LELAKI KIKIS menjadi antara Top Komen di Page Apakes!

July 13, 2017 19 Comments A+ a-

Bila ada Internet ni, semua benda berada di hujung jari. Bahkan lama sosial tidak kurang hebatnya. semua berlumba-lumba tunjuk apa yang mereka ada termasuklah diri Alja sendiri. Bahkan nak tulis apa sahaja pun boleh di laman sosial ni. Ada yang berkongsi menulis secara baik, menulis berdasarkan pengalaman, ada pulak yang hanya copy and paste cerita orang lain tanpa usul periksa, bukan itu saja, yang mereka-reka cerita pun banyak. Jadi Semalam satu status dari page Apakes lalu di timeline facebook Alja, Status mengenai apa? tengok bawah ni.
So Alja pun saja lah komen mengenai pengalaman Alja sendiri. Bukan pengalaman orang lain ataupun sembang kencang. Sebab tak fikir akan menjadi Top Komen dan tak sangka akan ramai yang sudi menjadi hakim tak berbayar. Nama pun laman sosial, setiap orang pelbagai, lagi-lagi besar antaranya kita tak kenal pun antara satu sama lain. Jadi Alja pun komen lah begini,

"Yg aku jumpa dan asyik jumpa ialah lelaki kaki kikis. Takde duit tp berlagak kaya. Nak rasuah polis pun guna duit org. So aku mmg sentiasa berdikari, nak apa-2 semua bayar sendiri. So thanks Allah sbb hambamu ini dah putus dgn lelaki kaki kikis muka tak malu. Haha"
Jadi apa yang Alja share hanya berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan status yang Apakes share. Alja tak sangka ramai yang komen. Kalau siapa kenal Alja terutama Housemate Alja, tahulah Alja pun ex bf macam mana kaki kikis nya. Setahun je bertahan dengan dia. Mesti akan ada yang kata "Dah tahu macam tu, sayang kenapa?"

Cinta itu buta awak. Lagipun tak sangka dia macam tu. Masa sebelum Couple masa kenal peragainya lain, berbeza sangat. Bila dah coupleAllahu sedih betul tapi dah sayang, hadap kan je lah. Sebab Alja ingat boleh berubah, jadi kita pun bertahan je lah. Rupanya....

Ni Alja share sikit komen-komen yang agak panjang mengalahkan perempuan komen. Kalau nak baca komen lain, mungkin korang boleh terjah Page Apakes ni. Nak backup ke, nak hentam sekali pun takpe, sebab Alja kongsi berdasarkan pengalaman Alja sendiri. Tapi biasalah lelaki, dorang akan backup lelaki juga walaupun lelaki salah.
Yang baik hanya untuk yang baik sahaja? Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya? Ye, memang dalam Al-Quran pun sudah tertulis mengenai ini dalam surah An-Nur. Tapi kita kena faham apa yang dikatakan dengan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.

Kalau nak kata macam ni, Habis kalau semua dok baik, Takde lah perempuan kahwin dgn penzina, takde lelaki kawen dgn perempuan penzina dan Mungkin juga penzina itu sedang cuba untuk berubah. Wallahualam.

Nak cakap lelebih pun Alja tak mahir dalam bidang ni, lebih afdal kita tanya yang lebih arif. Tapi yang penting kita carilah pasangan mengikut Empat (4) perkara ni iaitu Agama, Keturunan, Rupa dan Harta.

Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya "Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa karena jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu"
Komen Sos Kicap ni paling tak suka, Alja taknak gaduh buat jadi gaduh. Siap main mak ayah lagi. Dia bercakap pun macam kenal Alja dah lama. Wahai sos kicap, Masa kenal memula lagi dah terfikir sebab nampak dia baik, takde orang perempuan baik orang lelaki nak kaut sesape jadi pasangan. Dah memula nampak ok, jadi mulakan Next step dengan ber-Couple. Bila dah couple baru nampak peragai sebenar.

Dunia balas dunia, memang dunia balas dunia. Tapi cara cakap macam kenal Alja je siap main mak ayah. Buatnya mak ayah orang tu dah meninggal? Oh buat pengetahua Sos Kicap, Ayah saya dah meninggal ok. Emak saya ada ni, tapi tengah sakit tua. Jadinya saya takkan maafkan awak sebab main nama Mak ayah saya.

Malah tuduh kata saya kaki pengkikis duit emak ayah. Tapi sorry, kalau Sos kicap ni jenis takde sensitif pasal mak ayah ni, mungkin sos kicap yang buat. atau mungkin sos kicap ni jenis kaki pengkikis. Masa couple lagi saya dah bau taik sebab peragai dah mula macam taik, tapi sebab sayang. tahu kan cinta itu buta? walaupun bau taik, dah sayang. hadap juga. Faham sos kicap? Jenama apa ni? Kalau Jalen sedappp. Dengan Tagline "Tak sah tak ada Jalen"
Kalau korang baca dekat atas tu tak ada pulak Alja kata "SEMUA LELAKI" dah terang-terang cakap "YANG AKU JUMPA DAN ASYIK JUMPA IALAH LELAKI KAKI KIKIS" berbeza kan? Sebab itu perlunya membaca dengan betul supaya tak salah faham. Kalau Alja letak nama, dah kira mengaibkan. Ceritanya sini Alja nak share pengalaman taknak mengaibkan. Tapi tak sangka tarik perhatian ramai lelaki.
Tak faham orang macam ni. Bagi Alja siapa yang komen macam ni, maknannya dia yang berpengalaman sampai ber-kiss kiss. Bagi Alja terlampau biadap. Alja bukan nak mulut jahat. Tapi dia dah fitnah Alja. Bila fitnah, Alja harap dia rasa apa yang Alja rasa. kalau bukan dia pun, ahli keluarga terdekat atau anak takpun wife dia. Bukan dia je komen macam ni, ada yang siap kata "B@&i" lagi. Tapi Fahmi Mustapha dah delete komen dia. Terlalu lancang berbicara sampai tak kisah nak tulis apa dah kan?

Kalau cakap pasal mengaibkan, ada sesiapa kenal ex Alja yang lepas? Nama? Tempat Tinggal? Muka apatah lagi mestilah tak kenal. Yang kenal pun teman rapat dan family. Itupun dorang tahu peragainya macam mana. Tapi ada beberapa Komen adik-adik kakak-kakak manis (perempuan) yang senasib dengan Alja. Ada satu komen ni Alja rasa Win.
Komen ni lah Alja rasa ok, even bukan pengalaman dia sendiri. Tapi dia berada berdekatan dengan situasi macam ni. Tak semua perempuan kaki kikis dan tak semua lelaki kaki kikis. Siapa pernah kena tahu lah rasanya macam mana. Sebab sayang, tak kisah langsung. Dah bau taik, kentut bau petai, kalau sayang, hadap juga.

Lagipun lelaki ni pada pandangan Alja, bila dorang dengan kawan-kawan perangai dorang lain. Bila dengan Gf dan family pulak lain. Kenapa Alja kata macam ni? Ex Alja yang kaki kikis ni, marah betul Alja kalau cakap pasal duit. Siap kata dia yang belanja Alja serba serbi dekat teman dia padahal topup dia pun minta Alja. Dah setahun bertahan akhirnya Alja minta putus.

Alja tak sangka ramai lelaki komen, mungkin kita berkongsi hidup yang sama dan lelaki yang sama, betul tak wahai lelaki sekalian? hahaha Itu sebab lelaki-lelaki ni butthurt sangat. Padahal Alja cerita berdasarkan lelaki yang Alja kenal. Tapi dorang komen seolah-olah kenal Alja dan Ex Alja. Alja pun dah malas nak tengok lagi komen-komen tu.
Image result for lelaki yang baik untuk wanita yang baik surah
Alhamdulillah sekarang Alja bebas. Apa pun, marilah kita perbaiki diri agar jumpa pasangan yang dapat menerima baik buruk kita. Terutama pilihlah yang beragama. Kalau pilih agama, dia marah pun takkan sesekali naik tangan. Doakan Alja dapat pasangan yang baik macam korang semua.

Wallahualam, apa yang Alja kongsi ini hanyalah pengalaman Alja sendiri. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Alja sendiri.

19 Comments

Write Comments
Mek Onie
AUTHOR
July 14, 2017 at 7:42 AM delete

Alja! Be strong okay. Sos kicap sila minta maaf balik. Anda nak nasihat orang tapi dalam masa yang anda telah mengguris hati seorang anak yatim. Onie paling tak suka bila mana sesuatu isu tu dikaitkan dengan mak ayah walhal takde kaitan pun dengan mak ayah. U are suck sos kicap, bencilah. Okay kita lak emosi,huhu.. sabar ye yang. apapun, berkenaan entri ni..lelaki dan perempuan kadang ada jugak kaki kikis. Based on my story, dalam dunia ni tak semua lelaki kaki kikis dan tak semua perempuan kaki kikis. Yang perlu, pandai-pandak kita bawa diri dalam situasi apapun supaya tidak dicaci kelak. Takpe alja belajar dari pengalaman tau. Boleh sayang seseorang tapi biar ada limitnya. Ish panjang pulak kita bebel.. selamat hari raya darling. Abaikan komen negatif k.

Reply To This Comment
avatar
July 14, 2017 at 7:44 AM delete

Alhamdulillah kita dijauhkan dari dapat suami yang sebegini. Ena dengan Yazid pun kalau keluar, harini turn aku belanja, esok turn kau pula. Kira adil. Malas rasa nak berhutang dengan sesiapa. Apapun, ena doakan alja jumpa lelaki yang mampu memberi kesejukkan pada hati alja dan membimbing alja ke Syurga

Reply To This Comment
avatar
rubydotmy
AUTHOR
July 14, 2017 at 8:06 AM delete

Hak bersuara sentiasa ada. Tapi kalau komen jadi salah anggap jadi tak seronok kan? Lagi pula lelaki memang di jadi kan utk menegur wanita. Cuma di dunia zaman sekarang mereka tidak menggunakan cara seperti ayah kita yg menegur dengan cara baik. Jadi, kurangkan menerbitkan komen di web tersebut. Ajla masih muda. Enjoy while it last.

Reply To This Comment
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
July 14, 2017 at 8:35 AM delete

Kita semua ditemukan dengan yang berperangai buruk untuk mendewasakan kita. Kita diuji sebab Allah swt sayang kita. What doesn't kill you, makes you stronger kan. Chaiyok!

Reply To This Comment
avatar
Fiza Rahman
AUTHOR
July 14, 2017 at 9:17 AM delete

Kelakar pulak baca komen2 dari lelaki tu. Ker diorang pon kaki kikis jugak. Tu yang sentap ☺☺

Reply To This Comment
avatar
July 14, 2017 at 9:19 AM delete

Selalu jumpa pompuan kaki kikis.. Tapi tue la yang pertama dan terakhir jumpa dia hahahah

Reply To This Comment
avatar
July 14, 2017 at 9:50 AM delete

Wow, Alja ada ex bf kaki kikis ke.. sabar la ye. Anggap je semua ni sebagai pengalaman untuk lebih berhati-hati lepas ni

Reply To This Comment
avatar
July 14, 2017 at 9:54 AM delete

Mudah2an Alja dpt lelaki yg baik2..aminnnn

Reply To This Comment
avatar
July 14, 2017 at 11:07 AM delete

Ini berbalik pada diri masing2. tak terhad pada jantina kot. iyalah, rambut sama hitam hati lain2. semoga kita dilindungi selalu. hihi.

Reply To This Comment
avatar
July 14, 2017 at 1:14 PM delete

Penat dpt laki cam ni.kalo pas kawen lg teruk..huhu

Reply To This Comment
avatar
Ummi Zarra
AUTHOR
July 14, 2017 at 1:18 PM delete

Bahayanya deq..
Ermmm scary kan. zmn skrg mcm² kes. seriau pulak dibuatnya.

Reply To This Comment
avatar
Fadzi Razak
AUTHOR
July 14, 2017 at 3:05 PM delete

Orang kt media sosial ni dah macam macam sangat. Suke mengecam. Sebab tu sy tak suka nak komen dkt page2 fb cmtu

Reply To This Comment
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
July 14, 2017 at 3:09 PM delete

Lelaki zaman sekarang mmg ada yg kaki kikis..kita sbg wanita kena hati2

Reply To This Comment
avatar
Lina Shaza
AUTHOR
July 14, 2017 at 5:45 PM delete

salam kenal
saya dah follow blog ni
http://mama3danish.blogspot.my/

Reply To This Comment
avatar
Chuen
AUTHOR
July 15, 2017 at 12:31 AM delete

x faham sgt benda ni. tapi...orang yg komen facebook ni jgn ambil semua dalam hati.

Reply To This Comment
avatar
Ika Sani
AUTHOR
July 15, 2017 at 6:33 AM delete

pernah juga ada pengalaman macam ni. Tengok perangai dia mcm ni, terus Ika blah. Tak tunggu lama

Reply To This Comment
avatar
July 15, 2017 at 8:03 AM delete

Yang komen tahape hape tu terasa la tuuu, terkesann! Haha

Reply To This Comment
avatar
Salma Othman
AUTHOR
July 15, 2017 at 1:09 PM delete

nasib baikla dah putus masa couple. kalau dah kahwin baru tau perangai tu lagi sedih. ada sorang kawan Salma pun ada suami kaki kikis. kesian dia menanggung suami plak. dorang dalam proses cerai dah ni. kesian. minta kita semua dijauhkan dari lelaki parasit macam ni.

Reply To This Comment
avatar
July 16, 2017 at 5:47 AM delete

Dulu pun I ada jumpa laki kaki kikis tapi tak tahan lama dengan perangai macam itu, tak gentleman le.

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤