja punya tapi Alja dapat dari Facebook Nurul Syuhada.

Cerita nya budak ni tak ada duit dalam bank, katanya ada Cash. Lepas tu nak bayar secara pos. Nak bayar guna pos lepastu barang nak cepat. Bayangkan kalau dia pos duit tapi tak sampai duitnya? Dah alang-alang nak pos, apa kata terus ke bank untuk bank in? Guna mesin Cash Deposit Machine (CDM) atau mungkin peti pos je dekat dengan rumah dan rumah jauh dari pekan/bandar. Mungkin?

Yang rasa sakit sangat hati bila baca, dalam kad Bank tak ada duit, takde transport pulak nak pergi bank in. Tapi berlagak sangat bila Alja baca perbualan ni. Yang Alja tak suka, dia biadap sangat guna kata kata cacian dan kesat yang agak terlampau bagi Alja.

Converation ni viral juga 1-2 hari di Facebook, lagi-2 nombor tidak di tutup oleh pemilik facebook. Lagi menaikkan amarah netizen. Mungkin ada yang dah Whatsapp adik ni. Jadi Alja dah tutup nombor serta wajah adik ni sebab rasa agak kesian. Memang kita pun marah, tapi biarlah antara mereka berdua selesaikan secara baik.

Netizen marah mungkin sebab kata-kata maki yang agak melampau. Kalau dia kata elok elok, netizen pun takkan marah. Nasib bukan anak buah Alja, kalau tak dah dicili cili mulut nya.

Budak-budak sekarang memang biadap ke? Dah tak tahu hormat? bukan pada guru dan orang sekeliling malah ibu bapa juga mereka tak takut. Kata-kata kesat ni dah lali bagi mereka mungkin. Kalau dulu, ibu bapa kita jengkel mata je pun kita dah gerun. Apa nak jadi dan mana silapnya?

Walau siapa kita, duit banyak kepuk sampai tidur beralas duit, kecik besar atau tua muda. Haruslah kita hormat antara satu sama lain. Lelagi kita tak tahu dengan siapa kita berbual. Ilmu nya tinggi mana. Apa pun, sentiasa lah kita menjaga adab-adab antara satu sama lain.

LELAKI KIKIS menjadi antara Top Komen di Page Apakes!

July 13, 2017 19 Comments A+ a-

Bila ada Internet ni, semua benda berada di hujung jari. Bahkan lama sosial tidak kurang hebatnya. semua berlumba-lumba tunjuk apa yang mereka ada termasuklah diri Alja sendiri. Bahkan nak tulis apa sahaja pun boleh di laman sosial ni. Ada yang berkongsi menulis secara baik, menulis berdasarkan pengalaman, ada pulak yang hanya copy and paste cerita orang lain tanpa usul periksa, bukan itu saja, yang mereka-reka cerita pun banyak. Jadi Semalam satu status dari page Apakes lalu di timeline facebook Alja, Status mengenai apa? tengok bawah ni.
So Alja pun saja lah komen mengenai pengalaman Alja sendiri. Bukan pengalaman orang lain ataupun sembang kencang. Sebab tak fikir akan menjadi Top Komen dan tak sangka akan ramai yang sudi menjadi hakim tak berbayar. Nama pun laman sosial, setiap orang pelbagai, lagi-lagi besar antaranya kita tak kenal pun antara satu sama lain. Jadi Alja pun komen lah begini,

"Yg aku jumpa dan asyik jumpa ialah lelaki kaki kikis. Takde duit tp berlagak kaya. Nak rasuah polis pun guna duit org. So aku mmg sentiasa berdikari, nak apa-2 semua bayar sendiri. So thanks Allah sbb hambamu ini dah putus dgn lelaki kaki kikis muka tak malu. Haha"
Jadi apa yang Alja share hanya berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan status yang Apakes share. Alja tak sangka ramai yang komen. Kalau siapa kenal Alja terutama Housemate Alja, tahulah Alja pun ex bf macam mana kaki kikis nya. Setahun je bertahan dengan dia. Mesti akan ada yang kata "Dah tahu macam tu, sayang kenapa?"

Cinta itu buta awak. Lagipun tak sangka dia macam tu. Masa sebelum Couple masa kenal peragainya lain, berbeza sangat. Bila dah coupleAllahu sedih betul tapi dah sayang, hadap kan je lah. Sebab Alja ingat boleh berubah, jadi kita pun bertahan je lah. Rupanya....

Ni Alja share sikit komen-komen yang agak panjang mengalahkan perempuan komen. Kalau nak baca komen lain, mungkin korang boleh terjah Page Apakes ni. Nak backup ke, nak hentam sekali pun takpe, sebab Alja kongsi berdasarkan pengalaman Alja sendiri. Tapi biasalah lelaki, dorang akan backup lelaki juga walaupun lelaki salah.
Yang baik hanya untuk yang baik sahaja? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya? Ye, memang dalam Al-Quran pun sudah tertulis mengenai ini dalam surah An-Nur. Tapi kita kena faham apa yang dikatakan dengan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.

Kalau nak kata macam ni, Habis kalau semua dok baik, Takde lah perempuan kahwin dgn penzina, takde lelaki kawen dgn perempuan penzina dan Mungkin juga penzina itu sedang cuba untuk berubah. Wallahualam.

Nak cakap lelebih pun Alja tak mahir dalam bidang ni, lebih afdal kita tanya yang lebih arif. Tapi yang penting kita carilah pasangan mengikut Empat (4) perkara ni iaitu Agama, Keturunan, Rupa dan Harta.

Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya "Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa karena jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu"
Komen Sos Kicap ni paling tak suka, Alja taknak gaduh buat jadi gaduh. Siap main mak ayah lagi. Dia bercakap pun macam kenal Alja dah lama. Wahai sos kicap, Masa kenal memula lagi dah terfikir sebab nampak dia baik, takde orang perempuan baik orang lelaki nak kaut sesape jadi pasangan. Dah memula nampak ok, jadi mulakan Next step dengan ber-Couple. Bila dah couple baru nampak peragai sebenar.

Dunia balas dunia, memang dunia balas dunia. Tapi cara cakap macam kenal Alja je siap main mak ayah. Buatnya mak ayah orang tu dah meninggal? Oh buat pengetahua Sos Kicap, Ayah saya dah meninggal ok. Emak saya ada ni, tapi tengah sakit tua. Jadinya saya takkan maafkan awak sebab main nama Mak ayah saya.

Malah tuduh kata saya kaki pengkikis duit emak ayah. Tapi sorry, kalau Sos kicap ni jenis takde sensitif pasal mak ayah ni, mungkin sos kicap yang buat. atau mungkin sos kicap ni jenis kaki pengkikis. Masa couple lagi saya dah bau taik sebab peragai dah mula macam taik, tapi sebab sayang. tahu kan cinta itu buta? walaupun bau taik, dah sayang. hadap juga. Faham sos kicap? Jenama apa ni? Kalau Jalen sedappp. Dengan Tagline "Tak sah tak ada Jalen"
Kalau korang baca dekat atas tu tak ada pulak Alja kata "SEMUA LELAKI" dah terang-terang cakap "YANG AKU JUMPA DAN ASYIK JUMPA IALAH LELAKI KAKI KIKIS" berbeza kan? Sebab itu perlunya membaca dengan betul supaya tak salah faham. Kalau Alja letak nama, dah kira mengaibkan. Ceritanya sini Alja nak share pengalaman taknak mengaibkan. Tapi tak sangka tarik perhatian ramai lelaki.
Tak faham orang macam ni. Bagi Alja siapa yang komen macam ni, maknannya dia yang berpengalaman sampai ber-kiss kiss. Bagi Alja terlampau biadap. Alja bukan nak mulut jahat. Tapi dia dah fitnah Alja. Bila fitnah, Alja harap dia rasa apa yang Alja rasa. kalau bukan dia pun, ahli keluarga terdekat atau anak takpun wife dia. Bukan dia je komen macam ni, ada yang siap kata "[email protected]&i" lagi. Tapi Fahmi Mustapha dah delete komen dia. Terlalu lancang berbicara sampai tak kisah nak tulis apa dah kan?

Kalau cakap pasal mengaibkan, ada sesiapa kenal ex Alja yang lepas? Nama? Tempat Tinggal? Muka apatah lagi mestilah tak kenal. Yang kenal pun teman rapat dan family. Itupun dorang tahu peragainya macam mana. Tapi ada beberapa Komen adik-adik kakak-kakak manis (perempuan) yang senasib dengan Alja. Ada satu komen ni Alja rasa Win.
Komen ni lah Alja rasa ok, even bukan pengalaman dia sendiri. Tapi dia berada berdekatan dengan situasi macam ni. Tak semua perempuan kaki kikis dan tak semua lelaki kaki kikis. Siapa pernah kena tahu lah rasanya macam mana. Sebab sayang, tak kisah langsung. Dah bau taik, kentut bau petai, kalau sayang, hadap juga.

Lagipun lelaki ni pada pandangan Alja, bila dorang dengan kawan-kawan perangai dorang lain. Bila dengan Gf dan family pulak lain. Kenapa Alja kata macam ni? Ex Alja yang kaki kikis ni, marah betul Alja kalau cakap pasal duit. Siap kata dia yang belanja Alja serba serbi dekat teman dia padahal topup dia pun minta Alja. Dah setahun bertahan akhirnya Alja minta putus.

Alja tak sangka ramai lelaki komen, mungkin kita berkongsi hidup yang sama dan lelaki yang sama, betul tak wahai lelaki sekalian? hahaha Itu sebab lelaki-lelaki ni butthurt sangat. Padahal Alja cerita berdasarkan lelaki yang Alja kenal. Tapi dorang komen seolah-olah kenal Alja dan Ex Alja. Alja pun dah malas nak tengok lagi komen-komen tu.
Image result for lelaki yang baik untuk wanita yang baik surah
Alhamdulillah sekarang Alja bebas. Apa pun, marilah kita perbaiki diri agar jumpa pasangan yang dapat menerima baik buruk kita. Terutama pilihlah yang beragama. Kalau pilih agama, dia marah pun takkan sesekali naik tangan. Doakan Alja dapat pasangan yang baik macam korang semua.

Wallahualam, apa yang Alja kongsi ini hanyalah pengalaman Alja sendiri. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Alja sendiri.