Apa itu Scaling teeth? | Pertama kali Cuci gigi

July 19, 2017 0 Comments A+ a-

Cuci Gigi? Selalu kita dengar gosok gigi je kan, jarang jarang dengar tentang cuci gigi ni. Takpun biasa dengar tapi tak ambik kisah. Betul tak? Salah seorangnya manusia bernama Alja. Hahahaha So ini adalah kali pertama Alja Cuci gigi atau nama omputih/English version is Scaling Teeth. Gittew speaking. hahaha Ada beza ke cuci dan gosok gigi?

Mestilah ada! Kalau gosok gigi, kita gosok je macam nurse ajar time sekolah rendah. Tipulah kalau lupa, takkan lah tak ingat nurse pesan bawak berus gigi ultraman, berus gigi barbie warna warni dan cawan berbagai bentuk sebab nurse nak ajar cara gosok gigi, tepi longkang lagi. emmmm hahahaha

"Mula mula bukak mulut, macam mana bukak mulut? Pandai.... Lepastu gosok gigi bahagian depann.. pandaiii.....bla bla bla bla bla. kumur mulut. ok bagus...bla bla bla bersurai...." hahahaha
Sumber gambar : http://dentalcarematters.com/scaling-and-polishing/
Alja memang TAK PERNAH LANGSUNG CUCI GIGI. Seumur hidup tak pernah, sampailah rasa nak meraung peritnya bila sakit gigi. Dengan gigi bongsu lagi nak tumbuh. Sakit kan? Lepastu bila gosok gigi, keluar darah. Korang ada? Kalau ada kena Scaling tu. Ceh jadi doktor pulak. hahaha

So bila dah teruk sangat and time tu emak ada temujanji dengan doktor gigi, so Alja pun decide lah nak pergi juga, pergi klinik dalam bulan 6 mcm tu. Alja pergi klinik gigi dekat Hospital Rehabilitasi Cheras. Lepastu Jumpa doktor, doktor bagi temujanji sebab nak buat scaling. Doktor kata kena buat scaling sebab tak pernah buat so gusi dah jadi warna pudar. So sebab tu berdarah and ada toksik, sisa makanan, kotoran. So kenalah cuci.
Tibalah tarikh 19 Julai untuk temujanji Scaling gigi Alja. Temujanji pukul 2 petang so datang tepat-tepat ke sana sebab nak nombor awal so lepastu boleh berjalan-jalan naik MRT. hahaha Bayaran untuk cuci gigi hanyalah RM2 sahaja untuk klinik kerajaan.

Perasaan? Gementar sebab pertama kali scaling gigi tapi still relaks, berlagak sangat muka relaks nya, tapi bila dah nombor kena panggil. Doktor suruh pegang tempat air cuci gigi tu, terus dah takut. Doktor tanyalah juga "Pernah scaling gigi? Kalau tak pernah tahan sikit ye sebab akan rasa ngilu"

Masih lagi berlagak sebab ingat ngilu kena gigi semut. Gigi semut ngilu ke? Emm. hahaha Lepas je dia ambik benda tajam tu, terus terenjat kaki tangan badan semua. SAKIT! Sampai tolak tangan doktor tu. Doktor pun suruh tahan sikit, jadi dia akan cuci bahagian atas, kiri atas, kanan atas then baru bahagian bawah. Bawah memang lagi ngilu habis.
Dah siap, dia bagi air untuk kumur-kumur, pergghhhhh segala kotoran keluar, darah jangan cakaplah, banyak. Kotoran tu bukan calang-calang, ada macam batu, kotoran segala toksik lah dekat gigi. Ingat badan je ada toksik ke? Gigi pun ada tau. Alja lupa nak ambik gambar before, so after je ada. Jadi share jugalah. hahahaha

Sekejap je scaling, dalam 15minit sehingga 30minit bergantung keadaan gigi kita. Lepas dah Scaling, akan ada rasa kelainan pada bahagian gigi bawah. Rasa macam kesat-kesat gitu. Jangan risau, ni benda biasa sebab gigi kita dah bersih dari karang gigi. Berdarah semasa scaling pun perkara biasa. Jadi jangan risau ok? Kalau ada yang nak datang Hospital Rehabilitasi Cheras , bawah ni adalah waktu dan masa klinik gigi.
Kenapa kita kena Scaling gigi atau cuci gigi? ia bertujuan untuk membuang karang gigi dan membuang stain pada gigi, bakteria dan plak gigi. Plak yang lebih lama ditinggalkan di gigi, semakin sukar. Selepas 24 jam, beberapa plak mengeras ke dalam kalkulus, atau dikenali sebagai tartar. Kalkulus adalah plak mineral dan tidak datang dengan berus dan floss lagi. Bakteria dalam plak dan kalkulus menyebabkan keadaan keradangan yang dipanggil gingivitis. Sekiranya tidak dirawat, gingivitis boleh berkembang menjadi penyakit yang lebih serius yang disebut periodontitis. Rawatan yang paling biasa untuk periodontitis adalah skala dan perancangan akar.
Sumber Gambar : http://www.teethcarecentre.in/page/periodontics
Sumber Gambar : http://jb-dental.com/pembersihan-karang-gigi-scaling-perlukah-bagaimana-prosedurnya/
Maka, kenalah Rajin cuci gigi dan pilih berus gigi yang sesuai. Alja balik dari Scaling gigi ni terus cari berus gigi baru yang 0.01 halus berusnya. hahahaha. Jadi sekarang dah faham tentang pentingnya jaga gigi? Kalau taknak gigi rosak, kenalah rajin gosok gigi, sebelum tidur gosok gigi. 3-6 bulan sekali pergi scaling gigi pulak. Confirm takda sakit gigi, berdarah gusi. Kalau sakit pun, tak seteruk bila tak jaga. Betul tak?

So, sayangilah gigi anda seperti mana anda sayang nyawa. Ada kaitan tak? hahaha. Eh, gigi penting tau. Kalau takde gigi, macam mana nak senyum? mulut berbau pun kita punya keyakinan diri pun down apatah lagi kalau gigi takde? macam mana nak senyum kan? so jaga gigi elok elok! :)

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤