Peniaga online di maki oleh pembeli

July 15, 2017 2 Comments A+ a-

Dari zaman dulu lagi jual beli di gunakan di antara 2 pihak. Cuma bezanya zaman dahulu menggunakan sistem barter dalam urusan jual beli. Apa itu sistem barter? Sistem barter ni pertukaran barang dengan barang yang lain.

ContohAli ada Ayam tapi Ali teringin Nasi jadi dia perlukan Beras manakala Abu ada Beras tapi teringin Ayam. Maka, Ali dan Abu membuat sistem barter iaitu pertukaran barang dengan barang demi menurut keperluan makanan mereka
Tapi masyarakat kini menggunakan sistem pertukara barang dengan duit. Sebab itulah bila kita tak ada duit, akan ada suara sumbang kata " No money no talk " Jadinya, bila takda duit, kita diam diam je lah. Gaji belum masuk, apa boleh buat. Hahaha.

Tapi zaman kini, jual beli di upgarde iaitu secara online. Ianya lebih mudah jimat masa tak perlu bersesak atas jalan raya atau manusia di dalam mall. Tak rasa letih berjalan dan duit minyak juga akan jimat sedikit ( Mungkin? ) hahaha

Yela bila jual beli secara talian ni kita boleh membeli walaupun di negara jauh China, Indonesia, ataupun korea. Website-website jual beli juga makin berlambak di internet. Contoh popular dan tidak asing lagi di halwa telinga kita, Lazada, 11Street, Shopee, Sgshop dan Althea.

Jadi bila dah jual beli secara talian ni, lagi tak bersua muka, lagi susah sebab kita akan mula kenal siapa customer kita, ragam customer kita. Sampai meniaga pun rasa taknak meniaga lagi sebab kerenah customer yang pelbagai. Itu baru ragam customer, belum lagi ragam penjual. Penjual kekwat, dah popular sikit servis out pulak, penjual layan customer tak elok.

Macam-macam masalah kan? Belum lagi dicampur duit ditipu, barang tak sampai, barang sampai isi kosong. Isi kosong ni nak salakan siapa? Penghantar barang atau peniaga?

Lain pulak dengan cerita yang Alja ingin share kali ni. Pembeli yang agak biadap bagi Alja. Mungkin umur pun baru belasan tahun. Apa jadi? Jom kita baca.
Bila baca agak biadap bagi Alja. Apa kata korang pulak bila baca conversation ni? Conversation Whatsapp ni bukan Alja punya tapi Alja dapat dari Facebook Nurul Syuhada.

Cerita nya budak ni tak ada duit dalam bank, katanya ada Cash. Lepas tu nak bayar secara pos. Nak bayar guna pos lepastu barang nak cepat. Bayangkan kalau dia pos duit tapi tak sampai duitnya? Dah alang-alang nak pos, apa kata terus ke bank untuk bank in? Guna mesin Cash Deposit Machine (CDM) atau mungkin peti pos je dekat dengan rumah dan rumah jauh dari pekan/bandar. Mungkin?

Yang rasa sakit sangat hati bila baca, dalam kad Bank tak ada duit, takde transport pulak nak pergi bank in. Tapi berlagak sangat bila Alja baca perbualan ni. Yang Alja tak suka, dia biadap sangat guna kata kata cacian dan kesat yang agak terlampau bagi Alja.

Converation ni viral juga 1-2 hari di Facebook, lagi-2 nombor tidak di tutup oleh pemilik facebook. Lagi menaikkan amarah netizen. Mungkin ada yang dah Whatsapp adik ni. Jadi Alja dah tutup nombor serta wajah adik ni sebab rasa agak kesian. Memang kita pun marah, tapi biarlah antara mereka berdua selesaikan secara baik.

Netizen marah mungkin sebab kata-kata maki yang agak melampau. Kalau dia kata elok elok, netizen pun takkan marah. Nasib bukan anak buah Alja, kalau tak dah dicili cili mulut nya.

Budak-budak sekarang memang biadap ke? Dah tak tahu hormat? bukan pada guru dan orang sekeliling malah ibu bapa juga mereka tak takut. Kata-kata kesat ni dah lali bagi mereka mungkin. Kalau dulu, ibu bapa kita jengkel mata je pun kita dah gerun. Apa nak jadi dan mana silapnya?

Walau siapa kita, duit banyak kepuk sampai tidur beralas duit, kecik besar atau tua muda. Haruslah kita hormat antara satu sama lain. Lelagi kita tak tahu dengan siapa kita berbual. Ilmu nya tinggi mana. Apa pun, sentiasa lah kita menjaga adab-adab antara satu sama lain.

2 Comments

Write Comments
Kak Yong
AUTHOR
July 15, 2017 at 10:19 PM delete

Bapak lah kurang hajakk giler. Eh sakit plak hati kita baca.
Nak cepat tapi urusan dia jugak yg merumitkan..
sabo je lah..

Reply To This Comment
avatar
Mek Onie
AUTHOR
July 15, 2017 at 10:37 PM delete

ayooooooo...pengsannnnn la gitu alja oii, hihi... pembeli dan peniaga kena faham each other la gamak dia kan,haha

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤