Feedback selepas minum Jus Lutox keluaran Dnars

July 09, 2017 3 Comments A+ a-

Dah masuk 3 minggu beraya, apa cerita semua? Masih beraya lagi ke atau mula dah stress dengan kerja yang menimbun di tempat kerja? hahaha Kerja menimbun pun jadi tanggungjawab juga, nak tak nak kena buat juga kan? Baik bekerja dengan Boss, sendiri ataupun hanya duduk rumah. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri.

Tapi, bila dah stress, bila stress bahu ni rasa bagaikan pikul beban yang berat sangat. Sampai rasa sakit lah bahu, tengkuk, tulang belakang belum ditambah lagi dengan penat dikaki. Kepala jangan kata, serabut fikir itu ini, baik bujang mahupun berkeluarga. Masing-masing ada masalah. Sampai kepala effect.
Jadi, untuk melegakan sakit sendi sendi korang tu, Alja nak kongsi dengan korang produk yang Alja tengah guna sekarang ni iaitu JUS LUTOX DNARSJus lutox keluaran Dnars ni merupakan antara produk mereka yang terbaru. Alja dah mengamalkan produk ni selama lebih kurang 2 minggu. Untuk Details Jus Lutox Dnars ni Alja ada cerita di entri yang lepas.

Alja jenis yang mudah sakit bahagian belakang dan bahagian bahu leher. Macam orang tidur salah bantal tu, pernah kena kan? Ha macam tu lah. Dalam seminggu tu mesti kenalah. Tapi lepas amalkan, macam pelik takde rasa sakit, bukan takde rasa langsung tapi jarang-jarang dah dan tak macam sebelum ni. Asal tidur je dan bangun pagi mesti rasa sakit belakang. Lagi-lagi masa tidur tu mesti terjaga-terjaga sebab rasa macam tak kena je tidur. Siapa pernah? Haha

Lepastu Kulit pun rasa makin ok sebab sekarang ni Alja hanya fokus dekat Jus Lutox Dnars, tak makan apa-apa produk sebab tak rasa nak makan dalam erti kata lain malas. hahaha Jadi sebab tengah cuba Jus Lutox Dnars, So mungkin sebab Jus Lutox Dnars juga lah muka jadi makin ok. Sebab bagi Alja, muka Alja sendiri, Alja yang tengok 24jam, sebelum ni rasa macam tak bermaya. Tapi sekarang macam a little bit segar dan bermaya.
dannnnnnn tadi timbang badan jadi statik weiii. Hahahaha, sebab lepas raya memang heavy sangat naik 10KG. melampau kan? Lepastu dah naik 10kg tak insoff lagii, makan Nasi tak ingat dunia padahal lauk telur mata letak kicap dengan cili jee pun tapi nasi bertambah. Belum lagi campur yang makan fast food Mekdonald, dubuyo, Ramen samyang. Ais batu jangan cakaplah, apatah lagi air manis, tipu lah tak sentuh. hahaha Tapi baru tadi timbang ingat tambah naik gila gila lah. Rupanya statik. Rasa macam pelik juga, memang bukan time diet sekarang ni tapi entah lah.

Alja percaya Jus Lutox Dnars ni bukan apa, sebab ianya adalah minuman botani campuran buah-buahan serta sayur-sayuran. Jadi bahan-bahan yang digunakan semuanya yang berkhasiat. Cara minum apatah lagi, senang ya ampun, Pagi 2 sudu dan malam 2 sudu. Sudu Alja guna sudu plastik sebab dalam bahan-bahannya terdapat kurma dan madu. Orang kata lebih elok guna sudu plastik so khasiatnya terjaga daripada guna sudu besi.
Jadi inilah review ikhlas dari Alja bukan rekaan. Alja nak cuba untuk sambung sampai habis 1 botol nak tengok lagi feedback yang Jus Lutox ni boleh pergi. hahaha Sebab memang serius Alja tak ambik apa-apa produk selain Jus Lutox. Lagipun rasa dia kena dengan tekak Alja. Masam-masam manis macam tu.

Korang kalau nak cuba juga boleh lah pergi mana-mana laman sosial yang diyakini dan sah supaya korang dapat beli yang original. Lagipun antibodi kita pun lain-lain, jadi feedback badan kita pun lain-lain. Mana tau bila awak guna lagi ok kan? Aamiin!

3 Comments

Write Comments
Uyul Rosli
AUTHOR
July 11, 2017 at 6:00 PM delete

comel doe gambar kau yg atas sekali tuh hahahaa
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply To This Comment
avatar
rubydotmy
AUTHOR
July 15, 2017 at 12:27 PM delete

Sedap tak? Rasa dia macam apa? Pahit macam jamu? Akak tengah cari supplimen juga ni. Kalau bleh yang utk satu family. Senang suap semua sekali masa awal pagi. hahaha

Reply To This Comment
avatar
nini
AUTHOR
July 15, 2017 at 8:52 PM delete

Pernah tengok jus ni....tapi belum pernah try =)

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤