Setelah 5 bulan menggunakan Telco Webe

July 16, 2017 6 Comments A+ a-

Related image
Bulan march yang lepas, Alja telah bertukar telco dari Telco Purple ke Telco Webe. Jadi dah masuk 5 bulan Alja stay di telco Webe ni. Kenapa bertukar ke telco webe? salah satu sebab nya ialah Webe menjanjikan Unlimited data internet. Siapa tak suka? Lagipun time tu Telco purple sangat slow, baru buka hotspot dah 90% usage warning. Line teruk, baru guna tetiba dapat warning. Siapa tak sakit hati?

Lagi-lagi Alja student, Quiz secara online, kalau loading lepastu hilang, tak ke makan masa dan effect ke markah Alja jugalah time tu sebab loading lama, tup-tup masa pun tamat. Jadi Alja pun bertukar ke Telco Webe yang time tu promosi beharga RM79 exclude GST. Cuma kekurangan dia ialah tak boleh Hotspot. Alja ada share tentang webe di entri lepas "WEBE Mobile | Layan Video sampai bosan".

Jadi sekarang dah 5 bulan Alja stay dengan webe, 2 bulan guna, ok je, line laju tak loading bila tengok video. Sampailah masuk bulan ke-3 4 dan seterusnya ni. Tengok video loading sampai kena on off data, on off flight mode, on off hp terus. hahaha sampai satu tahap nak baling.

Ada satu masa tu, memula kawan call ok je, then tertutup sendiri. Bila kawan call balik, Alja dengar suara dia, dia tak dengar suara Alja. banyak kali sampai kawan guna no lain untuk call Alja. Ingatkan hp Alja rosak. Dah start nak nagis dah.

Try call guna Whatsapp, Eh ok pulak suara 2-2 pihak dengar. Bila call biasa tak boleh. Data ok je. Bila tengok group Webe di facebook. Semua kena benda yang sama. Rupanya Webe tengah upgrade sistem. tahu pun sebab ada seorang ni live chat dengan pihak webe.

Patutnya Pihak webe kena bagitahu lah kan, buatnya pengguna webe tengah dalam kecemasan, tak ke bahaya? Sekarang memang bad servis lah webe ni. Video loading ya ampun. Kalau laju, laju sangat. Kalau slow, kura-kura pun lagi laju.

Alja Stay dengan webe sebab fikir unlimited data je. Dengan harga yang berbaloi, lagi-lagi dia bagi freegift ni. Freegift apa? nanti Alja share next Entri! hehe. Lagipun Alja tengah fikir-fikir lagi nak tukar telco apa. Takut line pulak tak ok. Maka, sekarang tengah fikir nak tukar telco atau tak, kalau tukar nak tukar telco apa, mana yang ok dan harga postpaid yang berpatutan. Korang ada cadangan?

6 Comments

Write Comments
Ika Sani
AUTHOR
July 16, 2017 at 1:47 PM delete

Wahh kalau oke. Ika nak try juga la. Unlimited data. Memang Ika duk cari ni .

Reply To This Comment
avatar
Tasha Aqisha
AUTHOR
July 16, 2017 at 10:29 PM delete

Aha.. sama la ni.. tengah cari line postpaid yang banyak tak buat masalah...

Reply To This Comment
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
July 17, 2017 at 1:53 PM delete

Akak masih setia ngan Maxis sebab line hp company bagi..x leh nak ada line lain la...

Reply To This Comment
avatar
Fiza Rahman
AUTHOR
July 17, 2017 at 1:54 PM delete

Best tu unlimited data ☺

Reply To This Comment
avatar
BudakVanilla
AUTHOR
July 17, 2017 at 3:13 PM delete

rasanya kat tempat BV belum ada lagi webe nie :D

Reply To This Comment
avatar
Jessying
AUTHOR
July 17, 2017 at 3:14 PM delete

webe masih baru thats why i think not so stable at the moment now... anyway if its unlimited data.. nak try also!

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤