Rasai keenakan Siakap Padu di Restoran Emak Engku Cheras

June 15, 2017 0 Comments A+ a-

Bersoal cerita mengenai makan, mesti tak ada siapa yang akan kata TIDAK pada makanan. Terutama bila makanan yang kita makan tu rasa sedap dan menambahkan selera kita bila makan. Tipulah kata tak akan tambah kan?

Teringat satu kedai yang Alja makan masa satu event blogger baru-baru ni. Ada satu hidangan yang Alja tak boleh lupa akan keenakan kuah masam masam pedas nya. Makanan apa tu? Tentulah Ikan siakap masak stim limau atau lebih dikenali sebagai #SiakapPadu di Restoran Emak Engku yang terletak di Cheras.

Siap ada Hashtag #SiakapPadu lagi, dah tentu memang padu. Hidangan ini merupakan salah satu hidangan yang paling popular di Restoran Emak Engku. Paling rugi kalau korang datang sini tapi tak rasai keenakan Siakap Padu Viral mereka.
Restoran Emak Engku juga pernah diviralkan oleh Vitdaily. Vitdaily adalah Video yang sentiasa menjamukam mata korang dengan video-video makanan yang menarik di tempat-tempat menarik. Lapar pula teringat ikan siakap padu ni. hahaha Cerita-cerita tapi mana gambar ikannya?
Tadaaaa!! Ikan Siakap Padu yang menjadi kegilaan ramai. Korang patut rasa Ikan siakap stim limau ni, lagi-lagi bulan puasa ni kan? Mestilah tekak nak rasa masam masam sikit kan?

Bila korang dapat makan ikan siakap masak stim limau, apa korang buat dulu? HIRUP KUAH! Hahaha, Datang-datang je dan bunyi azan, Benda yang kena buat adalah rasa kuah ikan siakap stim limau ni dulu. Bila pertama kali rasa, perghhhh lidah rasa hidup. Sebab dah rasa masam masam pedas yang membangkitkan selera lagi. Pastikan makan dengan Cili padi potong baru ngam!

Restoran Emak Engku bukan sahaja menghidangkan Ikan siakap padu ni sahaja, malah terdapat pelbagai hidangan yang disediakan dan diantaranya ikan siakap 3 Rasa, Kerabu Mangga, Tomyam, Sayur, Daging masak merah dan banyak lagi.
Restoran Emak Engku menghidangkan makanan dari resipi original daripada Thailand! Bukan itu sahaja, malah ada yang membuktikan bahawa rasa masakan di Restoran Emak Engku adalah sama seperti masakan di Thailand.

Untuk bulan Ramadan tahun ni, Restoran Emak Engku ada menyediakan Pakej Iftar Istimewa di Restoran Emak Engku yang bermula dari RM65.50 untuk dimakan 2-3 orang. Makanan Murah, berbaloi pulak tu. Untuk Surau nak solat pun sangatlah dekat serta parking kereta juga mudah didapati.

Kalau tengok di Facebook tak putus putus Restoran Emak Engku mendapat kunjungi dari orang ramai. Cubalah Whatsapp untuk tempahan. Mungkin ada kosong lagi. Lambat-lambat melepas lah Pakej Iftar murah tu kan? hehehe
Untuk Event blogger kali ini, Alja nak selitkan sikit produk-produk yang bekerjasama dengan Iftar blogger bagi tahun 2017 Iaitu,

  • Faridism Production - Photographer
  • Bigads - Designer
  • Cookies Most Wanted
  • Olicandy, dan
  • VS Lip Glow
Budak atas ni, Alja balik je dia terus susun produk keliling dia suruh ambik gambar. Dasar model tak berbayar. Hahaha Cookies Most Wanted tu memang sedap, Setanding dengan Cookies Famous Amos.

Kalau nak tempah, boleh whatsapp nombor di bawah atau boleh jamukan mata korang dengan gambar-gambar di facebook Restoran Emak Engku

Facebook   : Restoran Emak Engku & Western Special
Alamat       : NO 15 JALAN INDAH 26 TAMAN CHERAS INDAH 56100
Waze         : RESTORAN EMAK ENGKU
No Hp        :  017-2254215

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤