Monday, March 6, 2017

WEBE Mobile | Layan Video sampai bosan

Publish on : 11:58 PM There is : 10 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum hai korang, Korang pernah dengar tentang Telco "BARU" yang diberi nama WEBE ini? Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu langsung kewujudan WEBE ini. Webe ini sebenarnya dulu ialah P1 yang iklan Potong potong potong!! hahaha dan telah dibeli oleh TM. Betulkan jika salah.

Webe ini hanya keluarkan POSTPAID SAHAJA buat masa sekarang. Menawarkan Perkhidmatan seperti UNLIMITED CALL, UNLIMITED SMS dan 9,999,999 GB DATA! Ni Kira Unlimited data juga lah kan? hahaha

Harga Untuk Sim Postpaid ialah RM199.00 tapi sekrang still lagi PROMOSI SEHINGGA BULAN APRIL 2017 iaitu RM79.00. Di ingatkan lagi sekali, Webe ialah POSTPAID iaitu secara BIL dan yang bestnya, TANPA KONTRAK tau.
Wah Call pun Unlimited kan? TAPI, ada 3 Nombor yang Webe kenakan Charge iaitu,
  • Number 1-300 / 1-700 / 1-600 / 121 / 1MOCC ;
  • Membuat panggilan ke number International, dan ;
  • Membuat dan menerima panggilan / SMS roaming ketika berada di luar Malaysia.
Webe juga ada menawarkan Subline di bawah LINE UTAMA. Termasuk Line Utama, Webe Menawarkan 5 Subline di bawah satu nombor. Amboi macam downline. MLM ke? hahaha. Jadi, dibawah ini merupakan harga Untuk Subline.
  1. Subline 1 : RM 79
  2. Subline 2 : RM 69
  3. Subline 3 : RM 59
  4. Subline 4 : RM 49
  5. Subline 5 : RM 49

Harga untuk subline dia atas hanya available time PROMOSI SAHAJA. Kalau Tidak, harga kembali asal iaitu RM199 dan kira lah sendiri sehingga subline ke-5.

Nak bayar pun senang, Bayar Online boleh atau pergi sahaja mana-mana kaunter TM atau Pejabat Pos Malaysia yang berhampiran.
Webe ni takde jual dekat kedai-2 area rumah ye, Kalau nak, boleh Walk in di Sunway Pyramid, Queensbay Mall, Pergi ke TM Berdekatan atau boleh saje buat pembelian secara talian (Online).

Alja sarankan beli sahaja di mana-2 Branch TM yang berdekatan atau Walk in di Sunway Pyramid. Kalau Online, takut problem Simkad lambat sampai, barang sampai tapi simkad takde. Alja Pakai webe, masuk ni dah Sebulan dan beli di Sunway Pyramid Branch.

Beli secara Walk in ni Mudah pun mudah boleh dapat Sim depan mata, tak terbayar wang lebih. Sistem nombor giliran pun bukan guna kertas kertas ok. Guna code bar, Scan je, Tertera nombor korang di skrin Tv. Mereka Guna App yang diberi nama "QueueBee". Kalau dah sampai nombor kita even kita tak tunggu area webe tu pun, nanti dia call guna App. Bukan Call suara manusia, tapi macam Alarm lah.

Jika ada apa-apa masalah atau pertanyaan semasa menggunakan Webe, Korang boleh bertanya di Live chat di Website mereka yang korang dah Sign up / Login. Di Website Webe , Korang boleh Live Chat, boleh tengok bill terkini dan sebagainya.
Alja dah guna sebulan, Sebulan lah hp dah jarang lepas dari tangan. haha sekejap anak buah pakai tengok youtube, nanti Alja tgk cerita korea online tanpa risau data lagi. Yela bagaikan Unlimited data, tak gitu? hahaha

KELEMAHAN WEBE

Cerita kebaikkan webe je kerjanya, takde yang buruk ke? Haish mestilah ada, Kalau ada baik mesti ada buruk juga. Kalau ada baru mesti ada lama. hahaha

Sedih Webe ni, Tidak disediakan perkhidmatan hotspot. Nak Hotspot kena bayar RM6.00/2Jam. Dah macam harga pergi main Cybercafe. hahaha Rindu pulak nak pergi cybercafe, dulu rajin noh pergi sana zaman kanak-kanak nak remaja gitu. hahaha

Tapi yela, Webe dah bagi baik punya data, takkan nak sampai ke hotspot pulak, so Webe kenakan charge di Hotspot pulak.

Dah masahalh Hotspot, ni masalah hp pulak, sebab tak semua hp boleh menggunakan Webe kerana Webe hanya support LTE Band 5 (850 Mhz). Jadi, kalau korang punya hp takde Band 5, Line tu jadi H+/3G je lah. Tapi, katanya H+ pun sama lajunya dan dapat menikmati UNLIMITED DATA.
Di Website WEBE, mereka juga ada cadangkan antara hp yang boleh diguna bila gunakan sim webe ini. Tapi Hp Alja hanyalah SAMSUNG GALAXY A5 Model tahun 2005/2006 kalau tak silap. Still Support juga, Laju pun laju. Layan video takde buffer. Tak takut data habis lagi. Tidur pun pukul 3-4 pagi. hahahaha

Line pun, tak semua tempat ada coverage Webe. Untuk tahu tempat ada ada coverage atau tidak, boleh ke Website WEBE dan search lotion yang korang nak antara 3G atau 4G

Ok, itu je kot yang boleh Alja share selepas menggunakan Webe selama sebulan. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh komen di bawah tau. Terima Kasih kerana luangkan masa disini! :)

10 comments:

  1. skarang baru tau apa webe ni. Best jugak baca pasal benda ni

    ReplyDelete
  2. my friends have been convert to webe. seems like a good mobile network

    ReplyDelete
  3. Thanks for the infor. I can subscribe it together with my family.

    ReplyDelete
  4. Webe is really cheap. However, I don't like that they charge for personal hotspot. I use it all the time when I am travelling.

    ReplyDelete
  5. I also heard alot about webe. You get to test it already, it's fast?

    ReplyDelete
  6. sayang nya tak boleh guna hotspot :(. sekarang ni pakai topup je sbb nak jimat. lagipun rumah dah ada wifi.

    ReplyDelete
  7. wow such a great deal! Never heard about WEBE before, but thanks for your great sharing ya!

    ReplyDelete
  8. Ada dengar jugak pasal WEBE nih. tapi uyul guna umobile dah setahun.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  9. macam better then digi and celcom :P

    ReplyDelete
  10. Nice info. Baru tahu pasal telco ni. ;)

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sila Jaga Percakapan anda . Jika tidak anda boleh didenda tidak melebihi 58 Ribu Ringit atau dipenjarakan atau kedua-duanya !

ANDA SEDANG DIPERHATI . MOHON JAGA TINGKAH LAKU APABILA BERADA DI WWW.CAHAYAPERMATA.MY . TERIMA KASIH .