Cadangan Berbuka puasa di Kafe kontena berkonsepkan suasana kampung

June 05, 2017 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum hai, Pada hari sabtu yang lalu, Alja telah bekunjung di satu kedai makan yang terletak di area Puchong, Selangor. Kedai berkonsepkan ala suasana kampung dan jauh dari hiruk pikuk kota, mendamaikan jiwa dan jauh lari suasana riuh rendah manusia serta kenderaan.

Untuk siapa yang inginkan ketenangan, korang patut cuba dan rasai sendiri kedai yang terletak di area Selangor ini, iaitu kedai yang diberi nama Nurul Izzah Catering dan ASAP Steamboat & Grill. Kedai makan kafe kontena dan berkonsepkan suasana kampung ini membawakan hidangan Buffet Ramadan Under the Stars yang bermula pada puasa ke-tiga dalam bulan ramadan iaitu pada 29 Mei 2017 sehinggalah ke tarikh 21 Jun 2017 iaitu hari ke 26 Ramadan dari pukul 6 petang dan berlarutan sehingga pukul 10 malam.
Gabungan konsep 'Steel and nature under the stars' yang dibawakan oleh Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill untuk suasana berbuka puasa pada bulan Ramadan kali ini sememangnya amat mengujakan terutama bagi warga kota yang menginginkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana kampung.

Keistimewaan lokasi Buffet Ramadan ini adalah kedudukan kampung yang terletak di tengah-tengah bandar Puchong dan USJ Subang Jaya. Lokasi ini terletak di Kampung Tengah, Puchong yang berdekatan dengan One City, USJ Subang Jaya.

Dengan kemampuan untuk menempatkan seramai 400 penghujung pada satu-satu masa, Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill amat yakin dapat memenuhi keperluan berbuka puasa yang ditempah pelanggan. Kafe kontena ini juga dilengkapi dengan tandas awam beserta surau yang sangat selesa dan sangat kids friendly untuk anak-anak bermain bagi penghujung yang datang bersama keluarga.
Buffet Ramadan ini menyediakan sebanyak lebih daripada 150 jenis makanan dan 10 pilihan stall! Weii 150 jenis makanan hokeh, perut boleh isi ke tu? Tapi berbaloi lah dengan hanya harga RM55.00/pax nett untuk dewasa dan RM26.00 untuk kanak kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

Antara makanan yang disediakan ialah Buffet nasi & lauk kampung, kambing bakar, macam-macam jenissss mee, bihun, laksaaa, steamKuih muih, Bubur yang pelbagai jenis, Air pelbagai perisa dan warna Serta buah buahan sebagai pencuci mulut. Yang menariknya kan, mereka menyediakan lok-lok steamboat dan yong tau fu secara ala carte.
Bayar semurah ni tapi boleh makan sepuas-puasnya dan semewah-mewahnya, siapa yang taknak kan? hahaha Yang penting kerang masak hitam kot kalau tak silap yang ni. Allahu teringat sampai sekarang. sedapnya!!!!
Ketam tu menyelerakan kan? Semua masakan kampung dia, sangat sedap. Dah nama masakan kampung kan, ulam-ulam, Belacan, budu harus lah ada juga.
Pencuci mulut pun ada, sangat banyak dan pelbagai. Yang penting muat ke tidak perut tu? hahaha Air pun pelbagai warna, air sejuk air panas mahupun air kosong. Tak dilupakan juga steamboat yang dicadangkan. Steamboat disini menyediakan secara ala carte
Dah puas cuci mata? Jadi apa tunggu lagi. Puasa pun dah bermula. Apa kata ajak kawan-kawan, iftar sesama di Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill. Harga pun murah hanya RM55.00/seorang dan RM26.00 untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 12 tahun.
Jangan lepaskan peluang sebab Buffet Ramadan ini hanya untuk 20 hari ramadan sahaja bermula 29 May sehingga 21 Jun 2017. Apa tunggu lagi? Segera hubungi,

Facebook : Nurul Izzah Catering
Website   : www.nurulizzahcatering.com.my
Calling     : 03-8068 5410 / 6410
Fax          : 03-8066 3432
Alamat     : No. 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47150 Puchong, Selangor
Waze       : Nurul Izzah Catering

1 Comments:

Write Comments
July 15, 2017 at 1:21 PM delete

Wahh jarang boleh jumpa kedai makan konsep moden dengan makanan lauk kampung. Ok, masuk wishlist! yeehaa

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤