Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 | Impak dan Aktiviti HUB

April 05, 2018 5 Comments A+ a-


"Selagi belum ada yang cakap kita gila selagi itu kita belum boleh berjaya..." Abang Abu 'Mekanik Wang'

Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 telah pun berakhir dan sampai ke penghujungnya. HUB 2018 untuk tahun ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 30 & 31 March (Sabtu & Ahad) bertempat di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Himpunan Usahawan Bumiputera atau lebih disingkatkan kepada HUB 2018 merupakan satu program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bertujuan untuk mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan / dewan / pertubuhan / majlis berkaitan keusahawanan dan PKS.
GAMBAR - @r.fazzy
Program Himpunan Usahawan Bumiputera ini adalah pendekatan menarik bagi usahawan Bumiputera untuk mendalami lagi penggunaan teknologi dalam perniagaan. HUB 2018 juga padat dengan strategi pemasaran transformasi minda, selok belok tentang kewangan dari Pakar Industri & Usahawan Selebriti dalam sesi Young CEO Summit seperti Fizo Omar, Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Rosyam Nor, Izzue Islam, Fafau, FBI, Caprice bang bang dan ramai lagi.

Pelbagai Aktiviti yang telah diadakan semasa HUB 2018 dijalankan, diantaranya ialah,

  • Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI
  • Gerai Buah-Buahan FAMA
  • Pelbagai pertandingan seperti,
    • Gubahan Bunga
    • Teh Tarik Chanllenge
    • Karaoke Gegar
  • Pertunjukan fesyen
  • Booth Tonton dan Boost
  • Pelbagai Demonstrsi diadakan,
    • Hair Styling oleh Joe's Barbershop
    • Hijab bersama Nabilah Razali
    • Make-Up bersama Syed Dewa
  • Penampilan Maskot Transformers
  • Yang paling best, ada CABUTAN BERTUAH! 
Bestkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang HUB 2018 ni? Mesti korang rasa rugi mana yang tak dapat pergi tu. Takpe, Cuba tahun depan ok? mana tahu tahun depan ada lagi kan? Eh bukan itu sahaja, itu baru sebahagian. HUB 2018 turut menyediakan lebih 250 gerai pameran dan kaunter informasi di samping 50 kendera saji tau malah ada pameran kereta bagi yang mana suka akan kereta-kereta sport gempak pasti lebih teruja.

Lupa bawa Cash? Eleh sekarang duit pun dihujung jari lah. Download lah Apps BOOST. Di HUB 2018, Boost pun ada juga tau. Siapa yang pergi di HUB 2018 ni telah dapat RM20 voucher Boost secara pecuma. Ruginya hangpaaaa tak pi. Macam macammmm pertandingan, Demonstrsi, Food Truck, malah Grab pun RM5 off jika korang pergi ke HUB pada hari itu. Ada penyesalan? Terlambat! hahaha
Mengenai Young CEO Summit ni, mungkin ada yang tak pernah dengar langsung. Tapi tersangat lah bagus kerana ia merupakan Sembang Usahawan termasuklah Usahawan Selebriti seperti Fizo Omar, Izzue Islam, Fafau, FBI dan ramai lagi usahawan Selebriti yang telah turut serta pada HUB 2018 kelmarin.

Young CEO Summit ini merupakan satu Platform bagi mendalami lagi strategi keushawanan oleh Pakar Industri, Mentor dan Usahawan berjaya termasuk ilmu 'Street Smart' dan 'book smart' sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan.
Gambar di atas ini merupakan gambar secara live oleh salah seorang Usahawa Selebriti iaitu Fizo Omar yang telah berkongsi Inspirasi serta tauladan untuk membangkitkan lagi semangat usahawan bumiputera.

Menjadi Usahawan bukan lah satu perkara yang mudah lagi-lagi jika bukan minat. Tapi kita boleh pupuk minat tu dalam diri kita. Cuma kita mampu ke menempuh segala jatuh bangun dan pelbagai cabaran seperti Usahawan-usahawan bumiputera ini lalui sehingga telah berjaya sampai sekarang?
Slot motivasi Prof. Dr. Muhaya telah mencuri tumpuan belia
Slot transformasi minda oleh Prof. Dr. Muhaya berlangsung dengan sangat meriah selama satu jam apabila belia diberikan panduan dan formula untuk berjaya dalam kehidupan serta dalam perniagaan

Tambahan itu, beliau juga memberi dorongan yang sangat positif kepada belia agar tidak sesekali berputus asa dalam bidang keusahawanan ini malah berkongsi supaya golongan belia seperti kita ini sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum kita menceburi bidang perniagaan ini.
GAMBAR EHSAN UTUSAN
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 ini juga dimeriahkan lagi dengan adanya Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Ahmad Maslan.

11 insentif untuk PKS bernilai RM2.9 Billion

  • Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 insentif baharu dan tambahan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM2.9 Billion
  • Beliau berkata peruntukan terbesar berjumlah RM2 billion akan disalurkan kepada Program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua
  • Katanya lagi, dana sebanyak RM500 juta akan disediakan untuk mempergiatkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan dan pengedaran
Pelbagai Impak dan kesan yang bagus yang dapat kita simpulkan dari Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 ini, salah satunya adalah kita dapat meneroka peluang perniagaan, mendapat pelbagai maklumat mengenai menjadi ushawan, dapat memantapkan lagi ilmu mengenai perniagan serta dapat menjalinkan jaringan yang baharu.

Menjadi usahawan pada masa kini perlulah lebih bijak kerana pengguna sekarang dah makin Bijak. Semuanya ingin dihujung jari. Jadi bila ada HUB 2018 ini sangat lah bagus, kerana pelbagai peluang berada di depan mata. Mana yang baru atau masih berjinak ingin menjadi Usahawan, korang tak akan rasa rugi bila pergi ke HUB 2018 tempoh hari.

Alja harap tahun depan akan diadakan lagi Himpunan Usahawan Bumiputera ini dengan aktivti yang lebih meriah serta pelbagai perkongsian yang baru untuk menjadi usahawan. 

5 Comments

Write Comments
April 5, 2018 at 8:22 PM delete

ushawan kena kreatif dan innovatif kan dan bersaing antara satu sama lain..bagus HUB jadi ramai yg lebih peka akan teknologi terkini

salam kenal dari umifuzy.com

Reply To This Comment
avatar
Shafik
AUTHOR
April 9, 2018 at 9:15 AM delete

Terbaik setiap panel yang membuat perkongsian. Barulah semangat anak-anak muda.

Reply To This Comment
avatar
afzalsukasuki
AUTHOR
April 9, 2018 at 9:26 AM delete

Bestnya dengar kata ramai yang turun. Event pun meriah ngan acara. Kalau macam ni tahun depan hope blh diadakan lagi.

Reply To This Comment
avatar
REEF OMAR
AUTHOR
April 9, 2018 at 9:31 AM delete

HUB2018 memang best! Meriah serta penuh informasi! Ramai giler crowd yg hadir haritu! Semoga acara ini dijalankan setiap tahun!

Reply To This Comment
avatar
Mellya Musa
AUTHOR
April 9, 2018 at 9:24 PM delete

Wah nampak mcm best je activity pun bermanfaat 😊

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤