"INI BISNES BUKAN PROPA" Bersama Usahawan Wan Nong Muzafar

April 22, 2017 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum hi korang. Nak citer pasal Bisnes, Alja bukan orang Pro. Tapi setiap orang dari kita berpeluang untuk belajar dan tahu mengenai Bisnes. Bisnes bukan pakai duit sahaja. Sistem Barter juga merupakan bisnes. Apa itu sistem Barter? Sistem Barter, contohnya, Kalau Si A ingin Ayam, Si B ingin Nasi, dan kedua-2 barang itu ada pada 2-2 orang diantara SI A dan Si B. Mereka boleh je bertukar barang yang mereka inginkan pada orang yang sama. Itu juga merupakan Bisnes. Tak gitu?

Sebut pasal Bisnes, Alja memang minat sangat dengan Bisnes. Bisnes, makin dikembang makin bagus. Ditambah dengan Ilmu yang dikongsi oleh sekeliling kita, makin menjadikan bisnes kita maju. Contohnya, Benang Hijau, SugarScarf dan Power Cat.

Jadi, Pada hari Khamis lepas, Alja berpeluang mendengar talk bersama Wan Nong Muzafar. Tapi sebelum tu, Siapa Wan Nong Muzafar ni? Jom Kita baca lebih lanjut siapakah Beliau.
Wan Nong Muzafar merupakan seorag Bisnes consultant. Beliau memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera Discount House setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam jurusan  Kewangan dari Massey University, New Zealand pada 1997. Beliau bertugas sebagai  ‘dealer’ pasaran kewangan di jabatan perbendaharaan. Setelah tiga tahun bertugas sebagai ‘dealer’ beliau mula merasakan bahawa dirinya inginkan sesuatu yang lebih mencabar.
Minat mendalam beliau di dalam dunia media menyebabkan beliau terus menerima jawatan di jabatan pemasaran di bahagian majalah sugguhpun jawatan tersebut adalah untuk posisi eksekutif yang mana beliau perlu membuktikan sekali lagi keupayaan beliau. Dalam masa setahun bertugas sebagai eksekutif, nasib meyebelahi beliau dimana beliau dinaik pangkat terus sebagai Pengurus Jabatan Pemasaran yang mempunyai lebih 30 orang pekerja.
Antara program-program yang diilhamkan oleh beliau adalah Malam Anugerah Perlancongan Libur yang disokong oleh Kementerian Perlancongan. Program ini mendatangkan keuntungan lebih daripada RM200,000.00 kepada syarikat. Disamping itu beliau berkerjasama dengan jabatan pengiklanan untuk mengilhamkan beberapa kempen yang mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Beliau juga mengetuai kempen pemasaran Sinar Harian apabila ianya mula-mula diterbitkan di Kelantan. Sebulan setelah kempen tersebut dilaksanakan, Sinar Harian menjadi rujukan utama di Pantai Timur sehingga hari ini.
Disamping itu beliau telah mengarang dua buku perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan Kuasai Formula Perniagaan yang menjadi “Best Seller”. Buat masa ini beliau telah bersara dari Kumpulan Media Karangkraf dan merupakan pengarah di ILM Legacy Sdn Bhd. Beliau masih lagi aktif menjalankan tugas beliau sebagai konsultan perniagaan (Online & Offline) bagi para usahawan dan juga dunia koporat disamping mengadakan latihan keusahawanan dari msasa ke semasa.
Alja happy sebab dapat salah satu buku yang menjadi Best Seller ni iaitu "Kuasai Formula Perniagaan" Nak berniaga kena ada ilmu, baru perniagaan kita lebih KAW dan umphh! Lagi satu, Tuan Wan Nong Muzafar juga ada kata "Jadikan kerja anda sebagai Ibadah" baru kita tak rasa terbeban. Baru kita rasa masa kita sentiasa mencukupi.

Beliau bagi talk mengenai bisnes hanya untuk tolong orang yang ingin diri mereka maju. He guide people to grow dan make a strategic planning. Untuk pengetahuan tambahan korang, beliau study di UITM dalam bidang Bussines dan yang membuatkan Alja Tabik springgg sebab beliau Dean list setiap Sem! Wow. Semasa belajar, beliau balancekan antara education dan Sports. Nama beliau juga disebut-sebut semasa study hinggakan dah habis belajar pun, nama beliau maish disebut-sebut.

Kita buat 1 kerja pun dah mengeluh kan? Wan Nong Muzafar buat 5 hingga 6 kerja selama 4 Tahun. Selepas 4 tahun beliau buat 5-6 kerja, beliau mencuba untuk mencari kerja lain dan akhirnya beliau diterima kerja di Media Karangkraf.

Wan Nong Muzafar juga seorang yang humble, ini kerana beliau diajar untuk sentiasa rendah diri dan yang lebih penting, beliau kata "Don't let your money control you" Yes. Alja setuju. Jangan bagi kita bertuankan duit. Biar kita yang control money tu.
Talk ala ala santai yang hanya lebih kurang 2 Jam lebih ni amat tak cukup bagi Alja. Sebab Sharing yang di kongsikan oleh Tuan Wan Nong Muzafar sangat best. Alja tak risau, sebab Tuan Wan Nong Muzafar akan adakan Seminar "Ini Bisnes Bukan Propa" IBBP 2017 pada bulan Mei 2017 nanti.

Siapa yang patut hadir?
  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
  • Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan
  • Usahawan yang 'Stuck' atau berniaga cukup-cukup makan
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan kewangan perniagaan
  • Usahawan yang ingin 'Upgrade' perniagaan
Seminar ini bakal diadakan bertempat

Tempat : Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Tarikh : 13 & 14 Mei 2017 (Sabtu , Ahad)
Masa : 9.00 Pagi sehingga 6.30 Petang

Seminar ini bakal di kongsikan oleh seramai 7 orang usahawan yang berjaya, iaitu
  1. Wan Nong Muzafar ( Ceo ILM Legacy )
  2. Wan Zaki ( Ceo Jelitasara )
  3. Noorizam Shah ( Ceo Jel Gambir Jantan )
  4. Faisal Badry ( Pengarah Pemasaran Vidmiil )
  5. Tuan Fazrul Ismail ( Ceo Akademik Sinergi )
  6. Fizo OMar ( Ceo FOC Channel Fizomawar Kitchen ), dan
  7. Fynn Jamal (Fynn Jamal RTW & Susu Juna )
Kuasai ilmu strategi bisnes yang menjana 7 angka dari usahawan  yang telah berjaya melakukannya. Jadi apa tunggu lagi? Kosongkan aktiviti korang pada 13 dan 14 mei 2017 nanti untuk belajar lebih dalam mengenai Perniagaan yang realistik dan strategik serta mampu merancang dan mengurus bises secara optimum.
Untuk maklumat lanjut mengenai apa sahaja aktiviti atau mengenai Wan Nong Muzafar, boleh layari, 

Instagram : discomuz
Facebook Official : wan nong muzafar
Facebook Fanpage : wan nong muzafar official


2 Comments

Write Comments
Nurul Najihah
AUTHOR
May 9, 2017 at 8:50 PM delete

jemput singgah ke blog saya
https://thisisme-38.blogspot.my

Reply To This Comment
avatar
May 19, 2017 at 2:34 AM delete

wah !! kaki bisnes rupanya.. hee~ bagus muda muda blaja bina networking.. dapat plak ilmu dari otai.. kena amalkan tau.. pinjam buku tu bleh ?

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤