Jom bercuti ke Bagan Datuk, Perak - Day 1 | Program Road to Agro Tourism Siri ke 5

April 06, 2018 1 Comments A+ a-

Bila cadang nak bercuti je mesti kita terfikir akan kemewahan dan keindahan percutian kita sepeti dalam kaca TV. Apa kata kali ini bercuti, kita ke arah yang lebih mencabar dan best. Apa yang mencabar? Bercuti ala ala Kampung!


"Bila kata tentang kampung, apa yang terlintas di fikiran korang?"

Bagi Alja, percutian Ala kampung lagi best sebab kita tak payah jaga standard kita sebab sepanjang percutian confirm kita akan berlasak, suasana pun aman damai dengar bunyi ayam berkokok memanggil untuk bangun subuh. Bila ayam berkokok, kita mesti tahu waktu tu dah pagi. Takpayah kalut tengok jam dah.

Embun pagi di kampung pun lain sangat dengan bandar. Ini memang Alja akui. Alja jarang balik kampung sebab dekat sana tak ada sesiapa dan sepenuhnya lahir dan membesar di Bandar Kuala Lumpur. Kampung Alja pun biasa je takde sawah, takde benda yang mencabar. So bila orang ajak kita bercuti ke kampung. A bit excited! hehehe Harap berjodohan dengan orang jauh jauh. Barulah time raya fefeling balik kampung hahahaha

Untuk trip kali ini, Alja bercuti selama 2 hari 1 malam di Bagan Datuk, Perak. Dibawah Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 anjuran MAJLIS PELANCONGAN MALAYSIA (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan persatuan Homestay, Bagan Datuk.
 
Dari Kuala Lumpur ke Bagan Datuk, Perak mengambil masa selama 4jam lebih. Jadi setelah berpenat di atas bas. Tidur bangun tidur bangun akhirnya kita sampai tempat pertama yang ditunggu-tunggu iaitu HOMESTAY PAK NGAH. Homestay Pak Ngah ini terletak di Pasang Api Bagan Datuk, Perak.

Homestay ini bagi Alja ianya sangat memuaskan. Untuk rate bagi Homestay Pak Ngah ini, Alja bagi 4.5/5. Mana lagi 0.5? Iron dan kelengkapan seperti sabun mandi tak ada. Tapi yela Homestay tak seindah Hotel. Tapi Takpe sebab kita duduk untuk lihat keindahan dan feel ala ala Kampung. So tak perlu benda tu semua. Why not kita enjoy je without that things? Barulah boleh jadi Budak Kampung Pasang Api, Bagan Datuk! hahaha Jom check it out isi dalam rumah.
Setiap rumah yang disewa oleh Pak Ngah untuk Homestay sangat besar dan memuaskan. Kebersihan pun sangat TipTop! Setiap rumah ada 2 buah bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa. sangat Wow kan? Weii tidur tak sedar weii. tau tau pagi jaaa itupun gigil nak bangun sebab Embun pagi masuk rumah ditambah lagi sejuk pendingin hawa (aircond) yang dipasang. Tobat tak nak mandi.

Selepas kita dah lawat kawasan Homestay kita, Makan Petang sebab Jam dah menunjukkan pukul 3 lebih petang. Lepas makan, kami terus ke SENTOSA FIBRE SDN. BHD. Oleh kerana Bagan Datuk merupakan Daerah yang terkenal dengan Kelapa dan Syurga kelapa dan semua berkaitan kelapa ada di Bagan Datuk. Untuk Trip Kali ini semuanya berkaitan Kelapa. Yeay Boleh Panjat pokok kelapa!
Kami ke kilang Sentosa Fibre Sdn. Bhd adalah untuk melihat cara pemprosesan sabut kelapa. Sabut kelapa ini diproses untuk dijadikan Cocopeat.

Apa itu Cocopeat?
- Cocopeat adalah serbuk kelapa/habuk sabut. Ianya berasal dari Kulit kelapa yang sudah tua. Ia dipenuhi dengan serat yang banyak dan ringan. Cocopeat merupakan pilihan pekebun/usahawan pertanian secara fertigasi kerana ianya mampu untuk menyerap air dan baja dan mempunyai pelbagai nutrient yang berguna untuk tanaman. Mesti ada diantara korang tak pernah tahu apa cocopeat? samalahhh dengan Alja. Tau kepala je. Eh salah, tau makan je.
Di atas ini lah gambar cocopeat yang telah Alja ambik di Sentosa Fibre Sdn Bhd tempoh hari. Jom Alja tunjukkan sikit cara pemprosesan dan isi kilang di Sentosa Fibre Sdn Bhd ini.
Coir atau dikenali sebagai Fiber panjang dan bahawa mudah difahami ialah sabut-sabut ini akan digunakan untuk dijadikan pembuatan perabot, permaidani, tilam, kusyen ataupun tempat duduk kereta. Setelah lalui semua proses sehinggalah ke Fibre. Fibre ini akan diikat dan dijual kepada pelanggan. Sakura tak dapat, Sabut kelapa pun jadilah fefeling tilam.
Setelah lebih kurang 30-45 minit kami berada di Sentosa Fibre Sdn.Bhd. Kami terus berdesup ke Rumah Pusaka Tuan Haji Baharudin. Kenapa Rumah Pusaka? Bila Alja cerita dengan korang sebab rumah Pusaka ni mesti korang terkejut salah satunya ialah usia sebuah rumah pusaka ini.
Rumah Pusaka Tuan Haji Baharudin ini sudah melebihi 100 tahun ni. Tapi tak sangka masih tersegam indah kan? Rumah dulu ada ke 2 tingkat? Jangan salah anggap. Meh Alja terangkan. Bahagian atas tu adalah rumah asal rumah ini. dan bahagian Bawah itu pulak mereka membuat tambahan. Warna pun dicat dengan warna merah jambu yang menaikkan lagi keindahan rumah ini.

Rumah ini kan syurga dunia kita. Rumah tempat kita berteduh, tempat kita melindungi dari bahaya dan tempat beristirehat setelah bertungku lumus dengan kerja. Seperti kata pepatah,

"Rumah Ku, Syurga Ku"
Setelah kami melawat di rumah pusaka Tuan Haji Baharudin, hujan pun mulai turun. Kami bersiap untuk pulang ke homestay dan berehat setelah penat seharian berada di atas bas. Its time for us untuk meluruskan segala sendi dan urat agar lebih cergas lagi. Pada sebelah malamnya pula, kami singgah makan di gerai Tok Moh Tomyam. gerai Tok Moh Tomyam ini beroperasi selama 7 hari seminggu iaitu Isnin hingga Ahad, bermula pukul 5 petang sehingga 1 pagi.
 
FRIES 
Bihun Tomyam 
Pelbagai pilihan makanan antaranya Sotong tepung, Udang tepung, Char Kuew Tiaw dan Kuew Tiaw Kungfu
Burung Puyu goreng


 
Tadaaa, inilah muka depan gerai Tok Moh Tomyam. Gerai kampung yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Selak je buku menu, confius terus nak makan apa. ok done untuk part 1 dan hari pertama berada di Bagan Datuk. Alja akan share esok untuk part 2, Day 2 iaitu pada hari terakhir berada di Bagan Datuk. Aktiviti pokok kelapa apa pulak Alja buat ni? Betul ke panjat pokok kelapa? Hahahaha Jumpa Next Entri!


1 Comments:

Write Comments
Mellya Musa
AUTHOR
April 9, 2018 at 9:23 PM delete

Benda paling best bila dapat travel kan ❤ syok nyaa la haii... btw comey la blog ni hihi

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤