Saturday, January 21, 2017

Syok Sunday Family Day D'kayangan Steamboat dengan Konsep 2 dalam 1 (Steamboat + Grill)

Publish on : 12:26 AM There is : 0 Comments Labels : , ,
Assalamualaikum hai korang. Perut Sihat? Lapar? Ha, Kebetulan sangat, Korang, Alja nak share dengan korang satu tempat makan berkonsep kan 2 dalam 1. Uish macam Skincare ada 2 dalam 1 lagi. Apa 2 dalam 1 tu ye? Kedai makan yang Alja nak share dengan korang yang berkonsepkan 2 dalam 1 ini ialah kedai makan Steamboat. Kenapa 2 dalam 1? Sebab ianya berkonsepkan Steamboat dan Grill dan yang bestnya, kita bayar sekali, tapi semuanyaaa kita boleh makan. SEMUA! Kenyang ke tidok? Jimat ke tidok? hahaha

Pada mulanya, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan hanya menyediakan masakan secara Stimbot dan pengunjung diberikan 2 pilihan Sup iaitu Antara Sup Ayam atau Tomyam. Sup ini adalah sebagai kuah rebusan untuk pengunjung menikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.
Di antara Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan.

Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Kambing Panggang juga turut disediakan dan menjadi pilihan serta sambutan pelanggan-pelanggan yang berkunjung. Daging kambing ini dipanggang menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambing panggang tersebut. Dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut.
Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Dan semestinya pelbagai kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai dan tidak ketinggalan air batu campur turut disajikan.
Asyik tunjuk makanan je, nak tahu juga harga kan? Boleh lah survey dulu sebelum pergi. Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 33.00+ bagi dewasa dan RM 18.00+ bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Bermulanya pada April 2016, setiap hari Ahad, restoran ini membuat “Sunday Family Day” bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang, harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah RM 22.90+ bagi dewasa dan RM9.90+ bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun.
Untuk Info tambahan, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.
Best ke tidokkk? Walla ke tidokk? Haha Lelehhh Ayaq liuq hampa noh, pi lap sana dan terus ke D'Kayangan Steamboat sebab mereka menyediakan Lebih dari 200 jenis makanan dan dihidangkan setiap hari, Dah tu ada Kambing golek pula tu. Parking yang banyak, ruang makan yang selesa dan kemudahan surau juga disediakan. Wow! Best ke tidokkkk? haha
So Apa tunggu lagi? Terjah terus D'Kayangan Steambot tau! Mana yang masih keliru mengenai masa, Hari, Harga, dan lokasi Steambot D'Kayangan. Nah Alja Kasi Clearkan supaya korang tak telan air liur tgk gambar je :D

Masa Perniagaan : 
Isnin Hingga Sabtu      : 5.00PM sehingga 1.00AM
                    Ahad       : 12.00PM sehingga 12.00AM
 “Sunday Family Day”  : 11.00AM sehingga 3.00PM

Harga yang dikenakan :
         Dewasa  : RM 33+
Kanak - Kanak : RM 18+ [ Berusia 5 – 11 tahun ]
 “Sunday Family Day” : Dewasa RM 22.90+ dan;
                                  : Kanak - Kanak RM9.90+

No Untuk Dihubungi Bagi Pakej Berkumpulan :
012-2971091
017-5076274
03 - 55234979

Laman Sosial D'Kayangan Steamboat :

Facebook  : Steamboat bbq buffer dkayangan
Instagram : @Dkayangan Steamboat
       Email : [email protected]

Alamat D'Kayangan Steamboat :
Sri Acapella Service Apartment
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13, Shah Alam
40100 Selangor Darul Ehsan
Nah belanja Satu gambar dengan meja yang full, haha

Wednesday, January 4, 2017

Happy New Year 2017 | Ada Azam?

Publish on : 4:57 PM There is : 1 Comments Labels : ,
Assalamualaikum hai semua, Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua yang baca blog Alja ni. Terasa baru semalam je sambut New Year tapi tengok tarikh dah 3 haribulan dah. cepatnya masa berlalu kan? Bila sebut tahun baru je mesti ada yang bertanya tentang AZAM.

AZAM 2017 sama je dengan azam tahun tahun lalu cuma itu lah ada penambahan dan perubahan itu je bezanya azam Alja tahun ni. Macam mana Azam awak semua?

AZAM Alja 2017 ni harap dipermudahkan segala urusan. Tahun ni umur pun dah meningkat and dah lebih dewasa sedikit. Ceh boo lah sikit. hahaha Tahun 2017 ni, baru je lepas diploma, result pun ok, nak sambung degree tu memang ada niat, InsyaAllah kalau dimudahkan.

So sekarang ni nak kumpul ASET. Beli rumah tu tak lagi, cuma dalam permulaan baru nak hidup ni nak beli kereta, nak ada kerja tetap yang bagus. Sebab sebenarnya cita-cita nak jadi Cikgu, cikgu pula nak jadi Cikgu tadika. Hahaha Aamiin kan lah :D

Takde apa nak azam sangat, nak azam kurus pun, tiap bulan asyik azam kurus tapi tak buat buat, so azam tu tinggal je lah. Ada nampak Alja kurus tu, maknanya dah berjaya lah tu, kalau tak kurus lagi, maknanya azam dah lari ke kampung.

Apapun, Jangan azam je lebih tapi tak buat apa apa tindakan, Azam dengan Tindakan itu betul. Harap 2017 kita ni semua berjalan lancar dan diredhai Allah. InsyaAllah.