Litar Pintas rupanya terbakar, Kalau lambat bertindak.............

April 10, 2018 4 Comments A+ a-


Semalam terbaca tentang Kebakaran melibatkan Ibu dan anak di Kawasan taman Jaya, Cheras. Bercerita mengenai kebakaran agak menakutkan dan sikit trauma. Tak pernah berlaku dekat diri sendiri tapi bila tengok filem Pak Ya. kebakaran melibatkan pelajar hafizah. Serta baru baru ini yang terjadi pada Pelajar Tahfiz yang melibatkan seramai 20 orang terkorban.

Ceritanya begini, Tadi naik atas nak masuk bilik, on lampu tidur dlm 2minit cmtu lampu tidur jadi malap. Fikir mentol dah habis agaknya. On lampu kalimatang, terkedip sambil bunyi 'Crispy Current' zzpp zpppp. Pandang Kipas siling pusing dah makin longlai. Lampu silih ganti kelap kelip. Dalam kepala fikir cerita hantu je, terbawak bawak cerita "Bring It On, Ghost". Jatuh kipas ni kena badan, nayaaaa. Sambil Bunyi Karen yang menakutkan tu.

Berlari turun ke bawah sebab nak bagitau emak mengenai pemasalahan ini ke sebab aku je yang bermasalah. Tak fikir lain dah, fikir selamatkan diri sendiri je. Hp dan barang penting semua dekat bilik. Belum sampai tangga, pandangan terus jadi gelap gelita. Pap! Kulihat Hitammmmm. Sampai bawak kejut emak. Kakak pulak time tu tgh charge Powerbank so lampu berkelap kelip. Emak kata "Tertendang lah tu. Tutup plug tu"
Aku dah fikir lain dah. Takde tertendang ke terside ke apa ke sebab dah terdengar bunyi crispy sazzzz sazzzz karen tu. Bukak pintu, rumah depan ada lampu. rumah tepi mmg selalu Tak bukak lampu. Lagilah panik! Nak tutup pintu terdengar "Ya allah terbakar terbakar"

Terus ambik kunci dari tangan emak (Biasalah orang tua, terkial kial. Kita nervous + nak tau apa yang terbakar) then bukak pintu dengan pantas. Litar Pintas rupanya terbakar. Api meloncat loncat macam bunga api. Its scary. Kalau lambat bertindak, mungkin benda yang buruk akan berlaku. Alhamdulillah nasib baik jiran sana pantas call Bomba. Thank you Abang Bomba.

Alhamdulillah. Mungkin ini salah satu peringatan dari Allah. Sebok mengejar dunia. Dunia takkan kekal. Habis harta, sapalah kita. Orang pun taknak pandang kalau takada harta. Tapi jika kita letakkan islam No1, Allah pandang kita. 


4 Comments

Write Comments
April 21, 2018 at 11:24 AM delete

scary kan...kita kena alert dengan something yang lain dari kebiasaan kita. Maybe ada something wrong somewhere...
saya baru follow sis..
jemput singgah di Blog saya juga.

Reply To This Comment
avatar
April 23, 2018 at 10:08 AM delete

Alhamdulillah takde apa buruk yang berlaku.

Reply To This Comment
avatar
April 23, 2018 at 11:52 PM delete

Syukur tak merebak teruk kan...be safe Alja

Reply To This Comment
avatar
Ae Noyou
AUTHOR
April 24, 2018 at 11:06 AM delete

Assalammualaikum, salam perkenalan. alhamdulillah..semua selamat.

dari blog https://aenoyou.blogspot.my

Reply To This Comment
avatar

Sila jaga di setiap perkataan yang anda berikan disini. Ingat-ingat sikit, Setiap perkataan akan disoal di akhirat dan juga Jari serta lidah inilah yang paling tajam menghiris hati. Terima Kasih ❤